Membersihkan rumah sudah menjadi kerja yang lazim dilakukan oleh kita anak beranak.  Namaun walaupun dibersihkan setiap hari, ada juga bahagian-bahagian tertentu yang kita terlepas pandang dan  akhirya menyebabkan kotoran degil seperti daki melekat dan sukar ditanggalkan.

Contohnya pada bahagian plug di dinding. Tidak semua antara kita biasa bersihkan bahagian tersebut hingga berubah warnanya dan nampak kotor. Sedangkan hari-hari kita mengunakan suiz tersebut. Begitu juga dengan bilah kipas, kalau tidak dibersihkan memang penuh dengan habuk yang melekat. Bahkan mungkin banyak lagi perkakasan dan alatan lain yang kita kurang beri tumpuan untuk dibersihkan.

Oleh itu, usah pening kepala untuk memulakan langkah pembersihan detail dengan mencari pelbagai jenis bahan pencuci untuk membersihkan perkakasan di rumah. Memadai hanya menggunakan campuran dua bahan ini, semua masalah selesai!

Ini sepertimana perkongsian daripada pengguna aplikasi TikTok @Wan.Said yang menunjukkan cara membuat bahan pencuci rahsia. Dia juga telah menunjukkan perbezaan setelah menggunakan bahan pencuci tersebut untuk membersihkan bahagian plug dinding, ternuaya memang menakjubkan kesannya.

Jadi bolehlah anda mencubanya memandangkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bahan pencuci tersebut biasanya telah tersedia di rumah kita.

Cara Membersihkan Alatan dan Perkakasan Di Rumah 

Bahan-bahan yang diperlukan 

Cuka
Cecair pelembut fabrik
Air panas
Botol semburan

Langkah 1 : Masukkan sedikit cecair pelembut fabrik ke dalam botol.

Pencuci Rahsia Bersihkan Kotoran, Lelaki Ni Buat Dari 2 Bahan Je Tapi Bila Guna Terus Berkilat Macam Baru!

Langkah 2 : Masukkan cuka dengan anggaran 1 scoop.

Pencuci Rahsia Bersihkan Kotoran, Lelaki Ni Buat Dari 2 Bahan Je Tapi Bila Guna Terus Berkilat Macam Baru!

Ads

Langkah 3 : Masukkan air panas.

Langkah 4 : Goncang hingga sebati.

Langkah 5 : Boleh sembur dan bersihkan pada plug dan bilah kipas yang berdaki.

Kesannya memang puas hati. Contohnya seperti gambar di bawah.

Sebelum 

Pencuci Rahsia Bersihkan Kotoran, Lelaki Ni Buat Dari 2 Bahan Je Tapi Bila Guna Terus Berkilat Macam Baru!

Ads

Selepas

Sumber : @Wan.Said 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

Ads

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Pencuci Rahsia Bersihkan Kotoran, Lelaki Ni Buat Dari 2 Bahan Je Tapi Bila Guna Terus Berkilat Macam Baru!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI