Paling ‘mahal’ kalau nak mencari pisang atau cempedak goreng tepi jalan semestinya kriuk kriuk atau bancuhan tepungnya itu. Jika dapat kedai yang sedap, semestinya akan ulang beli lepas ni!
Tapi…. Sesekali buat sendiri apa salahnya untuk makan satu keluarga, betul tak?Ikut je resipi peniaga ni, katanya dah guna resipi ni untuk berniaga hampir 20 tahun! Fuhh lama tu.. Jom ikuti perkongsian dari saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.
Resipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng
Ads
Tepung bancuhan ini yg keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang..
Bahan-bahan:
Ads
Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secubit
Gula sesudu besar
Garam sesudu @ secubit
Telur ayam atau itik sebiji
Ads
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan.
2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.
Sebut sahaja laksa pasti ramai yang menggemarinya, bagaimana pula dengan Maggi Asam Laksa? Ada tak yang buat sendiri tanpa menggunakan perencah yang disediakan?
Mungkin ada yang rasa leceh nak buat sendiri kan? tapi sebenatnya senang je dan tak mudah sangat caranya. yang penting lagi sedap dan bahan yang digunakan pun fresh tanpa bahan pengawet.
Sebenarnya saya tengah berkursus selama 5 hari, dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Tak sempat nak masak canggih, jadi masak Maggi asam laksa, tapi tak guna perencah dalam paket. Maggi Asam Laksa by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (persediaan 10-15 minit)
1 pek mi segera
1 ekor ikan (pelaling/kembung/selar/dsb)
1 tangkai daun kesum
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili padi
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 helai daun pudina
1-2 keping asam keping
1 sudu kecil petis/otak udang
Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat #DapurKAN kali ni!
Ada orang kalau sudah namanya penggemar ulam-ulaman seperti petai umpamanya, memang tidak dinafikan akan makan lebih berselera bila ada petai pelengkap hidangan.
Jadi elok sangatlah jika petai ini dijerukkan untuk pastikan ianya lebih tahan lama dan mudahlah untuk yang siapa ‘hantu petai’ ini buat stok. Bila tiba-tiba mengidam nak makan petai, ada sahaja di dapur untuk dimakan.
Bahkan jika anda terbeli banyak petai, boleh juga buat begini. Tidaklah membazir jika tidak habis dimakan.
Menariknya menjeruk petai ini, keranggupan isi petai dapat dikekalkan dan rasanya juga sangat sedap. Jadi buat anda yang pertama kali baru ingin mencuba menghasilkan jeruk petai, bolehlah ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh chef ini di mana dia menjeruk petai dengan kulit-kulitnya sekali.
Semoga bermanfaat.
Langkah pertama
Siang Petai…Saya lebih gemar kalau dijerukkan bersama kulit…tapi….kene buang tulang Kiri dan Kanan dia….Mata petai pulak…Potong la 1….2….dan 3 untuk setiap keping…
Langkah kedua
Bilas petai… Kemudian lakukan proses celuhan….celuh dan rebus dua proses berbeza…
Langkah Ketiga
Guna senduk yang berlubang…pindahkan petai ke dalam bekas yang bersih….
Saya percaya….semua Rumah Ada mesin penapis air…Masukkan air sejuk ke dalam bekas petai yang telah diceluh tadi…sebab Nak reduce Kan suhu dia…
Langkah Keempat
Cari bekas untuk anda jerukkan petai Anda tadi…
Bancuh Gula dan garam serta air dari filter water..Rasa air tu….kalau ngam….Kita terus ke langkah yang kelima…
Langkah Kelima
Guna senduk berlubang tadi….dan Bila yakin petai tak panas….pindahkan petai tadi ke dalam bekas bancuhan gula dan garam tadi….
Kalau Nak masukkan ciliapi…pastikan ciliapi juga dicuci menggunakan air filter water…it’s all about quality gais…. Pastikan petai Anda ditenggelami oleh air….
Simpan dalam Peti Ais selama Dua belas Hari.. ya….12 Hari, jangan diusik atau dibuka.
Tahan nafsu…lepas 12 Hari….Baru try satu….Letak luar (suhu bilik) pun ok.
Tidak ramai suri rumah tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk. Ia tidaklah memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kopi
Hebatnya kopi apabila ia bertindak seperti span kerana kemampuannya untuk menyerap bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Malangnya, kopi yang tersimpan di dalam peti sejuk akan mengurangkan rasa sebenar kopi dan anda tidak lagi boleh menikmati minuman kopi arabica.
Tomato
Masalah utama menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah suhu sejuk yang boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik. Mungkin anda pernah melihat buah tomato yang menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya. Ia punca anda menyimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.
Bawang
Sama seperti tomato, bawang cenderung untuk lembik dan berkulat jika tersimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Bagi bawang yang sudah dipotong, lapisannya tetap kering walaupun anda cuba membugkusnya dengan ketat. Bau bawang yang kuat akan meninggalkan bau di dalam peti ais sama seperti bawang meninggalkan bau pada papan pemotong.
Madu
Meletakkan madu di dalam peti ais akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ia bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti doh sehingga menyukarkan anda mencedok madu keluar dari botol.
Avokado
Setiap kali membeli buah avokado, anda mula mendapati buahnya sangat padat dan keras. Maka, ia memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang hebat. Tindakan anda menyimpannya di dalam peti sejuk bukanlah membantu buah avokado masak tetapi menghentikan proses matang kerana ia membeku.
Roti
Menyimpan roti di dalam peti ais bukanlah satu tindakan yang bijak. Elak menyimpan roti di dalam peti sejuk kerana ia boleh membuat roti keras dan berderai. Namun, masa yang tepat untuk anda menyimpan roti di dalam peti sejuk apabila ia sudah menjadi sandwich. Sandwich lebih lazat apabila rotinya keras dan liat pada suhu sejuk.
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.