Pelakon dan duta produk, Bella Astillah bersama suaminya, penyanyi Aliff Aziz berkongsi berita gembira akan berangkat menunaikan ibadah umrah hari ini.
“Bismillahirrahmanirrahim. Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.
“Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu,” tulis Bella menerusi insta storiesnya.
“Kita dah ada tiket penerbangan, kalau ada rezeki dijemput mungkin kita akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari ini. Tapi sekarang menunggu lagi apa status daripada pihak yang berkenaan.
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum, syukur Alhamdulillah Bella, suami, mama dan ayah ingin berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah buat pertama kali. Mohon semua doakan kami para jemaah selamat pergi dan pulang inshaAllah..
Kepada keluarga, sahabat, semua yang mengenali saya, dengan ini saya ingin memohon maaf dan ampun sekiranya saya pernah mengguriskan hati, tersilap kata atau perbuatan yang kurang menyenangkan sepanjang perkenalan. Bella sangat2 terharu dapat membawa kedua orang tua bella sbb inilah impian bella dari sekolah lagi. Allahuakhbar, bahagia rasanya bila dapat bersama2 mama dan ayah🥲
Ikhlas dari kaklong untuk mama sama ayah yang banyak berkorban dari kaklong kecik masa kita tinggal di sabah sampai lah sekarang. Tak terbalas segala jasa mama ayah. Semoga ini menjadi permulaan tahun baru yang baik buat kita semua, inshaAllah.. Amiin yra 🤲🏻 Terima kasih juga buat kak @azlinabdlatif dan abg Akram. Semoga persahabatan ini kekal selamanya inshaAllah.
Dalam pada itu, Bella memuatnaik kembali (repost) titipan doa dan ucapan dari kenalan menerusi insta storynya.
Malah Bella turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.
Sumber: bellaastillah
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara