Peniaga Ni Kongsi Cara Nak Pastikan Cempedak Goreng Tak Berminyak, Lebih Rangup Dan Enak!
Diakui bila peniaga gerai sedang menggoreng cempedak, membuatkan kita teruja untuk membeli dan menikmatinya. Maklumlah bukan sahaja aromanya yang memikat, malah cempedak yang digoreng terlihat begitu menyelerakan.
Pun begitu, membeli cempedak yang digoreng harganya agak mahal dan hanya beberapa biji sahaja yang dapat dibeli. Terasa tidak puas pula menjamahnya.
Jadi apa kata anda sediakan cempedak goreng sendiri dan untuk pastikan rasanya enak, rangup dan tidak berminyak ada petua yang boleh anda praktikkan.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh seorang peniaga warung yang dikenali sebagai Ahmad Shukri Amiruddin.
Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di Warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.
Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak. Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.
Resepi Cempedak Goreng
Cempedak ( Lebih sedap Cempedak Madu)
Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
Marjerin atau minyak 3 sudu
Air kapur makan 2 sudu
Garam secukup rasa.
2 cawan air suam.
Kunyit 1 sudu kecil
Cara-caranya:-
Petua:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club