“Penceraian Tidak Bermaksud Harus Membenci.” Demi Anak-Anak, Fasha & Jejai Berbaik, Hadir Ke Majlis Tadika Anak Bersama.

Share

Biarpun sudah bercerai tidak bermakna hubungan baik tidak perlu diteruskan. Mengambil contoh pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim yang masih berbaik biarpun sudah berpisah demi anak-anak.

Begitu juga dengan Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai yang dilihat cukup sporting dan masih berhubung. Semalam, mereka dilihat sama-sama menghadiri majlis di sekolah anak perempuan bersama-sama.

Menerusi postingnya di laman instagram, fasha mengakui perpisahan yang berlaku itu adalah antara orang dewasa dan tidak melibatkan anak-anak.

“Penceraian~ tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yang terbaik demi anak2 kecil yang tidak berdosa, agar anak2 membesar dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang.

“Walau apa juga ‘kisah’ di sebalik penceraian sesebuah rumahtangga biarlah hanya untuk pengetahuan orang dewasa kerana anak2 tidak sepatutnya tahu tentang permasalahan,kerana minda mereka tidak berupaya untuk memikirkan tentang masalah,”tulisnya lagi. 

Di dalam postingnya, Fasha turut memuat naik beberapa foto  bersama Jejai ketika menghadiri Konsert Akhir Tahun tadika kedua-dua anaknya Putri Raysha Jemaima dan Putra Rafqal Ramli.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan bercerai pada tahun 2016 selepas dikurniakan 2 cahaya mata.

Perkongsian tersebut mendapat banyak maklum balas dari pengikut pelakon cantik manis ini. Ramai yang memuji akan hubungan baik antara Fasha dan Jejai. tak kurang yang meminta pasangan lain supaya mengikut jejak langkah fasah-Jejai dan Norman-Abby.

rosmi_mawar Bercerai dlm rumah tangga bukan bererti putus2 siratul rahim Angara ayah dgn anak, atau ibu dgn anak, ni pesan dlm agama islam.

rosrosie Terbaik dear.. Semua yg berlaku dah Allah tentukan.. Baik atau buruk atas penerimaan kita.. You dah buat yg terbaik sengketa x kan mendatangkan kebaikan.

immelz_rema You’re so lucky @fashasandha because Jejai bapak yg bertanggungjawab. Walaupun dgn isteri pertama dulu @noradanish pun jejai bebaik. Very gentleman

iftidilara Dlm apa jua relation yg tidak mencapai spt kita inginkan… Mmg ia sgt mengecewakan. Tak kiralah hubgn dlm perkahwinan ke atau persahabatan ke. Tidak membenci. Dan tidak bermusuh. Cuma tawar hati je.. Adakala rezeki bersama cuma setakat itu saje.. Life must go on.

sweetzue True? Children are innocent don’t burden them with adult problems. They deserve to b happy and stress free.

zainolnor_ Semoga terus menjadi contoh untuk semua wanita diluar sana. Sentiasa lakukan yg terbaik demi anak anak.?

 

Sumber: IG fashasandha