Berpantang maut sebelum ajal. Seorang doktor wanita melalui detik cemas apabila kereta Axia dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot.
Situasi ini membuatkan penduduk yang tinggal di lokasi berdekatan terkejut dengan situasi yang menimpa mangsa.
Menurut rakan mangsa, Mohd. Azwan Jusoh, 38,, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh tajam.
Kejadian yang berlaku pada jam 4 pagi, mengakibatkan kereta mangsa remuk teruk.
“Saya dihubungi suami mangsa memohon pertolongan saya membantu isterinya yang mengalami kemalangan pada pukul 4.50 pagi.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, hati saya berdebar apabila lokasi kemalangan dikerumuni ramai anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Dalam pada itu, mangsa dikatakan tidak mengalami kecederaan, mengalami trauma hingga ditenangkan kakaknya sebelum dibawa pulang ke rumah.
Sumber: Kosmo
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club