
Lain orang lain caranya untuk menyimpan duit. Ada yang suka untuk simpan di bank, malah ada yang rasa lebih mudah simpan di rumah sahaja. Namun apakan daya, sememangnya mudah ketika menyimpan duit di rumah bertukar duka apabila hasrat seorang lelaki untuk menunaikan haji tidak kesampaian apabila wang simpanannya berjumlah RM15,000 lesap dalam sekelip mata setelah dimakan anai-anai.
Memetik laporan Detik.com, lelaki terbabit, Samin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah Indonesia telah mengumpul wang tersebut hampir tiga tahun lalu malah wang simpanannya itu juga sudah mencecah 49.8 juta rupiah iaitu bersamaan RM15,000.
Lebih menyedihkan apabila mengetahui lelaki terbabit mahu menggunakan wang tabungannya itu untuk menunaikan haji namun siapa sangka, hasratnya tidak kesampaian.
Ketika kejadian, Samin yang berusia 53 tahun tersebut mendakwa dia menyimpan wang di dalam dua tabung yang berbeza dan kedua-duanya mempunyai jumlah simpanan yang hampir sama. Namun hanya satu tabung sahaja yang terselamat, selebihnya musnah dimakan anai-anai.
Tambah Samin lagi, dia berasa curiga setelah melihat anai-anai di dalam tabung simpanannya itu.
Menurut Samin, dia tidak mahu menyimpan wang tersebut di bank kerana mahu menjimatkan masa dan tenaga. Bukan itu sahaja, dia berpendapat lebih selamat jika disimpan sendiri.
“Untuk jimat masa dan tenaga. Kalau saya pergi ke bank untuk simpan RM60 setiap hari, ia akan memerlukan masa dan tenaga. Saya juga perlu menjaga anak-anak di sekolah.
“Harap-harap wang itu boleh ditukar oleh Bank Indonesia, harap wang itu dapat ditukar untuk daftar haji.” katanya.
Difahamkan, jumlah wang yang terselamat adalah kurang 68% daripada jumlah keseluruhan. Menerusi laporan hari ini, pihak bank telah menyerahkan wang terselamat yang berjumlah 20 juta rupiah bersamaan hampir RM6,000 kepada Samin.
Sumber: Detik.com
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
“Yang Lelaki Pula Duduk Macam Perempuan…”-Bebelan Kak Rara Berkongsi Telatah Anak, Buat Ramai Terkejut!

Menyentuh tentang ragam anak-anak, diakui bukan sahaja yang si kecil selalu buat perangai malah hingga anak yang besar ada sahaja kisahnya. Kadang kala melucukan dan kadang kala tindak tanduk mereka boleh membuatkan kita membebel tak henti-henti.
Ini sama kisahnya dengan pelakon dan penyampai radio terkenal iaitu Sharifah Shahirah, berkongsi video memaparkan pelbagai ragam dan gaya anak-anaknya yang tular di media sosial.
Pelakon terkenal, Sharifah Shahira dikatakan sedang membebel mengenai sikap anak-anaknya di sebuah kafe.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Yang Perempuan Duduk Macam Lelaki
Melalui video tersebut dapat dilihat Sharifah Shahira atau juga lebih mesra di sapa Kak Rara dan keluarga sedang menikmati makanan di sebuah kafe. Namun telatah leteran Kak Rara dalam video itu telah membuatkan warganet terasa terhibur.
“Anak aku dah macam Janna Nick cerita Coffee Prince. Airra, duduk macam lelaki, yang lelaki pula duduk macam perempuan. Perempuan duduk macam lelaki.”
Bukan sahaja teguran Kak Rara yang menarik perhatian, malah penampilan kedua anaknya itu iaitu Airra Zulkifli dan Airell Zulkifli juga mendapat perhatian ramai kerana kagum dengan rupa paras mereka yang menarik terutama sekali, Airra Zulkifli.
Ada juga netizen yang cakap muka Airra itu seiras dengan bapanya, Ijoy Azhari.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh peminat dan warganet, antara yang menarik perhatian:-
Masa mengandung kan anak yang baju biru tu mesti kumpulan nasyid Brother Tgh top kan. Ade mcm Yassin Sulaiman pulak teman sejati kau tekenan ke kak.
Lucu maknya. Haha. Tapi memang menarik perhatian raut wajah anaknya.
Anak beranak tuan syed Sega ni memang hensem dan cantik semua.
Yang lelaki tu hensem kak rara..Macam akak versi lelaki (eh!)
Saya sampai 10 kali ulang..kelakar la sis..
Sumber : @shieraijoy
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ramadan Dah Dekat, Ini Cara Buat Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Kekal Bertenaga.

