Amar dalam satu perkongsian memuat naik satu posting di akaun Instagramnya dengan menyatakan dalam perjalanan menunaikan umrah bersama isteri serta anak lelakinya.
Amyra dan anak mereka, Aqeef Anaqi dilihat setia disisi pelakon lelaki itu. Walaupun kini sedang mengandungkan anak kedua, namun Amyra kelihatan sihat dan manis mengenakan selendang.
Dalam perkongsian tersebut, Amar menulis kapsyen dengan menyatakan bahawa “pendosa ingin ke Mekah”.
Pendosa ingin ke Mekah . . Bismillahirrahmanirahim
Sebelum itu, Amar ada memuat naik satu posting dengan disertakan gambar Kaabah. Dia juga sempat memohon agar urusan disana kelak dipermudahkan.
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu.
Ads
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
Hadirnya anak anak sering disebut sebagai anugerah..tetapi kita jarang terfikir yang anak juga boleh menjadi ujian yang besar dalam hidup ibu itu.
Anak anak boleh jadi ujian buat si ibu dalam 3 hal
Ujian ibadah
Bila ibu mula sibuk anak anak ibadah wajib diabaikan. Solat dilewatkan dan ibadah sunat pun ditinggal sepi
Ujian perasaan
Bila ibu terasa bangga setelah punya anak dan merasakan anak nya lah yang paling hebat dan memandang rendah pada anak anak lain. Kita banding banding anak kita lah yang paling comel dan anak si dia kurang comel
Walau kadang tak diluah di dalam hati terselit jua perasaan itu.
Ujian sabar
Bila anak mula berperangai yang bukan bukan bagaimana kita berakhlak dengan anak. Adakah kita tengking dia, marah dia?
Bagaimana Allah uji sabar kita melalui sikap dan perangai anak anak.
Cuba muhasabah, kadang kadang akhlak tidak baik dari anak mungkin datang dari sikap kita sendiri dan mungkin juga allah mahu uji kita seberapa sabarkah kita melayan kerenah anak anak. Kadang kadang mungkin juga Allah uji kita dgn perangai buruk anak anak kerana kita masih kurang merintih dan berdoa padanya
Jadi..berdoalah pada Allah agar kita kuat menjalani ujian yang allah akan datangkan bila mana dia beri kita anugerah anak.
Sabar dan bersikap positif. Percaya yang Allah beri kita anak dan datangkan ujian melalui mereka tidak lain hanya untuk mendidik kita juga agar tidak lalai dengan nikmat dariNya.
Akhirnya, usah terlalu ujub andai diberi rezeki anak kerana kita tidak tahu berjayakah kita melalui fasa fasa ujian yang Allah akan beri pada kita sepanjanh memegang title seorang ibu. Berdoa lah agar dipermudahkan urusan kita didunia dalam menjaga anak anak ini.
Anak boleh aset ke syurga
Anak juga boleh menyeret kita ke neraka
Firman Allah:
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar” (Al-Anfaal:28)
Kredit: Puan Farhana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya banyak hikmah bila punya isteri yang garang atau manja. Ia memberikan banyak kebaikkan buat keluarga itu.
Ini dinyatakan oleh Mohd Fhais mengenai isteri yang garang dilaman facebooknya.
Beruntung dapat isteri garang macam singa ni.
Ada ketika dia boleh jadi singa betina, garang ya amat. Ada ketika dia boleh jadi singa laut, manja kemain lagi. Sabar je la kawan!
Isteri banyak ragam ni, tersimpan hikmah yang banyak buat suami.
Bila kita hadiahkan tudung mahal dia punya girang, senyum sampai ke telinga. Dia punya manis mulut, sampai semut pun hurung.
Tapi bila kita terduduk atas tudung dia, dia punya teriak sampai jiran sebelah terkejut. Mulut manis tadi jadi tawar. Seolah olah terlupa tudung tu siapa yang belikan. Sabar je la!
Lagi satu bila nampak lipas dalam bilik air, dia punya takut macam nampak harimau. Nak terkencing pun boleh tahan lagi. Penakut bangat.
Tapi lain cerita masa nak beranak, wanita la orang paling berani sekali. Kita yang teman dia beranak pula naik takut, tekak naik loya tengok darah bagai. Nak nak kalau terkeluar suara jantan, seram wei!
Warna warni seorang isteri hanya suami yang tahu.
Begitulah wanita yang bergelar isteri. Di setiap 1 perkara yang kita tahu, ada tersimpan lagi 10 rahsia yang belum kita tahu. Semakin lama kita kenal, semakin banyak perkara kita belajar tentang dia.
Suami kena banyak sabar, kena hadap dan kena hadam semua peel isteri.
Wanita ibarat lombong emas. Lebih dalam kita lombong lebih banyak emas menanti. Begitulah sangat bernilainya isteri kita.
Sebab itu la sebagai suami, kita kena banyak bersabar kerana percaya atau tidak semakin kuat kita sabar semakin banyak kita akan nampak kebaikan isteri.
Walaupun wanita ni complicated, tapi ia complicated yang indah. Wanita complicated ini la yang akan memudahkan urusan kita dan bantu urus rumahtangga kita kelak.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Nak faham suami sehari dah cukup tapi nak faham isteri makan tahun pun belum tentu cukup. Tu kena banyak sabar!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Benar, tiada salahnya membeli sesuatu yang diinginkan setelah penat lelah mencari rezeki namun ada kewajarannya setiap perbelanjaan itu perlu ikut kepentingan dan keperluan, bukannya mengikut emosi semata-mata.
Mengulas lanjut praktis berjimat di dalam keluarganya, Wan Mohd Juraini Najmi Bin Nawawi atau lebih mesra disapa Najmi yang juga merupakan seorang pegawai yang bertugas di institusi kewangan, sedikit sebanyak mempengaruhi corak dan pemikirannya dalam mengurus penjimatan kewangan untuk keluarganya.
“Bila kita menyentuh tentang kekeluargaan dan ekonomi, sebenarnya terdapat dua fasa yang harus saya berikan tumpuan. Fasa pertama adalah sebelum kahwin dan fasa ke dua adalah selepas berkeluarga.
“Saya berkahwin awal pada usia 22 tahun dan ketika itu masih belajar lagi. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana saya boleh berkahwin awal? Percayalah bila kita berjimat dan bijak urus wang, tiada yang mustahil untuk kita dapatkan sejumlah wang simpanan bagi realisasikan impian berumah tangga.
“Bayangkan sepanjang 5 tahun belajar di India, sedang pelajar lain ada yang membeli motor yang hebat dengan duit biasiswa, namun saya hanya tangguhkan hasrat itu dan tidak berbelanja sesuka hati sepanjang berada di perantauan.
“Lagi pun, tiada keperluan untuk saya berbelanja lebih di sana, ini memandangkan kos makanan dan minuman sangat rendah dan murah di sana. Oleh itu, banyak duit dapat saya simpan dan duit yang terkumpul saya jadikan sebagai wang untuk memulakan hidup berkeluarga,” ujarnya lagi dengan mesra.
Selain itu dalam melakukan penjimatan perbelanjaan bulanan setelah berumah tangga, pasangan suami isteri ini juga mengambil keputusan bijak dengan memilih rumah yang strategik kedudukannya.
“Saya juga tidak janggal menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Malah cara ini jauh lebih jimat dan memudahkan saya. Hanya bermodalkan RM 50 untuk bayaran pas bulanan menaiki LRT, saya boleh pergi ke tempat kerja dengan selesa sekali. Tidak perlu menempuh jalan raya yang bersesak-sesak dengan kenderaan lain. Malah kelebihan ini juga saya dapat lakukan hobi saya dengan selesa sepanjang perjalanan dengan membaca dan mengarang.
“Manakala isteri pula, pergi ke tempat kerja dengan berjalan kaki sahaja. Bukan sahaja jimat, malah dalam masa yang sama bolehlah bergerak aktif, bersenam sikit-sikit,” terangnya ringkas sambil isterinya Puan Husna Nadhirah yang ada disisi mengagguk tanda setuju.
Bijak Rebut Peluang
Bercerita tentang kepentingan antara membeli rumah dengan kereta untuk keperluan keluarganya, nyata Najmi ada pandangannya yang tersendiri.
“Saya juga suka sarankan kepada lelaki yang bergelar suami agar jangan membuat pinjaman bank tanpa ilmu. Umpamanya pantang tengok keluarga orang lain ada kereta baru, kita pun teruja hendak ganti kereta dan apabila kawan-kawan sepejabat beli rumah mewah kita pun nak atau sebagainya dan akhirnya terus membuat pinjaman dengan bank tanpa perancangan rapi dan jika silap langkah akan menambah beban.
“Jadi apa yang saya buat dalam tujuan mengumpul eset dan dalam masa yang sama masih kekalkan konsep berjimat, pertamanya saya rebut peluang Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan oleh kerajaan. Manakala pembelian kereta pada saya ianya jatuh ditempat terakhir. Itu sebablah sampai ke hari ini saya hanya pakai kereta Persona sahaja dan bukannya kereta mewah berjenama.
“Atas sebab itu juga Alhamdulillah ketika saya berusia 25 tahun, membolehkan saya membeli rumah yang selesa untuk keluarga dan insyaAllah akan siap sepenuhnya tidak lama lagi.
“Senarionya akan berbeza kalau kita beli kereta terlebih dahulu. Mesti kita akan pilih kereta bercitarasa mewah setanding kemampuan gaji ketika itu. Dan bila tiba masa ingin membeli rumah, kelayakan pinjaman pula terbatas dan sekali gus menyukarkan pinjaman perumahan diproses,” terangnya lagi yang sememangnya tidak pernah lokek berkongsi info di akaun fbnya Najmi Nawawi tentang family dan parenting.
Ekstra Tip Berjimat
– Manfaatkan pengangkutan awam
– Utama kualiti barang agar tahan lama
– Pelbagaikan intrumen pelaburan
– Rumah pertama projek kerajaan
– Elak pinjaman tanpa ilmu
– Kereta ialah perkara yang terakhir
– Beli rumah subsale untuk pelaburan
– Beli keperluan waktu promosi online
– Masak bersama terutama weekend
– Tabung kecemasan diwujudkan
– Semak perbelanjaan bulanan
– Loyalty kad tesco dan petronas
– Perancangan hala tuju keluarga jelas
– Simpanan untuk aset anak-anak
– Kurangkan fikir pasal kepuasan diri
– Pakai air cond lebih jimat eletrik
– Bawa bekal ke tempat kerja
– Astro limitkan kepada asas sahaja
– Beli apa yang diperlukan
– Jual kembali apa tidak diperlukan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.