Pengawal keselamatan pelihara enam anak yatim piatu dengan gaji RM1,500, oercaya rezeki Allah. “Percaya dengan rezeki Allah SWT,” itu pegangan pengawal keselamatan Che Hanapi Che Hassan, 44, yang sanggup berdepan cabaran apabila berkorban menjaga enam anak yatim piatu yang juga anak saudaranya.
Pengawal Keselamatan Pelihara Enam Anak Yatim Piatu Dengan Gaji RM1,500
Bapa kepada tiga anak dari Kampung Padang Rumbia, Pekan, Pahang, itu berkata kehidupan dia bersama isteri, Kamilah Yaakob, 48, dan anak-anaknya bahagia dan ceria.
“Jika diikutkan dengan pendapatan RM1,500 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa, ia seakan tidak cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.
Percaya Rezeki Allah
“Tetapi saya percaya kepada rezeki Allah SWT dan Alhamdulillah, sejak menjaga mereka pada 2007 lagi, kehidupan kami sekeluarga okay.
“Dengan rezeki diterima ini, saya dan isteri dapat memberikan pendidikan kepada mereka dan syukur di atas ketentuan Allah,” katanya.
Menceritakan kehidupan di awal perkahwinan, Che Hanapi berkata, dia bersedia menjaga enam anak yatim piatu itu untuk memastikan mereka tidak terpisah dan kekal bersama sehingga dewasa.
Che Hanapi (kanan) bersama keluarganya termasuk nak yatim piatu yang dijaganya. FOTO ihsan Che Hanapi Che Hassan.
Menurutnya, segalanya bermula apabila Che Hanapi dan Kamilah berkahwin pada Ogos 2007 yang ketika itu isterinya sudah menjaga tiga anak saudaranya selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.
Ads
Katanya, pada 2011, mereka membuat keputusan mengambil tiga lagi anak saudaranya yang kematian ibu bapa untuk memastikan hubungan dan keakraban dalam kalangan adik-beradik kekal terjalin.
“Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat enam anak yatim piatu ini yang juga anak saudara isteri gembira dan tidak terpisah.
“Sebenarnya, jika ada yang mengambilnya, biarlah mereka kekal bersama dan bukannya hanya seorang yang menyebabkan hubungan mereka akan menjadi jauh.
“Saya tidak sanggup melihat mereka terpisah lalu menjaga mereka sehingga dewasa sedangkan mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 16 tahun dan yang tinggal bersama kami ketika ini ialah tiga orang.
“Alhamdulillah, kami gembira seorang daripadanya sudah berkahwin dan kami kini mempunyai seorang cucu, manakala dua lagi sudah bekerja di Bentong, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.
Che Hanapi yang tinggal di rumah asnaf Projek Rumah Bersepadu Kampung Padang Rumbia, Pekan turut mengakui gembira melihat anak saudaranya membesar di depan mata kerana memberi kepuasan serta bersyukur di atas segalanya.
Tekanan yang kuat setiap hari membuatkan ramai diantara kita tekad untuk berhenti kerja dan meneruskan bisnes sendiri. Sebenarnya tidak salah jika ingin menginjakkan kaki ke dunia perniagaan. Itu sebaiknya.
Pun begitu jangan jadikan alasan kerja sebagai titik untuk memulakan langkah dalam dunia perniagaan sebaliknya kena tahu niat sebenar berbisnes. Takut jatuh terduduk!
Sebelum tekad untuk berhenti kerja, ada baiknya kita dengarkan nasihat daripada Tuan Norizan Sharif yang merupakan seorang usahawan di Bridgewater, New Jersey.
“Saya kini bekerja makan gaji dan bercadang untuk buat bisnes sepenuh masa. Apakah nasihat tuan?”
1. Fikir habis-habis kenapa anda nak tinggalkan kerja yang ada gaji tetap untuk buat bisnes yang pendapatan tak menentu. Banyak bisnes bungkus. Anda bersedia?
2. Pastikan keluarga anda sokong niat nak buat bisnes. Apabila anda buat bisnes, merekalah tempat anda mengadu dan minta sokongan. Anda mungkin bersedia, tetapi suami dan isteri serta anak-anak mungkin tak bersedia. Selesaikan itu dulu sebelum berhenti.
3. Usah harapkan bos anda, staf anda, vendor dan orang yang pernah anda tolong dulu untuk bantu anda buat bisnes. Apabila anda melangkah keluar pejabat tanpa pangkat dan jawatan, orang sudah tidak peduli siapa anda lagi. Belajar untuk hidup sendiri tanpa mereka.
4. Banyak bisnes tak beri apa-apa pendapatan untuk beberapa bulan pertama. Bukan mudah nak dapat market traction. Walaupun bisnes tak masuk duit, anda tetap kena bayar sewa rumah dan kereta. Begitu juga dengan belanja anak-anak sekolah. Pastikan anda ada simpanan untuk enam bulan sehingga setahun. Kalau lagi banyak, lagi bagus.
5. Sebahagian besar bisnes lambat masuk duit terutama sekali “duit besar.” Pastikan anda ada strategi untuk buat pendapatan kecil sebelum dapat wang yang lebih banyak. Boleh saja sasarkan dapat RM1 juta selepas setahun, tetapi pastikan anda juga dapat RM1,000 sebulan sewaktu mula berbisnes. Apabila wang masuk (walaupun kecil), kita lebih bermotivasi untuk berbisnes.
6. Mula downsizing sewaktu bekerja. Kurangkan perbelanjaan. Ikat perut. Biasakan hidup susah sewaktu bekerja. Lupakan hotel lima bintang atau penerbangan kelas bisnes. Mula makan di gerai, bukan coffee house. Apabila buat bisnes nanti tak susah sangat nak buat penyesuaian sekiranya bisnes tidak berkembang laju seperti yang diharapkan.
7. Fokus kepada perkara-perkara asas yang membangunkan bisnes, bukan renda-renda bisnes. Usah travel sana, travel sini, meeting sana, meeting sini — sekiranya kesemua itu tidak membantu pertumbuhan bisnes. Sewaktu bekerja kita boleh meeting satu pagi atau pergi seminar sepanjang hari. Apabila buat bisnes, lihat semula adakah ia betul-betul membantu bisnes.
8. Mulakan bisnes sewaktu bekerja. Banyak kerja-kerja groundwork boleh dibuat awal. Buat business plan, validate idea dan produk sewaktu bekerja. Sebahagian aktiviti ini tidak mendatangkan apa-apa pendapatan. Usah tunggu berhenti kerja dulu baru nak buat kesemua itu.
9. Usah buat hutang untuk memulakan bisnes. Simpan wang modal sewaktu bekerja. Apabila cukup modal, baru berhenti. Bank atau institusi kewangan tak beri pinjaman perniagaan kepada bisnes baru. Kalau guna kad kredit atau pinjaman peribadi, kadar faedah yang dikenakan cukup tinggi. Usah jadi bodoh buat pinjaman sedangkan kita belum ada apa-apa pendapatan bisnes. Nak berkembang nanti, baru
buat pinjaman.
10. Belajar berjalan sendiri. Apabila kita memilih untuk buat bisnes, kita sebenarnya memilih untuk berjalan seorang diri. Ada masa kita nampak dunia di depan cerah. Seringkali, kita nampak terowong gelap. Apa pun, teruskan berjalan. Ramai orang give up buat bisnes bukan pada peringkat awal, tetapi apabila mereka sudah hampir nak capai kejayaan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
9 september pasti meninggalkan memori duka yang sukar duilupakan buat selama-lamanya oleh keluarga ini. Perginya insan yang tersayang buat selama-lamanya dalam satu kemalangan di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat.
Insiden itu menyebabkan dua orang maut manakala seorang cedera. Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian dikenali sebagai Muhammad Syauqi Azmi dan Ahmad Azhar Abdul Wahab dari Kampung Gesing, Dong, Raub.
Dalam satu perkongsian di laman Twitter, anak kepada salah seorang mangsa maut meluahkan rasa pilu apabila ayahnya pergi buat selama-lamanya.
Ayahnya meninggalkan 8 orang anak dan adik bongsunya baru berusia 1 tahun.
Pagi sebelum daddy mengadap ilahi. Alhamdulillah diberi peluang utk tengok & cakap dengan daddy for the last time.. rindunya ya Allah pic.twitter.com/sK1w4Cqdb5
Dalam pada itu, ayahnya sempat membeli rumah untuk mereka sekeluarga awal tahun ini. Namun rumah tersebut masih tidak didiami memandangan rumah tersebut masih dalam pengubahsuaian.
Awal tahun ni ddy belikan untuk kami adik beradik rumah sebiji. Dia dah pesan kat kami yang kalau ddy dah tkde, dia nak anak2 dia semua berkumpul dekat sini. Baru seminggu lepas renovation rumah ni siap. Ddy excited sekali sebab dapur jadi luas. pic.twitter.com/Oox8p9TXx8
Kejadian jam 11.30pm, pukul 10.52pm daddy dah suruh aku buat air dia sebab dia dah nak sampai kuantan….. Tp kenapa daddy tak sampai2 lagi😢💔 pic.twitter.com/XJnUIDL2ID
Baru-baru ini Heliza Helmi, penyanyi dan aktivis kemanusiaan dan juga merupakan isteri kepada Datuk Seri Mahadi didakwa sudah berbadan dua oleh peminatnya berikutan video yang dimuat naik olehnya menampakkan ‘baby bump’.
Spekulasi ini timbul apabila Heliza dan Datuk Seri Mahadi memuat naik sebuah rakaman video di laman IG milik mereka.
Video tersebut memaparkan Datuk Seri Mahadi dan Heliza sedang menjalani sesi rakaman fotografi untuk sebuah produk.
Dilihat Mahadi sedang beraksi di hadapan kamera sambil memegang raket tenis. Selepas memukul bola dengan raket, Mahadi terus mengipas wajahnya dengan tangan menunjukkan dia sedang kepanasan.
Namun apa yang mencuri tumpuan, adalah tiba-tiba Heliza masuk ke ruang rakaman tersebut sambil membawa kipas tangan elektrik untuk mengipas suaminya. Pun begitu apabila Heliza menyerahkan kipas kepada suaminya dan mengambil raket daripada tangan suaminya, mata netizen ‘tertangkap’ sesuatu.
Aksi mencuit hati itu juga telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat. Pasangan itu kelihatan manis apabila mengenakan busana sedondon serba putih.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mendakwa Heliza sedang hamil. Ujar netizen, perut Heliza kelihatan seperti ‘baby bump’.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.