Tentu ada dikalangan kita suka makan roti bersama kaya atau jem. Namun, selain beli dikedai, kita boleh cuba buat sendiri kaya di rumah.

Apa kata cuba buat resipi yang dikongsi peniaga ini. Memang sedap! Nak buat pun mudah disebabkan menggunakan sukatan cawan.

_________________________________________________________

Ramai kenkawan tanye resepi KAYA yg Wanie buat ni..
Alhamdullillah..
Wanie share yea..

Tak kisah laa kenkawan nak guna gula merah ke gula kabung ke gula enau ke..
Terpulang Tapi kali ni Wanie share yg gula hangus dan pandan..

KAYA GULA HANGUS

Ads

Peniaga Ini Kongsi Resipi Kaya Gula Hangus Dan Pandan. Ikut Sukatan Cawan. Gerenti Jadi!

1st STEP.. Bah. A
~ 1 cwn gula
~ 1 cwn air
Kedua bahagian di hanguskan dan sejuk kan terlebih dahulu

2nd STEP.. Bah. B
~ 1 cwn gula
~ 1 cwn santan (pati dr sebiji kelapa)
~ 3 biji telor grade B
~ 1 ke 2 sdb tepung jagung
~ Beberapa helai daun pandan
di simpulkan..

Cara membuat..
Satu kan Bah. A dan Bah. B
Sebatikan kan dan tapiskan..
Masak atas api kecil @ sederhana hingga mendidih atau seperti larva
Berterusan kacau utk mengelakan dari berkerak..
Gula hangus akan menerbitkan warna pada kaya..

Ads

KAYA PANDAN

Peniaga Ini Kongsi Resipi Kaya Gula Hangus Dan Pandan. Ikut Sukatan Cawan. Gerenti Jadi!

1st STEP.. Bah. A
– 10 helai daun pandan
– 1 cwn air
Di blend daun pandan & air..
Tapi..

Ads

2nd STEP.. Bah.. B
– 1 cwn gula
– 1 cwn santan pekat (pati dr sebiji kelapa)
– 3 biji telor grade B
– 1 ke 2 sdb tepung jagung

Cara membuat..
Sebati kan Bah. A Dan Bah. B
Tapiskan
Masak diatas api kecil @ sederhana
Sentiase mengacau adunan..
Kacau hingga mendidih atau seperti larva meletup letup..

Nota kaki..
Kaya Homemade tak berapa tahan lama..
Sbb pnggunaan santan dan telor kan..
Kalau Letak di fridge..
InshaAllah tahan seminggu
Tak susah pun buat kann

Selamat mencuba.

Kredit: Dapur & Oven Wanie Bake

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI