Kecoh di media sosial mengenai kejadian guruan yang tidak senonoh dan menjadi bualan orang ramai.
Budaya begini seakan menjadi suatu perkara biasa dipaparkan di media sosial.
Tidak mahu ia menjadi budaya dalam masyarakat, penceramah Akhi Fairuz meluahkan rasa terkilan dengan situasi begini.
Ikuti perkongsian beliau.
Saya tak tahu nak mula tulis dari mana, tapi ketahuilah budaya melucah ni dah menyerap masuk dalam pemikiran masyarakat dengan dahsyat sekali!
Semuanya bermula dengan apa yang mereka anggap sebagai gurauan. Ya, walau ia lucah tapi ramai je kata jangan terasa hati sangat, aku buat kawak je, tak boleh gurau duduk surau.
Lama-kelamaan ia dinormalisasikan. Bermula sembang sesama kawan-kawan di kedai kopi dan pejabat, kemudian menjengah ke pentas lawak di televisyen dan kini berebut-rebut manusia hasilkan konten sebegini di media sosial.
Demi secebis konten! Malu ditolak tepi.
Yang menampar punggung tu bukan tak pernah buat kontroversi. Dah banyak kali! Yang ditampar punggung pun sama. Bukan muda lagi, dah tua pun masing-masing. Macam tak ada akal dok layan ‘jenaka’ bodoh begini.
Dah ramai yang tegur, bagi nasihat, tapi tak jalan. Ustazah Asma Harun yang tegur pun kena sound semula. Dia bo layan setiap teguran yang diberi. Bila kena panggil dengan SKMM, baru berubah nada.
Bila marketing seperti itu dilihat mampu menaikkan jualan produk, maka individu ini akan terus melakukan aksi sedemikian rupa.
Kebodohan sebegini seolah-olah tidak ada penghujung hingga muncul pula video beberapa orang lelaki meraikan majlis perkahwinan kawannya dengan menghadiahkan kondom serta item berkaitan kepada pasangan di jinjang pelamin.
Siap rakam video dan sebarkan lagi. Biadap! Tidak ada akhlak!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika engkau tidak malu maka lakukan apa saja sesuai kehendakmu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-Mujahirin.
Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya.
Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.'” (Riwayat Al-Bukhari. No 6069)
Ini zaman bukan sahaja manusia semakin hilang rasa malu, bahkan mendedahkan aib mereka sendiri di media sosial dengan penuh rasa bangga.
Jauhi video lucah!
Berhentilah menonton pornografi!
Ia barah serta dadah yang akan merosakkan otak!
Sikit-sikit ia masuk dalam pemikiran manusia hingga mengubah cara bercakap, bersembang, melihat wanita, melihat lelaki lain dan akhirnya lahir perilaku tak bermoral.
Semoga Allah selamatkan kita serta zuriat keturunan kita dari kebodohan sebegini. Amin.
Sumber: Akhi Fairuz