Ramadan hampir tiba, biasanya air nabeez akan jadi hidangan utama kerika sahur. Mungkin ramai tak tahu khasiat air rendaman kurma / kismis (air nabeez) amat baik untuk kesihatan.
Air Nabeez adalah amalan pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni.
Air Nabeez
Cadangan menu sahur bagi mereka yang tidak mahu makan makanan berat. Air Nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan… Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara penyediaan :
Cara-caranya:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
Khasiatnya:
1. Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).2. Tinggi kandungan fiber ~ menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya akan pottassium ~ penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.
Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.
Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin yang berbahaya didalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Selamat mencuba
Sumber: Ummi Hamidah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Hampir Gadai Emas Sebanyak 10K, Wanita Ini Kongsi Cerita Diperdaya ‘Scammer’ Guna Nama Insurans!

Kalau dah penipu atau scammer tu, macam-macam jenis helah nak dibuatnya untuk perdayakan orang ramai. Yang menjadi masalahnya, mereka ini sukar untuk ditangkap sejak dari dulu dan telah merugikan banyak pihak beribu-ribu ringgit, malah mungkin berjuta!
Baru-baru ini, seorang pengguna laman Facebook berkongsi dirinya hampir kerugian 10k selepas terpedaya dengan scammer yang disyaki menyamar sebagai pihak insurans dalam modus operandi mereka.
Nak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsian Nurhusna di bawah ini. Semoga kita semua dapat ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini supaya tidak menjadi mangsa seterusnya yang terpedaya dengan mereka.
Modus operandi terbaru scammer nak tipu korang
Awas, cerita ini sangat panjang dan aku mintak maaf kalau aku cerita ni tak habis ke apa, cuma aku nak sebarkan modus operandi scammer yang aku rasa agak baru untuk aku dan aku tak nak orang lain terpedaya. Sebab aku memang hampir-hampir terpedaya.
Hampir ditipu sebanyak 10k!
Hari ni, merupakan hari bersejarah. Sebelum ni dengar cerita daripada orang lain. Rupa-rupanya hari ni kena kat saya pula. Hampir ditipu sebanyak 10k! Allahuakabar, Allah dah selamatkan, Alhamdulillah.
Modus operandi yang dia gunakan, aku tak tahu kalau orang lain pernah kena atau tidak modus operandi yang macam aku. Tapi bagi aku, ini modus yang terbaru mereka pakai, sebelum ini kalau ada orang call kata aku ada hutang LHDN ke bank ke, memang tak layan. Sebab boleh agak scammer, tapi yang ni lain sikit modus operandinya.
Mengaku Dari Syarikat Insurans
Kisah bermula dari hari sabtu lagi, dapat panggilan daripada syarikat insurans katanya ‘***” (sah menipu, mana asa company insurans kerja hari Sabtu). Tapi tetap terpedaya, sebab nama dan nombor IC yang dinyatakan memang betul.
Katanye aku ada membuat tuntutan insuran sebanyak RM33k++ pada sekian tarikh dan claim tersebut telah lulus, tapi aku cakap aku tak ada buat sebarang tuntutan insurans. Sebabnya aku memang tak ada insurans dengan ‘***’ dan untuk elak disenarai hitam, aku perlu buat laporan polis (katanya).
Tapi disebabkan hari Sabtu tu ada kenduri di rumah saudara suami, dia kata, diorang tak dapat nak setelkan laporan pada hari Sabtu tu, dan kes ditunda pada Isnin.
Tapi kebetulan Isnin tu baru balik dari kampung, jadi dia tunda lagi kes (menipu si dajjal ni). Jadi dia tunda kes kononnye sampai Selasa baru setelkan kes ni.
8/3/2022 (Hari Kejadian)
Pagi ni dapat panggilan daripada orang yang sama, asalnya dia suruh ke ‘***’ Ampang untuk buat laporan ke apa entah lah. Tapi lepas tu kata, tak perlu pula, cukup buat laporan melalui phone sahaja dan kes yg dikatakan ni berlaku di Negeri Sembilan (hajaq scammer ni), Jadi dia smbung ke IPK Negeri Sembilan (menipu lagi, tapi aku pula terpedaya).
Dia bagi semua ya untuk nampak real, nama dia, nombor staff, nombor rujukan, kat mana terjadi, nombor akaun 4 digit belakang nombor bank, bila jadi. Lepastu nanti dia smbungkan ke balai polis di mana berlakunya kejadian dan kes aku ni katanye terjadi di Seremban, Negeri Sembilan.
