Peniaga Ini Kongsi Cara Buat Nasi Ayam Geprek Dengan Sambal. Rupanya Ada Bahan Lain Nak Jadi Lebih Sedap. Gerenti Sedap!

Share

Nasi Ayam Geprek memang menjadi kegemaran ramai. Hidangan yang enak dengan ayam goreng rangup, nasi serta  sambal. Biasanya hidangan ini dibeli di kedai. Namun sejak PKP ramai yang tidak berpeluang menjamah hidangan ini.

Tapi bagi yang nak mencuba masakan ini boleh cuba buat di rumah. Ikuti resipi dikongsi oleh puan Zara Latif boleh cuba untuk hidangan keluarga.

Ingat tak post nasi geprek talam yang saya bagi kat jiran² beberapa hari yang lepas. Terima kasih atas doa dari semua ya, say

Bolehhh, sebenarnya sambal tu saa tak mampu nak balas satu satu. Ada yang mintak resepi sambal.ya buat niaga. Alhamdulillah customer repeat order.

Saya bagi resepi sambal geprek desik saya dan bonus resepi lengkap nasi yang biasa saya buat.

Saya halalkan, mana yg nak buat niaga pun sy tak kisah. Semoga resepi ni bermanfaat untuk semua ya.

Ni resepi ikut selera sy ya. Sebelum ni pernah jugak beberapa kali cuba makan nasi geprek/penyet kat kedai. Banyak versi resepi. Ada yg goreng ayam berempah letak jintan dan biji ketumbar.

Tapi tak kena selera sy bila letak biji ketumbar. Jadi, sy olah resepi paling mudah dan hasilnya rasa yg ringan ikut selera sy.

Resepi nasi ayam geprek/penyet
(jumlah bahan agak2 je tau)
Seekor ayam di potong kepada empat bahagian. Di cuci bersih
Bahan² untuk rebusan ayam
-kiub pati ayam
-garam kasar
-hirisan halia, lebihkan sbb nak hilangkan rasa hanyir ayam
-hirisan lengkuas
-bawang putih di ketuk shj
=rebus ayam sehingga masak sepenuhnya, nanti nak goreng senang tak perlu lama² sbb isi ayam dah masak.
=angkat dan toskan ayam
=air rebusan ayam tu boleh guna untuk kuah sup dan masak nasi.
=untuk nasi hanya gunakan air rebusan ayam, tak perlu tambah bahan lain/nak guna nasi putih pun boleh, atas selera masing²
=untuk kuah sup, hanya tambahkan daun sup, bawang merah dan perasakan sekali lagi hingga secukup rasa. Didihkan seperti biasa.

Bahan perapan ayam.
-tepung jagung
-tepung beras/lebihkan tepung beras ya
-1 biji telor
-sedikit garam, sbb masa rebus ayam kita dah letak garam.
-serbuk kunyit
-maggi cukup rasa(optional)
-air rebusan ayam
=kacau sebati, perapan ni jangan pekat sangat, biar dia cair2 je.
=perap ayam sekejap dan boleh di goreng seperti biasa.
=perapan tu boleh guna untuk tempe jugak. Celup² tempe dan goreng.

Bahan lain
-kobis
-terung(goreng kosong je tak perlu letak apa² perasa)
-tauhu putih yg fresh tu, potong 4 dan goreng/nak celup tepung boleh, taknak pun boleh.
-timun

Sambal geprek paling ringkas

Bahan-bahan
– 20 cili api hijau kecik dan 10biji cili merah kecik*
– 1 biji bawang besar*
– 5 ulas bawang putih*
– 1 biji tomato* (kalau nak sambal masam, lebihkan tomato ya)
– gula + garam + ajinomoto
– belacan sebesar ibu jari je
= kisar kasar bahan yang bertanda *

Kalau nak kisar kering boleh, kisar letak air pun boleh. Cuma kalau kisar letak air, lepas kisar tapis buang air ya. Sambal cepat masak kalau tapis buang air.

Langkah-langkah
1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang telah di kisar. Kena lebihkan minyak masa menumis.
2. Masukkan gula + garam + ajinomoto + belacan
3. Tumis sehingga pecah minyak dan sambal kering.
4. Dah siap dan boleh di makan bersama ayam goreng atau ikan goreng. Conpem bertambah nasi.
=boleh masak banyak² untuk jadikan stok sambal ni. Kalau nak masak banyak, kena tumis lama sikit dan betul2 pecah minyak lah. Sesuai jadikan pes asam pedas, ikan sumbat, nasi/mee/bihun goreng dan masakan yg sesuai dengannya.


=boleh simpan dlm peti untuk tahan lebih lama
=cara pengambilan kena betul2 bersih untuk sambal tahan lama
=isi sambal dlm botol/bekas yg kering. Nak ambik sambal guna sudu yg kering dan bersih.
=sambal yg dah di kuarkan, jangan diisi ke dalam bekas sambal tu semula. Nak makan, ambik secukupnya je, maka takdelah terjadinya lebihan sambal.

Sumber: Zara Latif

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520