Peniaga Kongsi Bancuhan Cempedak Goreng, Dah Guna Untuk Meniaga Selama 20 Tahun!

Share

Paling ‘mahal’ kalau nak mencari pisang atau cempedak goreng tepi jalan semestinya kriuk kriuk atau bancuhan tepungnya itu. Jika dapat kedai yang sedap, semestinya akan ulang beli lepas ni!

Tapi…. Sesekali buat sendiri apa salahnya untuk makan satu keluarga, betul tak?Ikut je resipi peniaga ni, katanya dah guna resipi ni untuk berniaga hampir 20 tahun! Fuhh lama tu.. Jom ikuti perkongsian dari saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.

 

Resipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng

Tepung bancuhan ini yg keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang..

Bahan-bahan:

Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secubit
Gula sesudu besar
Garam sesudu @ secubit
Telur ayam atau itik sebiji

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan.
2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.

Kredit: Yayar B. Awang Noh