Baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang wanita dipercayai petugas taska melakukan kekasaran terhadap dua orang bayi kecil.
Difahamkan, perakam video berkenaan takut untuk membuat laporan polis. Jadi rakaman video dibuat sebagai bukti berlaku kekasaran terhadap kanak-kanak yang berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Di dalam video pertama yang berdurasi kurang satu minit itu, kedengaran suara teriakan tangisan bayi sambil ‘ditindih’ oleh petugas taska terbabit.
Dapat dilihat dengan jelas, wanita berkenaan telah menjerit berulang-ulang kali meminta bayi itu diam, sambil mengoncang badan dan menepuk-nepuk kepala bayi itu beberapa kali.
Dalam video kedua pula, kekasaran berlaku kepada seorang bayi lain di mana petugas taska terbabit bangun daripada baringan lalu menggoncangkan badan bayi itu dan meletakkan semula kanak-kanak itu secara kasar.
Menurut seorang pengguna Facebook Zurianty Sudin, bayi tersebut merupakan anak kepada salah seorang sepupunya.
Dalam satu screenshot perbualan di aplikasi WhatsApp yang dikongsikan oleh ibu mangsa, pihak taska didakwa cuba minta ‘settle tepi’ terhadap semua keluarga mangsa-mangsa yang lain.
Kejadian ini turut mendapat perhatian penyanyi Caprice yang membuat perkongsian tersebut di laman Instagram miliknya.
Terbaharu, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda turut memuat naik laporan dari media Oh Bulan mengenai perkara ini di laman IG Story miliknya.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club