Pengorbanan Suami Ni, Ramai Isteri Tak Ambil Kisah. Tapi Inilah Yang Kena Hargai.

Share

Dalam perkahwinan, kedua-dua pihak, iaitu suami dan isteri mempunyai tanggung jawab masing-masing terhadap pasangan mereka dan rumah tangga. Begitu juga dengan suami yang melakukan pelbagai kerja untuk memastikan tanggungjawabnya kepada keluarga.
Jika suami faham tanggungjawab.

Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.
Begitu juga dengan perkongsian ini yang menceritakan tanggungjawab seorang suami. Biarpun sukar mereka tetap tabah meneruskan usaha. Sudah pasti isteri hargai suami sebegini.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Gambar hiasan

Jadi suami ni tak susah, namun tak jugak senang…

Pagi-pagi  buta dah keluar bekerja mencari rezeki, setiap hari selagi masih sihat tubuh badan.6.30 pagi keluar rumah dlm keadaan luar gelap gelita…bwk moto 30-40 minit baru smpai tempat keje dalam perjalanan tu, dia punya sejuk tak payah nak kata la, sampai ke tulang subuh kot beku muka dengan tangan.

Itu belum lagi bawak moto ketika hari hujan, pagi-pagi..

Sampai tempat keje, DAH LETIH…tak mula buat keje lagi, tapi dah letih…bukan senang travel hari-hari berpuluh-puluh, beratus-ratus kilometer, selama 30-40 minit perjalanan.

Kereta ada tapi guna motor sebab nak elak kos tinggi dan jem.

Kereta ada, tapi bg isteri guna tak pun kalau tak ada orang guna tetap naik moto sebab bawak keta ulang alik ke tempat keje, kosnya tinggi dan jem lagi.

Maka buatla keje satu demi satu mengikut arahan…kalao tak betul, kena marah, kena maki dan kena buat lain, kalau tak siap, tak boleh balik ada keje yang simple, ada keje yang rumit ada keje yg menggunakan fizikal, ada keje yang menggunakan mental.

Gambar hiasan

Penat fizikal, penat mental

Sampai je umah, bru turun moto, tak sempat masuk dalam rumah lagi, anak2 dah ajak kluar ronda, isteri dah suruh keluar beli barang…seharian dh letih bekerja, seharian dh kena buat mcm2, tp turutkan juga kehendak anak-anak, permintaan isteri…layan anak2…layan isteri…

Malam-malam nak rehat, nak tenangkan fikiran dan badan, anak2 dtg melompat, bergaduh berebut mainan dan sebagainya. Allah, rasa macam nak meletup pun ada…nak tengok tv pun tak senang…

Tapi itulah, nak cakap lebih-lebih pun, pengorbanan seorang suami tu selalunya jarang didendang atau diceritakan.

Bagi suami-suami diluar sana, apa yang kita buat sekarang ni dinamakan tanggungjawab kepada keluarga.

Kewajipan dan tugas kita.

Tak larat macam mana pun, usahakan jugak bagi larat, bagi kuat. Apa yang kita buat ni akan disoal di akhirat. Maka jangan biarkan kita tergagap-gagap depan Allah disebabkan kita dah menyerah atau mengalah untuk menjadi seorang suami dan seorang ayah masa hidup kita didunia.

Nota Kaki : Cubalah yang terbaik untuk menolong suami dan ayah.InsyaAllah ganjaran yang setimpal menanti kita disana kelak.

Kredit: Firdaus Shakirin