Sejak pandemik, sekolah telah ditutup ekoran arahan PKP dan PKPB bagi mengelak penularan virus covid-19.
Impaknya, sekolah mengadakan kelas online dan juga mengunakan peranti whatsapps untuk tugasan kerja sekolah di rumah. Pastinya ada pro dan kontra.
Bagi puan Siti Nor Azura penutupan sekolah tidak menjadi halangan untuknya mendidik anak-anak agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Menyedari kesilapan ketika awal PKP 1.0 tahun lepas, wanita ini berazam mengubah cara pengurusan anaknya di rumah.
Jadi untuk mengelak anaknya ketagih dengan gajet, beliau telah mewujudkan rumahnya dalam suasana pembelajaran. Beliau mengelakkan sebagai ‘Sekolah Mama’.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Penubuhan sekolah mama
Bila Menteri Pendidikan mengumumkan penutupan sekolah di negeri Pahang dan ditukar dengan pembelajaran online di rumah, perasaan sedih dan bimbang melandaku sebab tak percaya pada keberkesanan pembelajaran online buat anak-anak ku dirumah berbanding pembelajaran bersemuka.
Terbayang keadaan anak-anak sewaktu PKP 3bulan sebelum ni,masa anak-anak penuh dengan bermain fon dan tv..
Sejak itu,aku berazam…tak nak biar masa anak-anakku dengan fon dan tv..Aku kena buka sekolahku sendiri..Maka tertubuhlah sekolah mama..
Keesokkan harinya aku bawa anak2 pergi beli buku, alat tulis dan papan putih untuk persiapan sekolah mama. Nak bina sekolah dengan 3 orang pelajar jek pun. Aku nak cipta sistem pembelajaran sama seperti disekolah..kena ada takwim sekolah,DSKP,jadual waktu guru,jadual waktu pelajar dan sebagainya.
Aku kena cipta aktiviti untuk anak2 supaya masa anak2 dapat diisi sepenuhnya macam mereka belajar disekolah.Jadual yang dibuat juga berubah2 ikut jadual pdp online sekolahku dan anak2. (kena utamakan jadual online sekolahku dahulu sebab aku cikgu..Jadi utamakan anak muridku dulu berbanding anak2 sendiri sebab kita makan gajikan.Barulah ada keberkatan gaji disitu.Anak sendiri kita boleh ajar waktu lain)
Di bawah adalah gambaran sekolah mama.
Marilah kita bersama-sama membina aktiviti bersama anak-anak.Jangan biarkan anak-anak kita membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan bergantung dengan fon.
Inspirasi cara ini, barangkali jadi panduan buat kita semua agar mewujudkan persekitaran begini di rumah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Jom buat.
Sumber: Siti Nor Azura
Ads
Ads
Ads