Makan

Pencuci Mulut Susu Campur Air Soda, Sedap Ke?

Share

Lagi beberapa hari je baki tinggal untuk kita berpuasa. Mesti dah habis idea nak cuba buat pencuci mulut apa di rumah. Terus teringat K-Drama yang belum habis tengok. Cakap pasal Korea je semua benda viral kan. Tak kisah lah lagu, drama, makanan dan lain-lain.

 

Kredit Maya Kitchenette

Baru ini pulak, viral pemanis mulut “Hwachae” dekat media sosial. Apa tu? Hwachae ialah sejenis pemanis mulut yang berasal dari Korea Selatan. Biasanya Hwachae dihidangkan pada musim panas untuk hilangkan rasa haus dan segarkan tekak ketika cuaca panas.

 

Hwachae beri magnolia

 

Hwachae tembikai merah

Hwachae ini diperbuat daripada buah-buahan dan bunga-bungaan. Alah kalau dekat sini macam fruit cocktail lah betul tak. Bezanya, Hwachae ini kita tambah air soda atau air gas je.

Hidangan Pemanis Mengeratkan Hubungan 

Di Korea, Hwachae dianggap sebagai hidangan pemanis yang sesuai untuk seisi keluarga. Boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan lah katanya. Contohnya ketika berkumpul untuk minum petang.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah buah-buahan ikut selera masing-masing. Antara buah yang sering menjadi pilihan adalah tembikai, anggur, strawberi dan macam-macam lagi.

Bahan seterusnya adalah susu berperisa strawberi dan air soda atau air gas. Selain itu, bahan-bahan tambahan lain adalah jelly, ais batu dan ais krim perisa vanila. Wah dengar saja pon dah terliur. Tak teringin ke nak cuba? 

BAHAN-BAHAN:

  • Buah tembikai
  • Anggur hijau dan ungu
  • Buah naga
  • Strawberry
  • Susu strawberry
  • Air air soda (ikut pilihan masing-masing)
  • Ais

 

CARA PENYEDIAAN:

Resepi ini mudah je untuk sediakan. Sesuai lah untuk orang bujang atau yang nak cepat. pertama sekali, masukkan ais dalam mangkuk. Kemudian, masukkan buah-buahan yang telah dipotong tadi. Kalau nak senang untuk dimakan, boleh potong dadu. Kemudian, tuangkan air susu strawberry. Akhir sekali, campurkan sekali air soda dengan susu tadi. Boleh masukkan aiskrim vanilla kalau nak.

Kredit Medcom.id

Keunikan rasa dari kombinasi susu, air soda, dan buah-buahan segar membuatnya menjadi pilihan yang tepat untuk sejukkan tekak lepas berpuasa sepanjang hari. Selamat mencuba dan menikmati bersama keluarga!

MESTI BACA : Resepi Biskut Nestum Coklat, Guna Acuan Reben, Terujanya Nak Makan!

Menu Bertambah Masa Pantang, Resepi Sambal Cekur, Macam Air Tangan Ibu Di Kampung!

Buat Sendiri Di Rumah,Ini Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Confirm Jadi!

Sumber: Youtube Limau Nipis

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my