Lepas dia bagi detail diri dia, dia sambungkan pula ke IPK Negeri sembilan, aku pun bagi la detail mamat da**al ni kepada si penipu sorang lagi ni (penyamar polis). Lepas tu dia cakap, puan berada bersama dengan siapa? Aku cakap “suami saya ade”.
Minta jauh dari suami, konon Akta Rahsia Rasmi
Kemudian dia kata, boleh tak pergi ke tempt lain, supaya suami tak dengar perbualan. Dia kata kalau ada bunyi bising nanti rakaman tu terbatal (korang jangan sesekali percaya dan sembunyikan diri. Lantak la die suruh asing ke apa, biar ada orang dekat dengan kita, suami ke anak ke. Lagi bagus korang bagi dia dengar sama-sama, on speaker.
Tapi aku silap sebab terpedaya lagi (benda nak jadi) dia kata ini akta rahsia rasmi, sesiapa pun tak boleh tahu termasuk suami. Dekat sini korang jangan percaya, kawan aku yang suaminya polis kata mana boleh jadi akta rasmi kalau kes-kes besar. Mereka kata orang yang kena tu dah ditangkap, tapi tak masuk berita pun, sebab rahsia, katanya.
Lepastu dia minta pula detail aku yang biasa seperti nombor kad pengenalan, pakai apa kat tangan, tinggi dan berat, pakai tudung atau tidak (macam mana lah boleh percaya).
Kemudian, klimaksnya, sebaik sahaja bagi semua detail mengenai aku, dia bagi pula detail aku ni pada seorang lagi penipu untuk check kalau aku ada terlibat dengan kes-kes lain.
Terlibat kes penyalahgunaan dadah
Lepas dia check, tiba-tiba dia cakap aku ada terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah dan penggubahan wang haram (yang ni pun macam real masa dia sambungkan pada seorang lagi penipu perempuan untuk semak sama ada aku ada kes lain).
Allah, masa ni aku memang dah rasa sedih sangat. Katanya, kesalahan aku masa penangkapan tiga orang tu , dalam 400 kad bank, ada terselit aku punya kad yang didaftarkan atas nama aku. Sebab tu aku jadi salah seorang yang disyaki terlibat dengan beberapa peratus dari penjulan dadah RM2,68 juta.
Lepas tu dia sambung pula panggilan tersebut kepada ‘scammer’ besar, penipu utama yang kendalikan kes ini. Scammer seterusnya ni pulak cakap kalau aku tak nak masuk lokap, aku kena bayar sejumlah wang sebanyak RM10,000 untuk duit warrant.
Kenapalah aku percaya, yang sedihnya lagi, semua orang Melayu dan siap beristighfar lagi kat aku (padahal buat dosa). Aku terpedaya sebab cara dia bercakap tu macam real (suara garau macam polis, bagi aku la sebab aku hati tisu sikit, terus ketor kalau orang bercakap).
Jadi kat sini, aku nak pesan dan korang sampaikanlah pada semua, suara dia garau ke, dia buat-buat garang ke, gertak ke jangan percaya. Aku tak sempat nak buat macam tu sebab tu aku dah memang terpedaya.
Jangan panik berhadapan kes macam ni
Aku hampir gadaikan barang-barang kemas, dah ada depan bank pun tadi. Tapi, Alhamdulillah, Allah selamatkan aku daripada berbuat sedemikian. Kalu terjadi pada korang macam ni tanpa sengaja, semoga korang sedar bahawa korang sedang ditipu.

Jangan panik dan terus pergi ke bank pula untuk keluarkan duit ke, gadaikan emas ke. Aku doakan semoga korang selamat.
Dalam perjalan tu, Allah ilhamkan aku kepada satu kes scammer yang melibatkan kes polis. Jadi aku nak pesan, kalau dia cakap kau buat salah buat tuntutan claim ke apa, jangan sesekali percaya, aku percaya sebab nama dan nombor kad pengenalan aku tepat.
Pesan aku lagi, kalau mereka minta nombor akaun bank jangan sesekali bagi. Kau bagi nombor telifon ke atau nombor palsu. Apa-apa, korang berhati-hatilah kalau jawab panggilan dari nombor 03 ke 06, melainkan nombor tu familiar.
Kalau nak lebih selamat, gunalah True Caller. Aku tak install lagi, tapi lepas ni InsyaAllah aku akan install. Sebelum aku terfikir, kalau kena aku naik mainkan, sekali aku yang terkena.
Sekian cerita panjang dari aku, semoga Allah selamatkan daripada tipu daya scammer. Jaga solat dan amalan korang, mudah-mudahan jika berlaku perkara sebegini, Allah akan bantu.
Sumber : Nurhusna Said
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/