Peniaga Ini Kongsi Petua Buat Popia Sira Ranggup Sampai Ke Petang. Rupanya Ada Rahsia Ramai Tak Tahu!

Share

Apabila tiba bulan Ramadan tentu pelbagai juadahan untuk berbuka akan sediskan untuk seisi keluarga.

Juadah berbuka puasa sama ada di beli di bazar Ramadan atau di buat sendiri di rumah.

Popia goreng ni antara kuih yang sedap dimakan dan sering menjadi tumpuan ramai. Nak sedap lagi buat popia sira. Tapi kadang kala, kuih ini boleh jadi liat jika salah penyediaanya.

Bagi yang ingin mencuba, seorang peniaga berkongsi petua bagaimana untuk memastikan popia sira rangup sampai ke petang.

Nak tahu caranya, jom lihat perkongsian puan Za Edin ini tentu ada rahsianya yang kita kena tahu.

“Hari ni saya nk sedekahkan petua utk buat popia sira ranggup sampai ke petang.”

Goreng popia garing. Goreng selama 15 minit dengan api yang sederhana..kecil nya.kaleh2 selalu goring hingga garing mengikut dalam gambar.

Setelah garing angkat tos kan dengan tegakkan popia itu. Setelah sejuk gaul kan dengan sambal nya itu.

Setelah siap gaul tabur dengan bijan cikit utk cantik kan…kuih ni saya jual 100 biji sehari sekejap aje abis memang ranggup

Terima ye kekawan2 saya sedekah iklas hati…buat la utk nege…menambah pendapatan untuk sambal nya.

Bahan sira

Cili kering buang biji nya..blender dapat kan 1 cawan

Gula 1 cawan

Sos cili 3/4 cawan.

Masukan dalam kuali, kacau atas api yang sederhana..hingga pekat likat macam naik warna macam saya tu..Jangan sampai beku tau. Dia pekat angkat sejukan baru gaul dengan popia td yang daa sejuk..

Selamat mencuba.

Sumber: Za Edin

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz