“Pendosa Ingin Ke Mekah.” Amar Baharin Bawa Isteri & Anak Tunai Umrah

Share

Amar dalam satu perkongsian memuat naik satu posting di akaun Instagramnya dengan menyatakan dalam perjalanan menunaikan umrah bersama isteri serta anak lelakinya.

Amyra dan anak mereka, Aqeef Anaqi dilihat setia disisi pelakon lelaki itu. Walaupun kini sedang mengandungkan anak kedua, namun Amyra kelihatan sihat dan manis mengenakan selendang.

Dalam perkongsian tersebut, Amar menulis kapsyen dengan menyatakan bahawa “pendosa ingin ke Mekah”.

Pendosa ingin ke Mekah
.
.
Bismillahirrahmanirahim

Sebelum itu, Amar ada memuat naik satu posting dengan disertakan gambar Kaabah. Dia juga sempat memohon agar urusan disana kelak dipermudahkan.

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu.

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu

.

Sebelum ini, Amyra Rosli juga pernah memuat naik gambar photostat mereka 3 beranak.

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata netizen mendoakan agar Umrah yang dilakukan Amar dan keluarganya dipermudahkan.

Mereka turut berharap agar pasangan selebriti ini dapat melakukan ibadah dengan sempurna dan pulang ke tanah air dengan selamat.

itsmeoked Selamat mengerjakan umrah dan mendapat umrah yg mabrur

riezalina_starglowcharms Moga dipermudahkan urusan kt Sana dn selamat sampai pergi dn balik😍

thepreciousthree Alhamdulillah.. take care Uncle Amar.. doakan kami sekeluarga di sini juga ok.. lama tak jumpa uncle amaw..

trishyajuniorcollections MasyaAllah .. Semoga dipermudahkan segala urusan pergi & balik ..

Sumber: IG amarbaharin