Peniaga Ini Kongsi Petua Buat Lempeng Jadi Lembut Dan Gebu. Cantik Dan Sedap Hasilnya!

Share

Lempeng merupakan hidangan yang cukup sesuai dinikmati baik semasa sarapan mahupun makan petang. Ianya juga mudah disediakan.

Bagi yang ingin mencuba resipi lempeng yang lembut dan gebu gebas ini boleh cuba cara peniaga ini. Memang lembut!

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Bahan-bahan:
2cawan tepung gandum
500ml air
1biji telur
2sb minyak masak
1sk garam
1sb gula
1sk baking powder

Cara-cara:
Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.

Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dgn air, blend hingga tepung sebati.

Biarkan 1 jam, baru lempeng gebu

Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1jam supaya baking powder bertindak balas utk dapatkan lempeng yg lembut dan gebu.

Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz tu. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar.

Enak dihidang bersama sambal tumis telur

Yg ini kita buat jual. 1set 6keping rm5. Kalau uolls nk jual jugak boleh letak harga ikut budi bicara masing2.

Video

Nak tahu lanjut cara penyediaan video lihat di sini

Sumber: Suzana Othman

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club