Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, “Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. ” Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.

Penghantar Makanan Maut Dirempuh Pemandu Mabuk- “Suami Baru Turun Kereta Bantu Mangsa Kemalangan”

Insiden yang berlaku sekitar jam 2.10 pagi di Kilometer 16 itu mengorbankan lelaki tempatan berusia 37 tahun, ketika dia sedang cuba membantu seorang penunggang motosikal yang terbabas.

Menurut isteri mangsa, Suhaidah Yusof, 40, suaminya itu baharu sahaja keluar dari kereta untuk membantu mangsa kemalangan. Tiba-tiba dia dengar bunyi dentuman. Orang ramai memberitahu bahawa suaminya dilanggar kereta.

Penghantar Makanan Maut Dirempuh Pemandu Mabuk- “Suami Baru Turun Kereta Bantu Mangsa Kemalangan”

Suhaidah adalah isteri kepada Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, yang maut selepas dilanggar sebuah kereta BMW dipandu lelaki mabuk ketika membantu seorang mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi berhampiran stesen minyak memasuki Taman Desa Jaya di sini, kira-kira jam 2.10 pagi tadi.

Suaminya yang juga penghantar makanan p-hailing meninggal dunia akibat parah pada anggota badan.

Menurut Suhaidah, sebelum kejadian, dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bakar Batu di sini, selepas keluar makan bersama rakan.

“Saya yang memandu kereta ketika itu. Kami nampak ada serpihan motosikal yang kemalangan, saya parkir kereta tepi jalan sebab suami kata nak tolong mangsa.

Penghantar Makanan Maut Dirempuh Pemandu Mabuk- “Suami Baru Turun Kereta Bantu Mangsa Kemalangan”

“Ketika itu ada juga yang berhenti kereta nak tengok kemalangan dan bantu kawal lalu lintas, tetapi suami tak beri saya keluar kereta, suruh tunggu dalam kereta,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Ads

Suhaidah yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta berkata, dia terus menghubungi adik iparnya memaklumkan insiden yang berlaku.

Pada masa sama, dia mengakui masih terkejut dan trauma selepas kehilangan suami tercinta lebih-lebih lagi ketika masih dalam bulan Syawal.

“Kami kahwin September tahun lalu. Kami baru cipta kenangan indah bersama ketika hari raya kerana ini pertama kali beraya bersama-sama keluarga selepas bergelar suami isteri,” katanya yang reda dengan ketentuan Ilahi.

Menurut Suhaidah, suaminya banyak termenung dan tidak banyak bercakap malam kelmarin.

“Kelmarin, dia cakap panas badan dan pening kepala, dia banyak terbaring dan berdiam diri. Semalam, kami keluar jalan-jalan dan makan bersama kawan-kawan dia, dia cakap hilang dah sakit kepala dia.

“Tak sangka dia sudah tiada,” katanya.

Ads

Penghantar Makanan Maut Dirempuh Pemandu Mabuk- “Suami Baru Turun Kereta Bantu Mangsa Kemalangan”

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan bermula apabila seorang lelaki warga Myanmar yang menunggang motosikal SYM BX11 dari arah Johor Bahru ke Taman Setia Tropika hilang kawalan sebelum terbabas di lorong kanan.

“PENUNGGANG MOTOSIKAL BERUSIA SEKITAR 30-AN ITU MENGALAMI KECEDERAAN SERIUS DI BAHAGIAN KEPALA DAN DISAHKAN MENINGGAL DUNIA DI LOKASI KEJADIAN,” KATANYA DALAM SATU KENYATAAN.

Tambah beliau, penghantar makanan tersebut dipercayai berhenti untuk membantu dengan menjaga lalu lintas bagi mengelakkan mangsa pertama dilanggar kenderaan lain.

Penghantar Makanan Maut Dirempuh Pemandu Mabuk- “Suami Baru Turun Kereta Bantu Mangsa Kemalangan”

Namun, tindakan terpuji itu berakhir dengan tragedi apabila sebuah kereta BMW yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun datang dari arah sama dan melanggar mangsa kedua, menyebabkan kecederaan dalaman parah dan kematian serta-merta.

“Pemandu BMW tersebut hanya cedera ringan di muka. Hasil ujian mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian,” katanya.

Ads

Susulan itu, suspek telah ditahan dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis turut mengingatkan masyarakat supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.

Sebelum ini, beberapa rakaman video yang memaparkan keadaan lokasi kejadian tular di media sosial, menunjukkan kehadiran ramai orang awam berhimpun di tempat kejadian.

Sumber: Sinar Harian Harian Metro

Baca artikel lain juga: Suami Isteri Meninggal Dunia Kemalangan, Baru Selesai Sesi Fotografi Hari Raya

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI