Umum mengetahui pelakon dan juga hos, Elizad Saharuddin kini dalam proses rawatan ujian persenyawaan in vitro (IVF). Setiap kali membuat rawatan, hos program Talksshow Mingguan Wanita ini akan memuat naik perkongsiannya dilaman instagram.
Terbaru, pelakon berusia 36 tahun itu memuat naik gambarnya yang berada di atas katil rawatan beserta kapsyen memohon orang ramai menitipkan doa buatnya meneruskan rawatan.
Di dalam perkongsian itu juga, Elizad turut memberitahu dia telah berpuasa dari malam sebelumnya bagi meneruskan proses selain perlu ditidurkan dahulu sebelum rawatan dilakukan.
Ads
Salam & Selamat pagi kesayangan semua . Pagi ni “ egg pick up “ bersama Dr Azlin @dr.azlin & team @sophea_fertility . Nebesss kemain 😅 dgn rasa lapar ( puasa dari malam tadi . ) Harap2 “ telor “ keluar semua yg baik2 & cantik2 . Moga dipermudahkan 🤲🏻 . Doakan saya ya . Saya “ tido “ dulu . Nak bius dah . ❤️ Nanti sedar nak makan byk2 ! Awwww 😘
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada-Ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.”
Ads
Elizad dan suami mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu. Pasangan ini mengharapkan cahaya mata dan rawatan IVF merupakan salah satu inisiatifnya dalam mendapatkan anak. Semoga urusan Elizad dipermudahkan.
khairulhafiza77Semoga semua urusan Ejad serta suami dipermudahkan olehNya dan dimakbulkan segala permintaan dikurniakan zuriat yang soleh dan soleha. #EjadKuat
nadia.hussinSemoga dipermudahkan..teringat ovum pickup tahun 2018.masa kena bius tu rasa puas sgt tdo.bgn2 laparmacam 2 hari puasa😂
galoshireaaamin. semoga dipermudahkan semuanya. . semoga dikurniakan rezeki zuriat utk sis dan pasangan TTC yg lain.
cikleen88❤️Moga dipermudahkan segala urusan Eliza n suami dan mendapat zuriat yg baik soleh solehah ya
shidah50Semoga Allah kabulkan niat adek @elizadsharifuddin dan dipermudahkan segala apa jua urusan. Stay positive always 👌
nuraliahsuaidahaminn. Ya Allah prmudahkan urusan sis elizad. smoga telur yg di ambil smua greed bagus2 n slmt di senyawakan🤲🏻
madam_zee77Banyakkan minum susu kambing dan kurma…banyakkan amalam sedekah..selalu ziarah anak2 yatim..dan usaplah kepala anak2 yatim…tu insyaAllah ikhlaskan hati mudahan rezeki ada di pihak puan…amin ya rabbal alamin
niailovaPengorbanan seorng isteri dan ibu 😍 insyallah semoga tercapai segala hajat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tomyam antara menu yang paling mudah disediakan di bulan puasa. Jimatkan masa memasak dan paling pantas untuk disediakan.
Selain sup ayam, tomyam juga merupakan pilihan santai dan ringan untuk anak-anak di rumah. Tidak pedas malah kaya dengan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.
Walaupun nampak mudah, boleh campak-campak pun menjadi, namun tomyam kena ada caranya untuk memasak. Lapan langkah ini wajib buat!
Tumis Dahulu
Walaupun menggunakan pes tomyam jenis cecair yang sudah sedia minyaknya, anda haruslah menumisnya terlebih dahulu bersama sedikit minyak. Sendukkan dua sudu besar pes tomyam dan biarkan garing seketika. Jika mahu lebih rasa umphh, anda boleh juga menambah lebih banyak pes ketika menumis ini.
Serai & Daun Limau Purut
Serai dan daun limau purut merupakan dua elemen yang cukup penting dalam penyediaan tomyam. Ketika menumis pes tomyam, pastikan juga serai dan daun limau purut ditumis sekali pada permulaannya. Biarkan naik baunya kemudian barulah dimasukkan kesemua sayur-sayuran beserta ayam, sotong, udang dan sebagainya.
Kisar Tomato
Untuk memekatkan kuahnya, anda boleh juga mengisar tomato segar bersama sedikit air kemudian masukkan ketika menumis pes tomyam tadi. Jika tidak mahu kisar, anda boleh juga memasukkannya lebih awal dan biarkan tomato hancur dengan sendirinya ketika menumis. Namun proses mengisar buat kuah lebih pekat, sedap dan enak.
Letak Susu
Bagi yang gemarkan rasa tomyam asli Thai, anda bolehlah menambah sedikit susu cair ke dalam kuahnya. Ini menambah rasa lemak dan enak kepada kuah tomyam. Namun jangan pula berlebih-lebihan, cukup sekadar mencapai rasa dan kepekatan kuah yang anda inginkan. Itu sudah memadai.
Campak Pun Sedap
Teknik campak-campak memang sedap namun kena ada caranya untuk mencampak. Pastikan sayuran yang agak keras seperti lobak merah, bunga kobis dan putik jagung dicampakkan lebih awal berbanding sayuran lain seperti cendawan yang lebih senang masak. Sebelum itu campaklah dahulu ayam atau daging ke dalam periuk. Biarkan ia masak lebih awal.
