
Pastinya ramai suka kek marble . Malah sering dikatakan sebagai kek yang paling tidak jemu dan tidak muak untuk dimakan. Memang benar kek marble boleh dibeli pada harga yang berpatutan, apa kata cuba buat sendiri.

Assalamualaikum, nak share cara melorek kek marble ni yg mnjdi sumber pndapatan kecil-kecilan sy smbil2 jaga ank smbil bantu suami.. Doakan sy sekeluarga dimurahkn rezeki. Sy halalkn ilmunya Sy sertakan sekali resepi nya ye.
Kek Span Marble
3biji telur
1/2 sudu ovalette
3/4 cawan gula
1/2 cawan minyak
1cawan tepung
1/2 sudu baking powder
Esen vanila (sy guna pandan)
Pewarna pilihan
CARA PENYEDIAAN
-pukul telur,gula,ovalette hingga naik kembang.
-masuk kan minyak dan esen, mix lagi.
-tutup mixer, masuk kan tepung dan baking powder kaup balik guna senduk
-ambil 2sudu dari adunan, letak dlm 3 mangkuk berlainan utk diwarnakan(follow video). Kemudian lorek
-guna loyang 6, bakar suhu 170 selama 20min api atas bawah, kemudian tukar suhu 140 bawah shj lg 20min. (Follow suhu ni utk dapatkn permukaan kek yg cantik).
Selamat mencuba!