Datuk Dr Sheikh Muszaphar semalam berkongsi satu kisah yang cukup mencemaskan bila mana kandungan isterinya tidak bergerak akibat satu insiden.
Dalam perkongsian tersebut, Angkasawan Negara ini memuat naik satu video isterinya Datin dr Halina yang sedang melakukan scan untuk mencari degupan jantung bayi kembar mereka Menurut Dr Sheikh Muszaphar, malam tadi bayi kembar dalam kandungan tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini di mana anak kembar mereka secara tidak sengaja terjatuh atas perut isterinya itu. “Kami mengalami pengalaman yang cukup traumatik malam tadi. Ketika kembar Adam dan Noah sedang bermain, secara tidak sengaja mereka terjatuh di atas perut Dr Halina. Mereka jatuh dengan kuat. “Dr Halina hanya mendiamkan diri sepanjang masa dan hanya memberitahu saya salah seorang kembar di dalam perutnya tidak bergerak atau menendang sudah lebih dua jam. Biasanya kembar di dalam perut sangat aktif pada waktu malam terutamanya kembar perempuan. “Tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, kami terus ke Bahagian Kecemasan pada pukul 1:00 pagi. Perjalanan 20 minit ke hospital seperti terlalu lama. Saya lihat Dr Halina menangis.
“Did an urgent Ultrasound Scan and Alhamdulillah both heartbeats were detected. Syukur sangat kepada Allah. Saya tak dapat bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kembar yang belum lahir atau mana-mana anak kami. Minta Tuhan jauhkan,” tulis Dr. Sheikh Muszaphar lagi. Dalam pada itu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar menasihati semua ibu yang sedang mengandung di luar sana supaya tidak mengambil mudah dalam apa jua keadaan yang berlaku. “Ikut firasat dan rasa anda kerana seorang ibu lebih mengetahui. Pastikan anak dalam kandungan sentiasa menendang, sekurang-kurangnya 10 kali dalam sejam.
Ads
“Jangan tangguh untuk ke hospital. Setiap saat sangat getir. Setiap ibu mengandung perlu ada pengetahuan tentang anak yang dikandung dalam apa juga keadaan. Expect the unexpected. Pasangan juga perlu ada bersama setiap masa untuk menyokong. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja,” ujar Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Dr Sheikh Muszaphar dalam pada itu turut memohon doa dari orang ramai semoga dipermudahkan buat Dr Halina sepanjang kehamilannya.
Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika dahulu pengusaha ladang dikaitkan dengan orang tua, jarang kedengaran anak muda yang ingin menceburi bidang ini.
Ayu Damit atau dulu dikenali sebagai Ayu One In Million antara pengusaha muda yang kini sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang pertanian.
Penyanyi terkenal dengan lagu Hanya Di Mercu ini meneroka bidang baru sebagai pengusaha cili padi apabila membuka ladang di Pangsun, Batu 22, Hulu Langat, Selangor.
Cili padi berasaskan fertigasi
Setelah dua tahun Ayu dan suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin, 31, mengusahakan ladang milik mereka berkeluasan 1.4 hektar ini, ternyata membuahkan hasil yang lumayan.
Sebagai pengusaha tanaman cili yang berasaskan fertigasi sejak tahun lalu, perusahaan tersebut dilakukan bersama suaminya, ternyata satu pilihan yang bijak kerana menampakkan usahanya semakin berbaloi.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan walaupun pun pada peringkat awalnya, saya ingat konsep fertigasi ini senang nak diusahakan. Tapi konsep fertigasi ini berbeza dengan cara penanaman biasa,” katanya.
Tambah Ayu lagi, tanaman itu senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan.
“Kita semua tahu rakyat Malaysia suka menu pedas dan tentunya, permintaan untuk lada khususnya adalah tinggi. Kerana itulah kami sepakat melakukan perusahaan ini dan Alhamdulillah setelah hampir beberapa bulan dah dapat tengok hasilnya,” katanya yang pernah menanam nanas dan kelapa sebelum ini namun disebabkan banjir semuanya musnah.
Hasil lumayan
Menurut Ayu lagi, mereka memperoleh hasil cili sebanyak 80 hingga 100 kilogram sehari. Ada kalanya boleh mencecah sebanyak 436 kilo gram sehari. Semua hasil di bawah Ayu Damit Agro Farm ini dijual kepada para peniaga di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Harga di kebun bagi cili padi sekarang adalah sekitar RM12 sekilogram manakala di pasar antara RM16 dan RM17 sekilogram. Alhamdulillah, setelah dua tahun mengusahakan ladang cili padi, hasilnya sangat membanggakan kami sekeluarga. Terima kasih kepada suami yang berusaha gigih dan 100 peratus adalah hasil usahanya manakala saya hanya membantu sahaja.
Mengakui tidak mudah baginya untuk terjun ke dunia pertanian yang baharu dikenalinya, namun setiap ujian yang wujud ditempuh bersama suami dengan sabar dan yakin satu hari nanti ia akan membuahkan hasil lumayan.
“Menyanyi pun ada cabarannya. Undangan nyanyian ada pasang surutnya, malah adakala langsung tiada. Bila ada lagu baharu, kena turun promosi. Ia bukan satu kerja mudah.
“Begitu juga dengan bisnes ini, kami bermula dari bawah, Kami kutip ilmu mengenai penanaman. Ia sukar kerana kami bermula dengan kosong. Pernah alami kegagalan sebelum ini tapi kami tak putus asa. Alhamdulillah kini selain cili padi, kami juga mengusahakan timun dan juga terung.