Hancur Dengan Minyak
Bagi anda yang menggunakan kiub tomyam dan bukanlah jenis cecair, cara untuk merenehkan kiub senang sahaja. Selain memasukkannya terus ke dalam periuk, anda boleh juga menghancurkan kiub ini bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi sayur-sayuran.
Kena Pedas
Bagi menghasilkan tomyam yang enak dan umphh, kuahnya juga haruslah pedas dan sedikit masam berbanding daripada biasa. Sebolehnya ketuk cili padi berwarna merah dan biarkan ditumis seketika bagi mengeluarkan rasa pedasnya. Untuk lebih masam, limau nipis jangan pula dilupakan.
Lengkuas Kena Ada
Selain serai dan daun limau purut, lengkuas juga merupakan bahan utama ketika memasak tomyam. Rasanya berbeza jika anda tidak meletakkan lengkuas ini. Potong lengkuas sebesar ibu jari dan ketuk dengan pisau. Masukkan ke dalam kuahnya dan biarkan direneh lama. Mudah sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa ada cuti sekolah tambahan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.
Cuti sekolah tambahan ini dipecahkan mengikut dua kategori kumpulan iaitu A dan B. Bagi Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Manakala Kumpulan B pula sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Ini tarikh penting cuti perayaan Deepavali sebagai panduan bersama.
30 Oktober 2024 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)
31 Oktober 2024 (Khamis) – Cuti Deepavali (Kumpulan A dan Kumpulan B)
30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)
Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan
Kesimpulannya, keseluruhan cuti yang diberikan oleh KPM adalah seperti berikut:
1. Kumpulan A: 30 Oktober hingga 2 November (Rabu hingga Sabtu)
2. Kumpulan B kecuali Sarawak: 30 Oktober hingga 3 November (Rabu hingga Ahad)
Wah nampaknya mak ayah sudah boleh merancang cuti-cuti dengan anak hujung bulan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyuntik keserian dekorasi rumah kalau dihiasi dengan bunga-bungaan artifisial seperti gubahan orkid, tentu menyerlah. Lagi pun penjagaan bunga artifisial ini mudah, jadilah tidaklah memerlukan dijaga rapi berbanding meletakkan tumbuhan hidup di dalam rumah, perlu disiram setiap hari.
Untuk itu, jika dibeli gubahan dipasaran boleh tahan juga harganya ada yang sampai ratusan ringgit. Namun jika anda ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan ini, bukan sahaja rumah anda nampak dberhias indah malah poket pun tak rabak.
Nak tahu lanjut, jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan ini.
Tutorial cara gubah bunga orkid dalam pasu
Bahan-bahan yang diperlukan
Beberapa tangkai bunga orkid – ikut pilihan masing-masing dan saiz gubahan yang di kehendaki . AJ beli dari Romatika.
Daun bunga orkid – AJ beli di Romantika ( satu pek ada 3 helai bercantum RM4 ++)
Lumut kering – AJ guna dua plastik
Daun hiasan tambahan jika perlu
Batang buloh atau plastik untuk mengikat tangkai orkid supaya tegak
Dawai pengikat – boleh beli di kedai barang hantaran atau kedai bunga
Gam putih – boleh beli di kedai buku
Pasu
Span kering – AJ guna dua ketul
Cara penyertaan:
Potong span kering mengikut saiz pasu dan isikan sehingga penuh permukaan pasu.
2. Picitkan gam putih dan ratakan di atas span kering untuk melekatkan lumut kering di permukaan pasu sepenuhnya.
3.Tepekkan permukaan pasu dengan lumut sepenuhnya dan biarkan kering.
4. Pacakkan tangkai bunga orkid mengikut idea gubahan masing-masing. AJ menggunakkan 4 tangkai bunga orkid dan pacakkan di empat penjuru di bahagian tengah pasu. (Abaikan karpet kami yang bergulung tu ye sebab nak buat kerja gubahan ni nanti habuk span kering dan lumut tu bertabur melekat kat karpet, sebab tu kami gulung hehe )
5. Ikat bahagian batang bunga orkid dengan buluh kecil atau pun batang plastik untuk mempastikan batang tangkai bunga orkid kita tegak berdiri dan mudah nak lenturkan bunganya nanti. Kalau tak tangkai bunga orkid ni akan tumbang kerana ianya ringan. Ikat dengan dawai halus pengikat tu sahaja
6. Dibahagian dasar pasu, pacakkan daun orkid memenuhi ruang permukaan lumut dan boleh lah kalau nak tambahkan daun hiasan lain mengikut kreativiti masing-masing. Semua tu sebagai kemasan bahagian bawah pasu dan untuk mencantikan gubahan dan agar nampak asli dengan daun orkid serta akarnya.
7. Lenturlah bunga orkid mengikut sudut yang ingin di letakkan. Dan siaplah satu gubahan bunga orkid viral tetapi dengan cara kita sendiri malahan dengan kos yang jauh lebih murah. Sepasu gubahan di atas tu termasuk pasu lebih kurang RM100 lebih sahaja.