Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Dibuka Mulai 1 Mac 2020, Wanita Ni Kongsikan Caranya. Ibu Bapa Take Note Ni!

Share

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur 5 dan 6 tahun, jangan lupa untuk mendaftarkan mereka ke sekolah secara atas talian ya. Borang pendaftaran secara online akan dibuka mulai 1 Mac 2020 ini.

Berikut adalah info terperinci yang dikongsikan oleh Puan Munirah Jamaluddin untuk ibu ayah lebih alert mengenainya.

PENDAFTARAN ONLINE BAGI KEMASUKAN ANAK DARJAH 1 SESI 2021

Anak anda layak untuk memohon kemasukan Tahun 1 sesi 2021 jika mereka lahir pada

  • tahun 2014 (berumur 6 tahun pada 2020),
  • Tahun 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau
  • 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020)

 

Caranya begini :-

1. DAFTAR ONLINE BAGI PENDUDUK SEMENANJUNG

Permohonan online kemasukan darjah 1 ini adalah penduduk Semenanjung Malaysia.

Bagi penduduk Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.

2. DIBUKA MULAI 1 MAC 2020

Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020

 

Laman Web Rasmi KPM bagi Pendaftaran Tahun 1

: https://public.moe.gov.my/

3. PRINT BORANG

Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

4. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
– semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah

5. SEMAK STATUS RAYUAN

Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.

Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal masuk Tahun 1 di tahun hadapan.

Yang umur 5 tahun pun dah boleh daftar sama untuk sesi 2022 nanti tau!

Sumber:  Munirah Jamaluddin