Mak-mak ni bila dah banyak sangat benda nak buat kat rumah, tambah pula time tu anak pula menambah rasa apa yang anak buat jadi tak kena kat mata dia, mula lah berubah watak ‘menyinga’!
Tapi sedar tak, tak elok sebenarnya selalu marah @ baran ni. Takutnya kalau terlampau dek batas, anak akan takut dan menjauhi dari kita, paling buruknya nanti anak terikut-ikut perangai marah kita ni. Ngerinya!
Selalunya mak lepas amarah sebab stress dengan lambakan kerja dan rasa penat. Tak payah fikir panjang cara nak elak jadi baran, jom ikuti apa kata Wawa Shauqi dalam perkongsiannya tentang ibu baran ni.
MACAM MANA NAK ELAKKAN JADI IBU YANG BARAN?
Ramai sangat yang pm saya tanya pasal ‘Macam mana nak jadi ibu yang baik.’
‘Macam mana nak hilangkan baran?’
Dan seumpamanya.
Dear parents Dear mommies.
You don’t need to be perfect. Just be patient.
Untuk jadi penyabar, kalian perlu tahu kapasiti kesabaran yang kalian ada sebelum mula terbakar dan meletus.
You know yourself. Stop before you start to forget things, marah dengan perkara kecil dan lupa nak tengok diri sendiri kat cermin.
Ads
Husband-husband kena tengok. Kalau para isteri dah hilang manja dan makin menyinga, cepat-cepat isi tangki emosinya yang dah makin kering.
Peluk isteri, sikatkan rambutnya, urut badannya atau belanja makan aiskrim kegemaran. Tak pun cincin sebentuk atau kalau teruk sangat, belanja dia ‘me time’ 2 hari 3 malam di Damai Laut. 😆
Tapi sebenarnya kesudian untuk tadahkan telinga dengar membebel, atau sesi bersembang tenang antara laki-bini sepanjang malam pun, lebih mahal dan mendamaikan dari Damai Laut.
Yup, just simply being a therapist to her.
Jangan biar isteri terlalu nak jadi perfect. Sempurna itu bukan sifat manusia. Jangan cuba melawan fitrah. Nanti kita juga yang parah.
Ads
Isteri, kalau rasa haritu boleh melayan anak, tak larat memasak, senyum dan gantung kuali. Foodpanda kan ada!
Kita tak ada bos yang tukang cek kerja di rumah dah selesai ke belum. Tak ada timeline pun. Kalau tak larat, tinggallah dulu. Buang rasa runsing dengan ‘gunung Kinabalu’ yang makin tinggi setiap hari.
Belajar bertenang dengan diri bila nampak rumah sepah.
Saya faham perasaan tu. Kadang-kadang, lantai yang melekit, tapi kenapa sampai ke otak rasa berdenyut. Your floor doesn’t define your happiness… so relax.
Ads
Jangan setiap masa nak rumah perfect, sampai anak nak main pon kita tak bagi. Rasa runsing je, cepat-cepat pejam mata dan bayangkan otak-otak anak sedang pesat berkembang waktu mereka sedang bermain.
Agak-agak lagi 30 minit suami balik, barulah pulun kemas dengan anak-anak. Kalau tak, nampak anak nak menyepah sikit, dada dah rasa kena cengkam.
Tapi kalau ada hari yang ada extra motivasi, & doing house chores make you happy, teruskan usaha buat rumah berkilat.
.
.
Bila bangun tidur, pastikan kita bangun dengan senyum. Kajian dah membuktikan, senyum selama satu minit selepas tidur, boleh meningkatkan paras hormon gembira dalam badan. Dan bantu mood kita kekal ceria sepanjang hari.
Hari ni, malam sebelum tidur, cuba tulis beberapa perkara yang buat kita syukur. Kemudian, tulis perkara yang kita nak buat esok, dan bayangkan sejelas-jelasnya.
Sebelum tanya macam mana nak sayang anak-anak, sayangi diri sendiri dulu. Penuhi gelas emosi sendiri, sayangi badan sendiri dan rasai kehebatan nyawa yang Allah dah beri.
Itulah langkah pertama nak jadi yang terbaik untuk orang lain.
You are beautifully made by Allah.
Dilahirkan dengan manfaat untuk membahagiakan dirimu, bukan untuk membebanimu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Saat yang paling indah adalah zaman kanak-kanak, pastinya kita akan tersenyum sendiri.
Zaman yang penuh dengan senyuman, kegembiraan, keceriaan, keseronokan, kegirangan dan kenakalan.
Tentunya kita mempunyai permainan yang digemari ketika kanak-kanak dahulu. Sebagaimana yang dipaparkan oleh saudara Abdul Hadi yang telah menarik perhatian netizen.
Permainan perahu yang menggunakan batang pisang menjadi perbualan netizen apabila masing-masing mengimbau ketika masih kanak-kanak. Ada yang mengatakan permainan ini tahun 80an.
Malah ada yang meminta beliau membuatkan video cara menghasilan permainan unik ini.
Apa yang pasti, permainan ini turut menjadi minat kanak-kanak sebagaimana yang dipaparkan melalui perkongsiannya.
Seterusnya ikuti membuat permainan ini.
Budak-budak kata wow lepas tengak benda ni bergerak dalam air.
Ni tak cukup ahli lagi. Selalunya 6 org.. Dh bgthu dtg rumah pas asar.. Tengahri dh terpacak depan rumah.
Video
Ada yang request video. Ni video yang tak seberapa. Kalau ada yang boleh bagi cadangan cara buat dengan lebih baik, silakan komen ye.
Ramai yang cakap guna kayu panjang boleh bagi kayuhan dia lagi lama .. (Btg aiskrim). Yang ni saya guna pendek, nak jimat kayu. Maklum la kutip depan rumah. Yang ni saya guna enjin nye kayu pendek. Hasilnya kayuhan tak lama.. Ramai orang komen guna kayu panjang sikit. Tak sempat nak try lagi. Korang yang nak buat dengan anak-anak. Cuba la buat dua-dua. Kayu pendek dengan panjang.
Cinta itu seperti angin, kita tidak mampu melihatnya tetapi mampu merasakannya. Dua watak peranan utamanya sahaja yang mampu menyedari akan setiap ‘rasa’ yang diberikan ini.
Pun begitu, ramai suami yang tidak pandai mempamerkan setiap ‘rasa’ ini kepada pasangan masing-masing. Bukahkah semua rasa ini hanya pinjaman yang diberikan Allah SWT kepada kita.
Mengapa kita perlu menyembunyikan semua rasa ini kepada pasangan kita, isteri kita yang dicintai. Buat lelaki bergelar suami, lepaskanlah..lepaskan semahunya untuk isteri kita.
Biarkan dia tahu bahawa waktu yang tersisa, pinjaman Allah SWT ini adalah untuknya seorang! Apa suami patut buat? Tip ini pastinya mampu membantu anda.
Jangan Ego
Jangan kalah pada ego seorang lelaki. Benar lelaki punya ego sendiri namun jika anda dapat mengetepikan rasa ego ini untuk pasangan pastinya anda terasa nikmat sebenar cinta. Rendahkanlah sedikit ego anda. Bukan untuk siapa tetapi untuk anda sendiri.
Tiada Lagi Hari Esok
Anggap sahaja seperti tiada lagi hari esok untuk anda menatap wajah isteri atau suami. Ajal maut di tangan Allah. Bayangkan andai hari esok Allah mengambilnya pergi daripada sisi anda. Berikan rasa itu sebaiknya setiap kali anda melihatnya. Jika anda tahu bahawa tiada lagi hari esok, pastinya hari ini anda akan cuba sebaiknya meluahkan setiap bait kata cinta yang pernah diluahkan satu masa dahulu. Tidak rugi anda mulakannya sekarang.
Luahkan Rasa
Tidak ada salahnya jika anda meluahkan rasa cinta saban hari untuk isteri. Ungkapan “I love You” atau “Sayang Awak” bukanlah terlalu susah untuk dilontarkan. Tidak mahu dengan mulut, pesanan ringkas pastinya lebih buat anda berani. Luahkan semahunya. Biar ringkas asalkan sampai maksudnya.
Belajar Kongsi
Tidak hanya anda, ajarlah anak-anak turut sama memberikan ungkapan sayang ini saban hari. Mulakan ungkapan I love you setiap pagi dan sebelum tidur di malam hari. Ajar anak-anak turut melakukan perkara yang sama. Bila sudah menjadi kebiasaan, lama kelamaan ia menjadi aktiviti wajib yang sukar untuk dilepaskan. Mulakan hari ini.
Sentuhan Fizikal
Jika anda tidak tahu caranya atau malu untuk memulakan segalanya, gunakan pendekatan berbeza namun ringkas. Cukup hanya dengan cara fizikal anda. Sentuhan tanda sayang jangan sekali-kali dilepaskan. Pautlah lengannya mesra setiap kali tidur. Biar hanya sedikit sentuhan tapi benar-benar memberi makna. Isteri pasti tahu anda menyayanginya.
Simbolik 2+1
Suami terutamanya sering menggunakan bahasa badan untuk menyampaikan rasa cinta dan sayang. Apa kata sesekali ubah cara ini. Sekalikan bahasa badan anda bersama ungkapan dan luahan rasa melalui ucapan. Simbolik 2+1 ini pasti buat hidup anda lebih bermakna. Percaya bahawa semua ini tidaklah mendatangkan kerugian.
Jangan Lokek Pujian
Pujian kebiasaannya diluahkan daripada lubuk hati yang dalam. Pujian daripada pasangan dianggap perkara paling manis untuk dikenang. Saban hari pasti buat anda tersenyum riang dek kerana pujian suami atau isteri. Jadi berusahalah untuk saling memuji sebagai salah satu tanda anda mencintainya sepenuh hati. “Sayang..awak nampak cantik hari ni.”Dah cukup buat isteri gembira!
Ringankan Tangan
Ringankan tangan bukan hanya untuk sebarang kerja rumah, sebaliknya ringankanlah tangan anda untuk mengirim sistem pesanan ringkas kepada pasangan setiap kali anda keluar bekerja. Cuba anda bayangkan jika tiba-tiba menerima ungkapan ‘I miss you’, bukankah ianya cukup membuatkan kita tersenyum sepanjang hari. Pasti hati berbunga riang. Cubalah.
Renungan Mesra
Pandangan mata seringkali membawa makna yang tersembunyi. Jadi belajarlah untuk memandang pasangan dalam apa jua keadaan pun. Pandanglah dia selagi dia di depan mata. Anggaplah seperti esok anda sudah tidak dapat memandangnya lagi. Kata orang, curi-curi pandang itu lebih terasa nikmatnya. Mulakan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sudah namanya kreatif, memang kadang kala apa yang cuba dihasilkan tidak terfikir dek akal. Ini sebagaimana apa yang cuba direalisasikan oleh seorang ibu apabila anaknya memasuki Pertandingan Pakaian Beragam dengan menghasilkan kostum angkasawan buatan sendiri.
Menariknya, modal yang digunakan cukup rendah tapi memberi impak cukup memukau hingga menawan juri pertandingan tersebut dengan mendapat tempat ke dua.
Apabila dikongsikan daripada mana ibu ini mendapatkan material untuk hasilkan semua kelengkapan seorang angkasawan, terbukti sesiapa pun boleh hasilkannya memandangkan bukanlah terlalu sukar untuk dicari dan membuatnya juga mudah!
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
This time nak share deco pakaian beragam anak no 2 pulak. Alhamdulillah… menang tempat pertama jugak dalam Pertandingan Pakaian Beragam sempena Festival Sastera Kanak-kanak di Perpustakaan Negara baru-baru ni.
Barang-barang deco 80% beli dari kedai Eco je. Deco anak sebagai Angkasawan Negara, anak umur 6 tahun.
1. Baju pinjam, helmet dan kasut yang sendiri punya just balut dengan aluminium sheet yang beli dari kedai Eco.
2. Beg buat sendiri, guna botol air gas yang beli dari kedai Eco + kotak terpakai + salur air mesin basuh yang juga beli dari kedai Eco.Lepas tu balut dengan aluminium sheet sama yang guna untuk balut kasut dan helmet tadi yang juga beli dari kedai Eco.
3. Untuk aksesori… yang kat bahagian leher tu guna salur air mesin basuh sama yang beli dari kedai Eco, lepas tu balut dengan aluminium sheet yang sama jugak. Lepas tu batang bendera tu guna batang mop lantai yang dah rosak. lepas tu balut dengan saletip biru yang beli dari kedai Eco, lepas tu letak bendera. Sarung tangan beli dari kedai Diy.
4. Yang untuk sample meteor tu ( konon-konon laa ) guna acuan kuih pakai buang yang beli dari kedai Eco + bekas balang yang juga beli dari kedai Eco dan pengepit kuih yang juga beli dri kedai Eco.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.