Peniaga Ni Kongsi Cara Nak Pastikan Cempedak Goreng Tak Berminyak, Lebih Rangup Dan Enak!
Diakui bila peniaga gerai sedang menggoreng cempedak, membuatkan kita teruja untuk membeli dan menikmatinya. Maklumlah bukan sahaja aromanya yang memikat, malah cempedak yang digoreng terlihat begitu menyelerakan.
Pun begitu, membeli cempedak yang digoreng harganya agak mahal dan hanya beberapa biji sahaja yang dapat dibeli. Terasa tidak puas pula menjamahnya.
Jadi apa kata anda sediakan cempedak goreng sendiri dan untuk pastikan rasanya enak, rangup dan tidak berminyak ada petua yang boleh anda praktikkan.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh seorang peniaga warung yang dikenali sebagai Ahmad Shukri Amiruddin.
Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di Warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.
Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak. Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.
Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
Petua:
Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
teringin sangat nak makan pizza, tapi malas nak keluar rumah dan cari di kedai. Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri je. Pilih resipi yang mudah je dan tak mengambil masa yang lama. Cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ummul Alifah Salim iaitu ‘Pizza Gunting’ beliau yang memang ‘laku keras’ apabila diniagakan. Menurutnya, resipi ini memang ramai yang minta resepi ini. Ia sangat mudah untuk anda buat di rumah. Cuma guna roti sebagai bahan asasnya, senang sangat!
PIZZA GUNTING Tiap kali buat,memang laku keras,ramai jugak yg minta resepi ni..meh sini,sy share kt korang,senang sgt buatnya..mari2x tgk resepinya,sangat sesuai utk yg nk mkn pizza,tp malas nk uli doh,guna roti gunting-gunting je……selamat mencoba 🙂 Telur sila tmbah lg kalau nak pizza yg lebih moist & kenyal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada idea untuk menu minum petang apa kata buat puding roti pelangi. Memang mudah nak buat. Rasa pun sedap.
Ikuti resipi ni
Puding Roti Pelangi
Bahan A
20gm agar agar tali..cuci
5 cawan air
3/4 cawan gula
## Masak agar2 dengan air hingga larut agar2
## Masukkan gula..kacau2 Bahan B
4 keping roti gardenia..buang kulit tepi..carik kecil2
1 tin susu cair/susu segar
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 penutup botol esen vanilla (star brand)
Secubit garam
Pewarna ikut suka Cara menyediakan:
1) Blender semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus
2) Tuang dalam periuk agar2 tadi..sentiasa di kacau rata hingga nampak sedikit likat..tutup api
3) Bahagikan adunan agar2 tu kepada 3-4 bekas..setiap bekas..adunan tu dalam 1/2 cawan..warnakan ikut suka
4) Loyang/acuan basahkan dulu dengan sedikit air..kemudian ambil adunan berwarna tuang dalam loyang/acuan berselang seli warna dia hingga habis..biarkan beku sedikit..kemudian tuang baki adunan (kalau suam..panaskan sekejap atas api perlahan) tadi atas adunan berwarna perlahan2 kesemuanya..sejukkan
5) Boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 jam keluarkan dan terbalikkan puding atas alas yang sesuai perlahan-perlahan potong ikut suka sedia untuk dimakan
Kredit : Zura zul via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...