Baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang wanita dipercayai petugas taska melakukan kekasaran terhadap dua orang bayi kecil.
Difahamkan, perakam video berkenaan takut untuk membuat laporan polis. Jadi rakaman video dibuat sebagai bukti berlaku kekasaran terhadap kanak-kanak yang berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Di dalam video pertama yang berdurasi kurang satu minit itu, kedengaran suara teriakan tangisan bayi sambil ‘ditindih’ oleh petugas taska terbabit.
Dapat dilihat dengan jelas, wanita berkenaan telah menjerit berulang-ulang kali meminta bayi itu diam, sambil mengoncang badan dan menepuk-nepuk kepala bayi itu beberapa kali.
Dalam video kedua pula, kekasaran berlaku kepada seorang bayi lain di mana petugas taska terbabit bangun daripada baringan lalu menggoncangkan badan bayi itu dan meletakkan semula kanak-kanak itu secara kasar.
Menurut seorang pengguna Facebook Zurianty Sudin, bayi tersebut merupakan anak kepada salah seorang sepupunya.
Ads
Dalam satu screenshot perbualan di aplikasi WhatsApp yang dikongsikan oleh ibu mangsa, pihak taska didakwa cuba minta ‘settle tepi’ terhadap semua keluarga mangsa-mangsa yang lain.
Ads
Kejadian ini turut mendapat perhatian penyanyi Caprice yang membuat perkongsian tersebut di laman Instagram miliknya.
Terbaharu, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda turut memuat naik laporan dari media Oh Bulan mengenai perkara ini di laman IG Story miliknya.
Perkongsian seorang suri rumah ini telah mendapat banyak perkongsian kerana akan membuatkan anda jimat membeli sabun basuh pinggan.
Memetik perkongsian dari Puan Najwa Nuraina ini,
Orang yang share tu guna sabun sunlight warna hijau. Sis guna yang warna putih je sebab memng suka bau natural die. Lagipun warna putih ni boleh cuci botol susu anak sekali. Tak kisah sabun basuh pinggan jenama apa semua pun boleh.
Dari 1 liter sabun basuh pinggan beranak jadi 6 liter terus. Jimat 6 bulan punya stock sabun
Kepekatan sabun cair sikit je daripada yang baru beli. Pada yang tak tahu garam adalah bahan asas dalam penbuatan sabun. Tapi tak tahu la dorang pakai garam jenis apa kan. Kita pakai garam untuk masak tu je la. murah pun murah. Tapi buih memang banyak gila dan bila basuh takde masalah pun nak hilangkan kotoran dan kesan minyak. Kesan die sama macam baru beli!
Bahan – bahan :
• 1000 ml sabun basuh pinggan
• Air 5 liter
• Garam halus 1 cawan
Cara – cara :
1. Bancuh dulu garam halus dengan air panas sampai larut
2. Kemudian campurkan ke dalam bekas besar yang dah ada 5 liter air dan sabun basuh pinggan 1 liter.
3. Siap!
Kecoh di laman twitter apabila seorang individu mendedahkan terjumpa beberapa keratan kuku dalam nasi yang dihidangkan kepada ibunya ketika sedang makan di sebuah restoran popular di Selangor.
Menerusi ciapan individu tersebut di laman sosial Twitter, dia dan ibunya yang sedang makan tengah hari di restoran itu pada mulanya tidak perasan akan keratan kuku tersebut.
Namun setelah menjamah hampir separuh dari makanan itu, barulah ibunya ternampak keratan kuku di dalam nasi.
Lebih menjijikkan apabila dia melihat terdapat enam keratan kuku dan ibunya sudah termakan dua daripada keratan kuku itu.
“Semasa makan tengah hari, ibu saya mendapati bukan sahaja satu tetapi terdapat enam keratan kuku di dalam nasinya. Dia dah pun mengunyah dua keratan kuku itu.”
Melalui thread tersebut, ramai yang mengesyaki ada perbuatan khianat kerana keratan kuku itu seolah-olah diletakkan ke dalam pinggan dengan sengaja.
Malah ada yang mengaitkan kejadian itu berkemungkinan terdapat unsur sihir dan penginayaan terhadap pemilik restoran tersebut.
Perasan atau tidak, meskipun memasak ini merupakan suatu perkara yang biasa sahaja untuk dilakukan tapi memasak ini jugalah yang boleh buat orang perempuan khususnya isteri dan ibu-ibu tiap-tiap hari kena perah otak mencari jawapan; hari ini nak masak apa?, kalau masak menu ni anakanak suka ke tidak?, bahan yang nak digunakan ini masih segar atau tidak? dan 1001 soalan lagi bermain difikiran yang perlu diambil perhatian.
Sedarlah Encik suami dan anak-anak, bahawa sebenarnya isteri atau ibu itu sedang berusaha untuk memastikan masakan yang disajikan bukan sahaja membuatkan perut terasa kenyang malah apa yang lebih penting dapat memenuhi selera keluarga dengan juadah yang enak dan berkhasiat.
Bahkan tidak pernah pun terdetik di hati para isteri dan ibu untuk berkata, “Hari ini aku nak masak yang tak sedap!”. Hal ini sangat pasti dan yakin, semua dalam kepala berfikir untuk dapat menyediakan menu yang sedap untuk keluarga tercinta!
‘Berguru’ Sesama Sendiri
Jadi tidak hairanlah meskipun pandai memasak, seorang isteri dan ibu itu akan rasa lebih teruja menyediakan menu baharu yang dipelajarinya. Jika ‘menjadi’ menu tersebut, bertambah-tambah rasa kepuasan yang dirasainya. Apatah lagi jika mendapat pujian daripada suami dan anak-anak, boleh senyum lebar dibuatnya sepanjang hari.
Maka sebab itu jugalah kaum ibu suka sangat join group masakan. Cara ini dirasakan lebih mudah dan santai untuk mereka ‘berguru’ sesama ahli dalam menyediakan pelbagai juadah.
Jika dulu melalui persatuan-persatuan tertentu tapi kini seiring dengan peredaran masa, tidak dinafikan banyak juga kemunculan komuniti masakan di media sosial. Salah satunya yang menjadi sebut-sebutan warganet adalah group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking di platform Facebook.
Di sini semua peminat dunia masakan ‘bersatu’. Bukan sahaja untuk berkongsi resipi semata-mata malah bermacam-macam hal dibicarakan terutamanya bagi berkongsi tip, petua dan sebagainya bagi memastikan resipi yang dihidang bukan sahaja enak malah mengutamakan makanan yang berkhasiat.
Menariknya juga dengan sertai group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking ini akan bertambah lagi sahabat dan kenalan meski pun hanya di alam maya!
Jom Join!
Seiring dengan objektif utama kumpulan ini ditubuhkan, memang sesuai sangat untuk penggemar dunia masakan atau buat mereka yang baru ingin memulakan tabiat pemakanan yang sihat untuk turut menjadi sebahagian daripada keluarga besar group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking.
Banyak manfaat yang bakal anda nikmati, selain anda boleh berkongsi tentang resipi dan pengalaman memasak. Anda juga boleh berinteraksi dengan ahli untuk memperbanyakkan lagi koleksi resipi yang enak dan berkhasiat.
Malah apa yang menjadikan group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking ini berbeza dan istimewa daripada yang lainnya adalah ia mengutamakan perkongsian resipi berkhasiat, tabiat pemakanan yang sihat dan gaya hidup sihat untuk memberi lebih pengetahuan kepada orang ramai.
Jadi usah tunggu lagi, ayuh sertai sekarang dengan klik https://www.facebook.com/groups/panasoniccookingmy dan percayalah selepas ini anda tidak akan pernah buntu lagi untuk menyediakan menu yang enak dan yang pastinya berkhasiat untuk keluarga tercinta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.