
Nak masak untuk keluarga ni, kena masak menu yang membuka selera. Antaranya menu Ikan Cencaru Sumbat. Rasanya mememang sedap. Tambahan pula makan bersama nasi yang masih panas.
Seorang jurujual berkongsi simple tetapi sedap. Bahan nak buat pun mudah.
“Tak tahu ikan cencaru nak masak apa pula. Meh la try Eyda punya resipi ikan cencaru sumbat yang hari-hari Eyda buat jual di kedai Eyda. Senang ajerr.”
Ini resipinya.
Bahan-bahan ikut gambar.
5 ekor ikan cencaru
Cili kering yang direbus ( anggaran tengok gambar)
1 biji bawang holland
8 biji bawang putih
Belacan separuh ( anggaran tengok gambar)
Air asam jawa
Gula dan ajinomotor
Bahan-bahan tadi dikisar.
Ikan digaul dengan sebuk kunyit dan garam.
Bahagian belakang ikan cencaru disumbat dengan bahan yang dikisar tadi. Sambal tak perlu di masak. Tapi jika nak masak pun boleh.
Goreng ikan dengan api yang perlahan.
Dah siap! Makan panas-panas memang sedap!
Sumber: Eyda Zuraida
Masak Patin Tak Akan Hanyir Kalau Ikut Cara Ni. Ada Sesuatu Kena Buang!

Menikmati keenakan rasa ikan patin yang dimasak gulai tempoyak memang tidak dapat digambarkan kesedapan rasanya. Seisi keluarga pasti makan bertambah.
Pun begitu, tidak dinafikan memasak ikan patin juga kadang kala jika salah cara penyediaannya akan menyebabkan masakan berbau dan rasa hanyir.
Mengelakkan ini berlaku, sebenarnya ada rahsianya dan ini telah pun dikongsikan oleh Hafiz Yusoff.
Apakah rahsianya itu, jom semak perkongsian ini.
Petua Tak Nak Bagi Ikan Patin Bau Hanyir, Rupanya ‘Tersembunyi’!
“Aduh tak lakulah gulai lemak aku malam ni gara-gara ada bau hanyir ikan. Memang tak makanlah budak-budak ni sebab ada bau. Nak buang sayang, sebab sebenarnya elok lagi. Tapi siapa nak makan? Penat aku masak tau!”
Bau hanyir ikan memang boleh menyebabkan selera makan terbantut. Sedap macam mana pun, kalau sudah ada bau hanyir, memang terpaksa tolak ke tepi! Terutama sekali ikan yang sangat popular di negeri Pahang iaitu ikan patin. Buat semua peminat ikan patin, sudah pastinya anda tahu membezakan sama ada ikan tersebut berbau hanyir ataupun tidak.
Sebab itu penting untuk mengetahui teknik yang betul bagaimana cara hilangkan bau hanyir pada ikan sebelum memasaknya.
CARA BUANG HANYIR IKAN PATIN
1. Urat dekat hujung pisau tu. Tarik buang.
2. Senang je dia keluar…just tarik.
3. Hah ini dia urat yang buat ikan patin kita bau hanyir.
Sumber : Hafiz Yusoff
4. Dah siap masak.
Sental Dan Kilatkan Dapur Sebelum Raya, Ini Cara Terbaik Kilatkannya!

Kesan tumisan minyak setiap hari buat dapur kita sukar untuk dibersihkan. Mencuci dengan sabun pencuci sebenarnya masih meninggalkan kesan kotoran, terutama sisi minyak degil.
Nak jadikan dapur berkilat dan pantas dan mencucinya sebenarnya kena ada teknik dan caranya. Tak perlukan kos yang mahal tetapi sebaliknya boleh cuba cara yang dikongsikan wanita ini.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim
“Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!

“Peniaga, kalau kalian tak letak katira dalam air kalian, jangan namakan air tu air katira. Saya rasa, ramai yang tak tahu katira tu apa,” luah Dr Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan baru-baru ini yang berjaya mencuri tumpuan warganet.
Sebagaimana semua maklum, Air Katira cukup digemari ramai pada bulan puasa dan sering dapat dilihat dijual di bazar-bazar Ramadan. Pun begitu, bila menyebut tentang katira, tidak semua mengenali apa sebenarnya bahan ‘katira’yang digunakan dalam air tersebut.
Menurutnya perkongsian info daripada Dr Kamarul Ariffin bahawa Katira itu sebenarnya adalah getah (sap) dari sejenis tumbuhan. Masa kita beli, ia kering dan bila direndam akan mengembang.
“Di Timur tengah, mereka gunakan air mawar untuk tambah wangi. Di Malaysia kita gantikan dengan pandan, sebab tu air katira di sini berwarna hijau.
“Peniaga sekarang banyak gunakan pewarna hijau, kordial “honey dew” atau pisang, dan tak ada katira pun dalam air katira mereka. Sangat melencong jauh.
“Kalau nak resepi Katira Johor yang saya buat guna katira betul, ini resipinya,” ujarnya.
Jadi bila ada yang berkongsi resipi asli air Katira Johor, bolehlah anda sediakan sendiri untuk menikmati rasa yang sebenar. Selamat mencuba.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- Sebulan Berpuasa, 3 Menu Berasaskan Ikan Ni Perlu Buat. Enak & Mudah Je Nak Masak!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Air Katira Johor by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan:
1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
Cara-cara penyediaan boleh lihat di kapsyen setiap gambar. Jom lihat
Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club