Umum mengetahui pelakon dan juga hos, Elizad Saharuddin kini dalam proses rawatan ujian persenyawaan in vitro (IVF). Setiap kali membuat rawatan, hos program Talksshow Mingguan Wanita ini akan memuat naik perkongsiannya dilaman instagram.
Terbaru, pelakon berusia 36 tahun itu memuat naik gambarnya yang berada di atas katil rawatan beserta kapsyen memohon orang ramai menitipkan doa buatnya meneruskan rawatan.
Di dalam perkongsian itu juga, Elizad turut memberitahu dia telah berpuasa dari malam sebelumnya bagi meneruskan proses selain perlu ditidurkan dahulu sebelum rawatan dilakukan.
Salam & Selamat pagi kesayangan semua . Pagi ni “ egg pick up “ bersama Dr Azlin @dr.azlin & team @sophea_fertility . Nebesss kemain 😅 dgn rasa lapar ( puasa dari malam tadi . ) Harap2 “ telor “ keluar semua yg baik2 & cantik2 . Moga dipermudahkan 🤲🏻 . Doakan saya ya . Saya “ tido “ dulu . Nak bius dah . ❤️ Nanti sedar nak makan byk2 ! Awwww 😘
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada-Ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.”
Elizad dan suami mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu. Pasangan ini mengharapkan cahaya mata dan rawatan IVF merupakan salah satu inisiatifnya dalam mendapatkan anak. Semoga urusan Elizad dipermudahkan.
Rata-rata yang membaca perkongsian Elizad mendoakan semoga dia terus kuat dan urusannya untuk memperoleh zuriat sendiri dipermudahkan.
Moga dipermudahkan semuanya