Peniaga Kek Ini Kongsi Formula Guna Telur Ikut Gred Supaya Sukatan Bahan Tepat, Kek Pun Jadi Lebih Gebu Dan Tak Berderai.

Share

Kek yang lembut dan gebu sudah semestinya akan menjadi idaman buat yang gemar makanan pastri. Jika asyik tak jadi atau kek tak naik, banyak puncanya salah satunya penggunaan telur yang salah.

Terdapat pelbagai tip untuk pembuatan kek, biskut, roti dan juga kuih-muih yang melibatkan telur. Fungsi telur adalah untuk menyebatikan semua bahan dalam adunan & melembabkan teksturnya.

Sebagai contoh, dalam pembuatan kek coklat, biasanya telur gred A atau double AA yang akan digunakan kerana saiznya yang lebih besar & supaya kek lebih lembap berbanding menggunakan gred telur yang lain.

Namun, kadang kala, agar sukar memperolehi telur gred A di setengah kedai. Tak perlu risau, jika berlaku situasi begini, ada kiraannya untuk memastikan kek tetap gebu walaupun menggunakan telur gred lain.

Menarik dengan perkongsian ini, ia menjelaskan cara kiraan bagi sebiji telur mengikut gred telur. Biasanya jika sukatan bahan tak tepat seperti terlebih telur akan menyebabkan kek berderai. Jadi cara formula puan Nieza Nor Hamnira 

ini dapat membantu untuk anda menghasilkan kek yang lebih gebu dan lembut.

Ikuti perkongsian ini.

Selalu share tips ni dalam kelas buat kek je, tapi ni rasa patut juga share secara terbuka dengan sesiapa yang memerlukan. Supaya ramai yang faham yang buat kek ni taklah strict sangat, banyak syarat dan terma. Padahal guna apa ada je pun boleh. Ni nak share tentang penggunaan telur dalam pembuatan kek.

MITOS (KEPERCAYAAN) :
Gred telur ikut saiz dia.
Nak buat kek kena ada telur gred A.
Takde telur gred A tak boleh buat kek.

FAKTA :
Gred telur bukan ikut saiz, dia ikut berat.
Bukan semua tempat atau kawasan ada jual telur gred A
Telur yang selalu ada kat kedai runcit, biasanya gred B
Resepi biasanya tulis berapa biji, bukan gram.
Nak buat kek boleh je guna telur gred apapun.
Janji berat yang diperlukan tu cukup.

TIPS & FORMULA (*KAMPUNG) SUPAYA SENANG FAHAM :
Telur Gred A (tanpa kulit) sekitar 55 gram
Telur Gred B (tanpa kulit) sekitar 50 gram
Telur Gred C (tanpa kulit) sekitar 45 gram


Telur Gred D (tanpa kulit) sekitar 40 gram

CONTOH :
Resepi buat kek selalunya dia tulis 4 biji telur (A) – selalunya memang tak sebut gred A. Kena faham sendiri.
Tapi telur yang ada kat rumah kita tu jenis gred B, boleh ke?
Boleh.
Sebenarnya resepi tu nak guna berapa gram telur?
Sebenarnya resepi tu nak guna 4 biji x 55 gram = 220 gram
Jadi, telur yang ada kat rumah kita ada berapa gram kalau 4 biji?
4 biji x 50 gram = 200 gram
Kita kurang 20gram rupanya.
Satu biji (lebih kurang) 50 gram. Nak dapatkan 20 gram macamana pulak?

PENYELESAIAN :
Ambil 4 biji telur, pecahkan, asingkan.
Ambil lagi sebiji, pecahkan, kacau rata, tuang setengah (tak perlu la timbang, jenuh mak nak ikut nau-nau perinciannya.. hehe) ke dalam bekas telur yang 4 tadi.
Jadilah 200+20gram = 220 gram (lebih kurang)

Itu kalau nak spesifik sangat, kalau nak lagi sempoi, pecahkan je terus 5 biji gred B tu. Takde hal. Ini semua untuk pemahaman lebih baik, lebih sempoi lagi je. Bukan mesti patut ikut tepat tetap gitu. 

Halal je la, masa putar, masukkan sedikit demi sedikit telur tu, putarlah sampai sebati.


Bila dah faham formula telur ni, senang cerita.
Sekarang selesai masalah! Tak perlu pergi ke tempat jauh redam nak beli telur gred A punya pasal. Kat kedai runcit depan pun boleh, janji tahu dan faham formula telur dalam kek.

Dan yang perlu berlebih-lebih melimpah ruah dalam resepi ialah, kasih sayang. Acewah
:: Disclaimer : Haaa.. jangan ada yang claim telur gred B yang dia timbang kat rumah tu 62gram pulak. Kan saya dah kata, ini formula *kampung saya yang saya guna dan faham dalam bisnes kek-kek saya sejak 9 tahun lepas. Setakat ini, menjadi – Alhamdulillah.

Sila panjang-panjangkan, moga ia bermanfaat sebagaimana ia bermanfaat buat saya dan keluarga.

Sumber: Nieza Nor Hamnira

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club