Pengajaran Banjir Di Lembah Klang, Lelaki Ini Senarai 25 ‘To Do List’ , Siap Sedia Bila Berlaku Bencana!

Share

Kejadian banjir besar yang melanda beberapa lokaliti di Lembah Klang baru-baru ini sangat menyayat hati semua.

Prihatin dengan keadaan situasi yang berlaku, seorang warganet, Mior Muhamad Hafiz  menyenaraikan 25 perkara untuk persiapan apabila berlaku bencana alam seperti banjir.

Katanya, senarai itu untuk rujukan dirinya sendiri, namun ramai warganet turut manfaat perkongsiannya itu.

25  ‘To do list’ siap sedia banjir/ bencana alam

Pengajaran daripada banjir besar Lembah Klang untuk rujukan sendiri di kemudian hari.

1) Hope for the best, prepare for the worst. Bersedia semaksimum mungkin.
2) Bug-Out Bag (B.O.B ) perlu di rumah, perlu di kereta.
3) Everyday Carry (EDC) bag perlu sentiasa melekat di badan. Barang dalam EDC boleh Google.


4) Wisel yang high decible untuk attract attention. Sebab waktu ni kau dah penat menjerit. Suara akan kurang, sakit tekak, haus.
5) Inflatable boat dan life jacket jika mampu. Case by case basis. Kalau frequent kena banjir, elok ada satu.
6) Fully-charged power bank, all the time. High capacity (at least 20,000 mAh) dan high-quality.
7) Jangkakan kelewatan dalam operasi menyelamat. Ikhtiar hidup sementara diselamatkan. Kena ingat, bukan kita je yg nak diselamatkan.
8 ) If it’s our time to go, it’s our time to go. Before kicking the bucket, give them our very best shot.
9) Jika disuruh utk berpindah, NO NEGOTIATION. Ikut sahaja pasukan penyelamat berpindah. Jangan lengahkan kerja mereka.
10) Dokumen penting perlu sealed dalam waterproof bag all the time. Sijil nikah, surat beranak, S&P, geran dll.
11) Heat-retention perlu ada. Sejuk-sejuk ni takut hipotermia. Emergency blanket kena standby.
12) Emergency ration dalam B.O.B. Bukak dan terus makan.
13) Sanitary essentials for the ladies dalam B.O.B.
14) Portable water filter. Jika mampu.

15) Flashlight/headlamp with strobe light function.
16) Takaful kenderaan dan rumah with special perils. Siapa sangka tempat yg jarang kena banjir pun banjir. Tempat lain pun no exceptions.
17) Polimer untuk bungkus/balut/lindungi kenderaan. Mungkin berguna untuk kurangkan kerosakan. I’ve yet to try.
18) Bila dah nampak bibit-bibit bencana, maklumkan kepada ahli keluarga lain (guna whatsapp) situasi dan lokasi terkini. Maklumkan jika dah selamat atau belum selamat. Miscomunication ni akan buatkan kerja menyelamat jadi lambat.
19) Jangan redah banjir tanpa buat assessment keadaan sekeliling. Arus banjir kadang-kadang deras. Don’t underestimate.
20) Know when and where to flee.
21) Kena kerapkan follow ramalan kaji cuaca daripada jabatan meteorologi. Tahu apa yang sedang terjadi di kawasan serantau.
22) Kerja berat bermula selepas banjir surut. Kena saling membantu. Kejiranan yang baik sangat membantu memudahkan urusan. Kejiranan yg tak jaga kebersihan bersama, satu kawasan tu akan ada masalah baru. Denggi, tikus, bau busuk dll.
23) Sumber elektrik dan air bersih akan jadi terhad semasa banjir dan beberapa hari selepas banjir surut. Kena cari sumber air luar la kot.

24) Expect looting and people losing their sanity. Minda tengah berkecamuk, lapar, sedih dan marah. Try to be sane as much as possible. Sedar yang ramai orang juga sedang alami ujian yg sama. What makes us any different? But like I said, prepare for the worst.
25) Solar charger might not be the best option on a dense cloudy weather. Tapi elok ada daripada tiada.
Gambar: Sumber NST

Sumber: Mior Muhamad Hafiz 

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club