Tiada yang lebih membahagiakan buat ibu bapa apabila melihat anak-anak membesar dengan baik dan menjadi orang yang berguna. Segala penat lelah dan jerit perih terasa berbaloi. Biar apa jua karenah dan perangai si anak, namun hati rasa gembira dan bersyukur dengan anugerah terindah dari Yang Maha Esa.
Namun, apabila anak-anak sudah besar pasti sedikit sebanyak meninggalkan kesan buat ibu bapa. Lebih-lebih lagi apabila si anak tinggal berjauhan. Sunyi dan sepi di rumah yang dahulunya riuh dengan gelak tawa.
Demikian luahan hati seorang ibu ini cukup menyentuh hati. Kisah ini dimuat naik oleh seorang pengguna twitter @LNH_15 dengan meletakkan status Instagram Stories milik ibunya. Cukup terharu dan sebak tatkala membaca bait-bait kata-kata ibunya.
PENDEKNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK2
Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurausenda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan d bawah meja. Maka…… kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.
Pagi esoknya… seorang akan bertanya emak. “Mak… mana pensil saya.”. Kemudian sorang lagi brtanya… ” bedak mana makkk?” Sorang pulak akan tanya…” anak tudung saya mana mak?.
Mak segera lupakan jeritan semalam… “Tu laaa… lain kali jangan sepah barang2.”
Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2…😔😔😔 ada katil yg dah kosong. Tmpt sangkut baju pun… sikit jer bajunya.
Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Mak boleh cam mana satu bau anaknya. Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi… mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk hilangkan rindu pada anak2.
Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA… kehangatan badan anak2 dibawah pelukannya masa kecil dulu.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur.
Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit… suruh anakanak2 buka atau tutup.
Kamu semua dah ada dunia sendiri.
Dan mak/abah sentiasa memohon… YA ALLAHHH…peliharalah anak2 ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.
Nikmatilah waktu yg sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari…
Dedicated to all parents… Kehidupan kita sekarang…untuk kawan2 yang seangkatan dan seusia.😥
Status ibu aku harini buat aku deep. pic.twitter.com/r9UjlYhdGs
— hshs (hakim suka hakim suka) (@LNH_15) February 5, 2020