“Disebabkan ia senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan, itulah yang membuatkan suami memilih untuk menanam cili padi,” jelas Ayu lagi yang turut mengembangkan bisnes tersebut dengan menghasilkan cili jeruk pula yang diberi nama Cili Jeruk Homemade by YUGI, singkatan nama Ayu dan suaminya.
“Cili jeruk misalnya memang ada pasaran sendiri. Jadi saya dan suami mengeluarkan cili padi jeruk kerana ia penambah selera dalam apa jua hidangan makanan. Cili jeruk ini mudah dibawa dan tidak mudah pecah atau rosak. Ramai pelanggan saya beli jeruk ini untuk bekalan mereka ke luar negara,” tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata iaitu Nasrul Haikal, 9, Sharifah Alya Aryana, 6, dan Syed Aqif Najmi, 4.
Mahu kembangkan bisnes
Memiliki dua pekerja tetap, Ayu dan suami juga turut mengupah penduduk Orang Asli di kawasan itu ketika musim menuai dan ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka menambah pendapatan.
“Apabila tiba musim menuai kami akan upah penduduk Orang Asli di kawasan itu untuk memetik cili. Kebiasaannya kami akan mengupah 10 ke 15 pekerja tambahan dan mereka akan mengutip cili tiga kali dalam masa seminggu ketika musim menuai, selain menabur baja dan menyembur racun serangga perosak.
“Sebenarnya kami sedang merancang mencari tanah kosong bagi memperluaskan lagi kawasan tanaman cili berserta sayur-sayuran dan buah-buahan. Macam sekarang ada 16,000 pokok cili pun tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran dan kami melihat ia mempunyai potensi besar. “Insya-Allah jika diberi rezeki memang kami ingin kembangkan lagi kebun kami.
Tak kisah digelar ‘Ayu Cili Padi’
Biarpun ada yang menggelarnya Ayu Cili Padi, namun anak kelahiran Sabah ini tidak sedikit pun terasa hati.
“Ada juga orang panggil saya ‘Ayu Cili Padi’ tetapi saya tidak kisah pun kerana memang benar saya mengusahakan kebun cili padi. Walaupun bergelar artis, itu tidak bermakna saya tidak boleh menceburi bidang lain. Malah apa saya lakukan ini kerana minat dan masa depan keluarga.
“Alhamdulillah kami mula nampak hasilnya apabila permintaan daripada pemborong sangat tinggi, malah sampai ada yang datang sendiri ke kebun untuk beli cili.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian yang cukup menarik dari DrRizal Abu Bakar untuk bacaan kaum wanita khususnya ibu-ibu yang memasak kat rumah tu dalam memilih peralatan dapur yang kita guna.
Hari ni seronok lain macam. Wok granite coated with ceramic dah sampai. Lama dok cari akhirnya bertemu juga di dunia online.
Kita mungkin tak perasan antara penyumbang toksid kepada makanan ialah peralatan dapur yang kita guna. Kita punyalah jaga bab makan minum. Tetapi terlepas bab kuali, periuk dan wok yang kita guna setiap hari.
Selalunya tradisional cookware macam wok, periuk dan kuali diletak teflon coating. Tujuan dia tak nak kasi melekat. Ada jenis cookware dari aluminium dan copper. Semua ini dedahkan kita pada bahaya sebab kemampuannya lepaskan bahan kimia yang dapat mengubah hormon kita.
Gambar sekadar hiasan
Saya ni bila nak beli peralatan cookware baharu mesti pening. Yang dijual selalunya non stick cookware. Saya memang akan elak beli non stick cookware sebab bahan kimia macam PFOA dan PTFE.
PFOA ni ialah “perfluorooctanoic acid”, sintetik ciptaan yang juga diguna untuk fabrik dan karpet kalis kotor. PFOA akan diserap ke dalam tubuh dan persekitaran kita. Itu yang bahayanya.
PFOA dikaitkan dengan gangguan kepada sistem endokrin dan risiko kepada kanser. Bukan itu sahaja. Ada penyakit lain lagi macam tinggi cholesterol, gangguan pada pundi kencing, kerosakan pada buah pinggang, kanser testicular pada lelaki, kerosakan liver dan darah tinggi.
Itu yang menakutkan. Macam silent killer tengah bekerja secara senyap. Kita ingat kita sihat. Tiba tiba diberitahu ada penyakit.
PTFE pula ialah for “polytetrafluoroethylene”, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan fluorine. Dia nilah bagi non stick tu. Bahayanya tidak jauh dari PFOA.
Gambar sekadar hiasan
Ada yang pilih guna copper cookware. Bahaya pada otak sebab copper toxicity.
Jadi nak selamat carilah cookware batu, berlian (haha kalau mampu), marble, Seramic, titanium, dan porcelain. Jenis jenis ini lebih selamat sebab selamat dari coating toksid dari teflon.
Granite cookware lebih selamat sebab dibuat dari batu dan disalut dengan seramik. Jadi bebas dari teflon, PFOA dan PFTE.
Untuk keselamatan kita kena tahu cara guna. Kena pastikan:
1. Kita panaskan pada api medium dan tinggi. Kaedah ini pastikan jangka hayatnya lebih panjang.
2. Sekiranya guna minyak, pastikan minyak yang sama diguna pada suhu medium dan tinggi ini. Jangan panaskan tanpa minyak.
3. Guna spatula kayu. Elakkan yang besi atau aluminium.
Kalau dah tercalar atas apa sebabkan pastikan wok kita campakkan dalam tong sampah. Memang mahal. Tapi kesihatan kita lebih mahal. Dan Cukai kesakitan itu lebih tinggi dan mahal lagi.
#DrRizal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...