Datuk Dr Sheikh Muszaphar semalam berkongsi satu kisah yang cukup mencemaskan bila mana kandungan isterinya tidak bergerak akibat satu insiden.

Dalam perkongsian tersebut, Angkasawan Negara ini memuat naik satu video isterinya Datin dr Halina yang sedang melakukan scan untuk mencari degupan jantung bayi kembar mereka
“Pengalaman Cukup Traumatik.” Sheikh Muszaphar Kongsi Insiden Cemas Adam & Noah Terjatuh Atas Perut Dr Halina!Menurut Dr Sheikh Muszaphar, malam tadi bayi kembar dalam kandungan tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini di mana anak kembar mereka secara tidak sengaja terjatuh atas perut isterinya itu.
“Pengalaman Cukup Traumatik.” Sheikh Muszaphar Kongsi Insiden Cemas Adam & Noah Terjatuh Atas Perut Dr Halina!“Kami mengalami pengalaman yang cukup traumatik malam tadi. Ketika kembar Adam dan Noah sedang bermain, secara tidak sengaja mereka terjatuh di atas perut Dr Halina. Mereka jatuh dengan kuat.
“Pengalaman Cukup Traumatik.” Sheikh Muszaphar Kongsi Insiden Cemas Adam & Noah Terjatuh Atas Perut Dr Halina!“Dr Halina hanya mendiamkan diri sepanjang masa dan hanya memberitahu saya salah seorang kembar di dalam perutnya tidak bergerak atau menendang sudah lebih dua jam. Biasanya kembar di dalam perut sangat aktif pada waktu malam terutamanya kembar perempuan.
“Pengalaman Cukup Traumatik.” Sheikh Muszaphar Kongsi Insiden Cemas Adam & Noah Terjatuh Atas Perut Dr Halina!“Tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, kami terus ke Bahagian Kecemasan pada pukul 1:00 pagi. Perjalanan 20 minit ke hospital seperti terlalu lama. Saya lihat Dr Halina menangis.

“Did an urgent Ultrasound Scan and Alhamdulillah both heartbeats were detected. Syukur sangat kepada Allah. Saya tak dapat bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kembar yang belum lahir atau mana-mana anak kami. Minta Tuhan jauhkan,” tulis Dr. Sheikh Muszaphar lagi.
“Pengalaman Cukup Traumatik.” Sheikh Muszaphar Kongsi Insiden Cemas Adam & Noah Terjatuh Atas Perut Dr Halina!Dalam pada itu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar menasihati semua ibu yang sedang mengandung di luar sana supaya tidak mengambil mudah dalam apa jua keadaan yang berlaku.
“Pengalaman Cukup Traumatik.” Sheikh Muszaphar Kongsi Insiden Cemas Adam & Noah Terjatuh Atas Perut Dr Halina!“Ikut firasat dan rasa anda kerana seorang ibu lebih mengetahui. Pastikan anak dalam kandungan sentiasa menendang, sekurang-kurangnya 10 kali dalam sejam.

IKLAN

“Jangan tangguh untuk ke hospital. Setiap saat sangat getir. Setiap ibu mengandung perlu ada pengetahuan tentang anak yang dikandung dalam apa juga keadaan. Expect the unexpected. Pasangan juga perlu ada bersama setiap masa untuk menyokong. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja,” ujar Dr Sheikh Muszaphar lagi.
“Pengalaman Cukup Traumatik.” Sheikh Muszaphar Kongsi Insiden Cemas Adam & Noah Terjatuh Atas Perut Dr Halina!
Dr Sheikh Muszaphar dalam pada itu turut memohon doa dari orang ramai semoga dipermudahkan buat Dr Halina sepanjang kehamilannya.

IKLAN
View this post on Instagram

Video – Twin Baby in tummy wasn’t moving We had a traumatic experience last nite . The twins Adam & Noah were playing and accidentally fell on Dr Halina’s tummy . It was a big hard blow … Dr Halina was quiet the whole time and only told me one of the twins in the tummy was not moving or kicking for the past 2 hours . Hati pun tak sedap … Normally the twins in the tummy are very active at night especially the Girl twin . Not taking chances we went straight to the Emergency Department at 0100 in the morning . It was the longest 20 minutes drive . Both were quiet praying inside . I could see Dr Halina was in tears … Did an urgent Ultrasound Scan and Alhamdulillah both heartbeats were detected . Syukur sangat kepada Allah … I can’t imagine if anything happens to the unborn twins or to any of our kids – God forbid Nauthu Billah – I wanted to share to all pregnant mothers out there … Don’t take things for granted . Follow your instinct as Mothers know best . Make sure the baby is kicking well – at least 10 kicks within an hour . Do not delay going to the hospital. Every second matters … Pregnant mothers need to be knowledgeable on their unborn in whatever circumstances . Expect the unexpected The Spouse need to be there at all times supporting each other . It could happen to anyone … Salam Everyone Love As Always PS – Do pray for Dr Halina to have a smooth pregnancy Everyone . Amiinn … Amiinn … Repeating another Scan today – InsyaAllah

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

IKLAN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI