Anak adalah permata hati buat pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga. Kelahiran anak adalah anugerah yang amat bernilai buat mereka.
Justeru, sudah tentu setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan anak sebagai penyeri dan pelengkap rumahtangga.
Ada pasangan yang mendapat cahaya mata diawal perkahwinan sehingga digelar bunting pelamin. Ada juga selepas 5 tahu,10 tahun dan juga selepas 15 tahun. Semua ini adalah dugaan dalam rumahtangga.
Tular di media sosial perkongsian seorang penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai rider food delivery yang menerima nota kecil yang ditampal pada sekeping duit daripada pelanggannya yang memohon mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat.
Sayu dengan pesanan pelanggannya, menerusi facebook miliknya, Mohammad Fadly Sum berkongsi pesanan ringkas itu agar pasangan itu supaya ramai mendoakan niat murni mereka untuk bergelar ibu dan ayah.
Tadi ada customer order foodpanda , lepas saya hantar order, customer tu bagi RM5 tip. Ada nota bertulis.
‘Doakan kami punya zuriat yang sihat tubuh badan dan sempurna sifat, dapat sorang pun dah memadai sangat-sangat.’
Sama-sama kita sedekah doa ya.
Komen warga net
‘Semoga dimakbulkan doa’
Sumber: Mohammad Fadly Sum
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club