Kecoh beberapa hari lalu apabila berita menyiarkan penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar disebabkan oleh paras air di muka sauk Sungai Kelar menyusut akibat kemarau.
Berdasarkan satu hantaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Facebook pada Sabtu memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan 48,635 pemilik akaun.
Antara kawasan di Pasir Mas yang terlibat ialah Meranti, Kelar, Lemal, Gual Tinggi, Lubok Jong, manakala Tumpat keseluruhan kawasan.
Menurut AKSB lagi, kerja-kerja penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April serta bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar.
AKSB akan membuat penghantaran air melalui lori tangki dan tangki statik kepada pengguna yang terjejas.
BEKALAN AIR KEMBALI PULIH
Pengerusi Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin berkata, LRA Kelar ketika ini sudah beroperasi seperti biasa.
Katanya, notis pemakluman kepada sebanyak 48,635 pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di jajahan Pasir Mas dan Tumpat yang mengalami gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu juga sudah ditarik balik.
“Bekalan air mencukupi dan pulih sepenuhnya apabila LRA Kelar kini boleh membekalkan 80 juta liter sehari (MLD) sedangkan keperluan hanya 64 MLD untuk daerah Pasir Mas dan Tumpat.”
“Sebelum ini, dua pam mengalami kerosakan akibat mendapan pasir, sampah dan paras air sungai susut disebabkan cuaca kemarau.”
Sumber: Astro Awani, Berita Harian & Kosmo
Mesti Baca: Dapat Lagi Bantuan, Staf ‘Gomen’ Syukur Duit Raya RM500
Simpan Duit Raya Lebih Awal, Lelaki Ini Berjaya Kumpul RM1234, Rupanya Ini Caranya!
Malas Ke Bank Tukar Duit Raya, Lelaki Ni Kongsi Cara Menyimpan. Sampai Masa, Terus guna!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my