
Si cilik bernama Siti Aafiyah ini sering menjadi perhatian ramai. Apa tidaknya, anak kepada penyanyi nombor satu negara ini merupakan puteri sulung hasil perkongsian hidup Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Tidak hairanlah apabila Aafiyah sering menjadi perhatian ramai ditambah lagi dengan gelagatnya yang mencuit hati para penonton. Ada-ada sahaja yang membuatkan ramai terhibur.
Terbaru terdapat satu video yang memaparkan Aafiyah menari sakan sambil mendengar lagu hindustan.
Dalam video tersebutkedengaran suara Siti Nurhaliza yang ketawa dengan gelagat anaknya itu. Aafiyah juga menyebabkan ayahnya melatah, kerana terkejut dengan gelagatnya itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat kakak kepada Muhammad Afwa ini menari.

Tak Susah Pun Suami Nak Bahagiakan & Redakan Tekanan Isteri Yang Penat. Wanita Ini Kongsikan 6 Cara. Cukup Mudah & Praktikal!

Melakukan kerja-kerja rumah bukanlah semudah yang disangkakan. Penatnya hanya Tuhan yang tahu.
Dari awal dinihari membawa ke tengah malam, urusan rumah tangga takkan pernah siap. Ketika meletakkan kepala dan tidur itulah waktu rehat buat seorang wanita bergelar suri rumah.
Bagi yang berkerja, keletihan berganda dirasai usai pulang dari kerja, perlu membereskan urusna rumah tangga.
Justeru, sebagai suami kena menghargai dan selalu ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah. Tidak perlu pakar seperti chef untuk memasak, memadai boleh menyediakan menu untuk hidangan seisi keluarga.
Atau jika tidak pandai memasak, boleh membantu isteri membasuh pakaian mahupun pinggan atau boleh juga mengemas.
Sebenarnya nak bahagiakan isteri yang penat bukanlah sesukar mana. Tidka perlu barangan mewah atau wang ringgit yang banyak. Tetapi pertolongan yang suami hulurkan adalah yang terbaik.
Shaza Baharuddin kongsikan 6 cara yang boleh para suami lakukan bagi meredakan tekanan isteri. Jom baca, moga bermanfaat untuk semua!
Catatan Shaza
Setiap isteri pasti merasa tertekan apatah lagi bagi mereka yang bekerjaya. Begitu juga dengan suri rumah yang terpaksa membuat pelbagai kerja seawal membuka mata sehinggalah ketika masuk tidur. Bak kata orang, kerja suri rumah tidak pernah habis.
Saya juga tidak terkecuali maka saya hasilkan buku bertajuk 99 Stress Free Wife. Buku yang menceritakan kisah-kisah geram dengan kerenah suami namun di sebaliknya ada pengajaran yang tersirat. Namun perlu diingati, suami tetap perlu dihormati. Stress ala-ala manja sahajakan.
Bila isteri tertekan, apa yang perlu suami lakukan? Ada pelbagai cara suami boleh meredakan tekanan isteri, antaranya ialah :
1. Bawalah isteri berjalan-jalan. Sekali seminggu apa salahnya. Pergi ke tasik, tengok wayang, bawa pergi berkelah, kalau tiada bajet ajak ke pasar malam pun sudah menggembirakan hati isteri. Jika ada duit lebih, setiap dua bulan duduklah di hotel, bak kata orang berhoneymoon.
2. Jika berkesempatan suami bawalah anak-anak ke taman pada waktu petang. Main bola dengan anak-anak. Temani anak-anak perempuan bermain buaian. Berikan masa untuk isteri berehat, ‘me time’. Biarkan si isteri melayan perasaan menonton drama di waktu petang.
3. Bawa berbincang dengan suami apabila ada isu. Jangan biarkan isteri memendam rasa. Tadahkan telinga mendengar celoteh dan bebelan isteri tentang kenakalan anak-anak. Tetapi, janganlah pula ikut sama membawang dengan isteri.
4. Tolong kerja-kerja isteri. Cuci pinggan, jaga anak, kemas meja dan sebagainya. Musim hujan ni apa kata tawarkan diri pergi ke kedai dobi untuk membasuh baju. Ala, buatlah apa-apa kerja di rumah pun, isteri pasti suka.
5. Mohon pada suami jangan bawa masalah kerja ke rumah. Rumah adalah tempat berehat. Ceriakan isteri. Biar dia gembira dengan kepulangan suami. Sentiasa bergurau dengan isteri, buat lawak walaupun punchline hampeh.
6. Berilah isteri rehat seminggu sekali. Bagi isteri off day untuk sehari. Bawa dan belanja isteri makan di luar. Tanyalah selera isteri.
Sebenarnya banyak cara seorang suami boleh membahagiakan isterinya. Hargailah pasangan ketika mereka masih ada. Kita berkahwin untuk bahagia, bukannya untuk menderita.
Kena bijak menangani tekanan.
Episod Kemuncak Pencarian Ratu Hijabista, Teka Teki Bakal Terjawab. Jangan Lepaskan Untuk Menontonnya!

Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’ sudahpun tiba.
Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini bakal disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir.
Mereka terdiri daripada FIFFY AFRINA (23, Pulau Pinang), MELLYA (23, Selangor), TINA (24, Shah Alam) dan QILA (21, Selangor).
Sepanjang paparan tujuh buah episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif merangkumi pecahan aspek penting yang berbeza telah diberikan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam usaha melahirkan seorang ikon wanita moden berhijab agar dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan contoh teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita yang berhijab.
Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’.
Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang.
Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang.
Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang.
Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabista juga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka. Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana. Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran. Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain. Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luar sana,”
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malam kemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga bakal dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu. Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Untuk mengikuti info terbaru mengenai ‘Ratu Hijabista’, sila layari laman web rasmi di www.hijabista.com.my/ratuhijabista, Facebook [hijabistamagazine] dan Instagram [hijabistamag].
#RatuHijabista #MajalahHijabista #SafiHijabista #SayaSayangSaya
“Alif Mohon Maaf, Doakan Saya.” Alif Satar Kongsi Berita Positif COVID-19, Sedang Jalani Kuarantin!

Penyanyi dan pelakon Alif Satar mengesahkan dirinya positif COVID-19 setelah mendapat keputusan saringan hari ini. Beliau yang kini sedang menjalani kuarantin memaklumkan telah memberikan nama dan kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Berita tersebut dikongsikan Alif menerusi laman Instagramnya sendiri tadi.
Assalamualaikum.. Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan COVID-19.
Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif COVID-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
Perkongsian berita yang mengejutkan itu dimuat naik bersama sekeping gambar Hos terkenal ini yang memakai pakaian hospital. Alif semalam baru selesai membuat persembahan di pentas semifinal Muzik Muzik 35.
Menurut Alif, dia reda dengan dugaan yang diberikan dan perkara utama terlintas difikiran adalah keadaan keluarganya.
Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. Isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.
Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari. Dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.
Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan..
P/s Alif sekarang menjalani proses kuarantin.
Sumber: alifsatar