Lagi beberapa hari je baki tinggal untuk kita berpuasa. Mesti dah habis idea nak cuba buat pencuci mulut apa di rumah. Terus teringat K-Drama yang belum habis tengok. Cakap pasal Korea je semua benda viral kan. Tak kisah lah lagu, drama, makanan dan lain-lain.
Baru ini pulak, viral pemanis mulut “Hwachae” dekat media sosial. Apa tu? Hwachae ialah sejenis pemanis mulut yang berasal dari Korea Selatan. Biasanya Hwachae dihidangkan pada musim panas untuk hilangkan rasa haus dan segarkan tekak ketika cuaca panas.
Hwachae beri magnolia
Hwachae tembikai merah
Hwachae ini diperbuat daripada buah-buahan dan bunga-bungaan. Alah kalau dekat sini macam fruit cocktail lah betul tak. Bezanya, Hwachae ini kita tambah air soda atau air gas je.
Hidangan Pemanis Mengeratkan Hubungan
Ads
Di Korea, Hwachae dianggap sebagai hidangan pemanis yang sesuai untuk seisi keluarga. Boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan lah katanya. Contohnya ketika berkumpul untuk minum petang.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah buah-buahan ikut selera masing-masing. Antara buah yang sering menjadi pilihan adalah tembikai, anggur, strawberi dan macam-macam lagi.
Bahan seterusnya adalah susu berperisa strawberi dan air soda atau air gas. Selain itu, bahan-bahan tambahan lain adalah jelly, ais batu dan ais krim perisa vanila. Wah dengar saja pon dah terliur. Tak teringin ke nak cuba?
BAHAN-BAHAN:
Buah tembikai
Anggur hijau dan ungu
Buah naga
Strawberry
Susu strawberry
Air air soda (ikut pilihan masing-masing)
Ais
CARA PENYEDIAAN:
Ads
Resepi ini mudah je untuk sediakan. Sesuai lah untuk orang bujang atau yang nak cepat. pertama sekali, masukkan ais dalam mangkuk. Kemudian, masukkan buah-buahan yang telah dipotong tadi. Kalau nak senang untuk dimakan, boleh potong dadu. Kemudian, tuangkan air susu strawberry. Akhir sekali, campurkan sekali air soda dengan susu tadi. Boleh masukkan aiskrim vanilla kalau nak.
Keunikan rasa dari kombinasi susu, air soda, dan buah-buahan segar membuatnya menjadi pilihan yang tepat untuk sejukkan tekak lepas berpuasa sepanjang hari. Selamat mencuba dan menikmati bersama keluarga!
Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja.
Apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman Facebooknya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu
Cara menyediakan:
Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.
Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.
Sumber Nurul Moleek Cereprove
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila bercerita tentang bab memasak ini, percayalah semua antara kita ada kepakaran masing-masing dalam menyediakan hidangan untuk keluarga. Salah satunya mesti ada yang cukup mahir dalam buat resipi berasaskan sambal. Pun begitu, tidak dinafikan menumis sambal bukanlah mudah. Ada caranya yang tertentu dan jika silap gaya sambal yang ditumis boleh hangit atau pun tidak dimasak sempurna.
Perasan tak, biasanya bila kita lihat resipi sambal, ‘kata kunci’ yang digunakan untuk menumis cili adalah tumis hingga pecah minyak. Jadi apa petua dan petanda bahawa sambal yang kita tumis itu telah pecah minyak atau sebaliknya? Jom kita semak kaedahnya.
Tip Menumis Cili
1. Minyak perlu banyak
Pastikan minyak yang digunakan tidak terlalu sedikit. Ini bertujuan untuk pastikan cili yang ditumis dapat dimasak dengan sempurna, iaitu sehingga pecah minyak. Jika sedikit minyak yang digunakan, cili tidak dapat ditumis dalam masa yang lama dan cili akan cepat hangus.
2. Api sederhana
Ketika menumis, gunakan api sederhana dan bukannya api besar. Cara ini akan menjadikan sambal masak dengan lebih sempurna berbanding api besar yang akan menyebabkan sambal lebih mudah menjadi hangit.
3. Kacau selalu
Saat menumis, sambal hendaklah dikacau selalu untuk pastikan cili ditumis masak sekata.
4. Garam
Jangan lupa masukkan garam ketika menumis tumisan agar rasanya sebati ketika dimasak dan dikatakan garam juga dapat menggaringkan cili yang ditumis menjadi lebih sempurna.
Tanda Telah Pecah Minyak
1. Tumisan cili berwarna agak gelap.
2. Minyak tumisan terlihat memercik-mercik di dalam kuali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mak ayah jangan ajar anak minta duit raya walaupun anggap gurauan. Sudah menjadi kebiasaan ketika menjelang Hari Raya, selepas sesi kunjung-mengunjung dan bermaafan, kanak-kanak akan menerima duit raya sebagai tanda keceriaan menyambut bulan yang mulia ini.