Gaya Hidup

Penat Sental Baju Putih, Cuba Tips Ini Untuk Jimat Masa Dan Tenaga

Share

HILANGKAN kotoran degil pada baju putih memang memenatkan. Apatah lagi nak asingkan dengan baju-baju yang lain. Kadang-kadang tak ada masa untuk buat semua benda itu.

Bagi ibu-ibu, memastikan uniform sekolah anak-anak yang berwarna cerah untuk kekal warnanya yang asal memang menjadi satu tugas yang memerlukan banyak tenaga dan usaha.

Sisa kotoran seperti minyak, kicap atau sos, memerlukan masa yang lama bagi memastikan kesannya betul-betul hilang.

Risau jika pakaian putih pun boleh menjadi kusam jika tersalah cara basuhan. Jom kita cuba beberapa cara untuk jimat masa dan tenaga.

Antara TIPS untuk basuh BAJU PUTIH dengan betul:

 

1. ASINGKAN BAJU PUTIH

Langkah ini penting untuk elakkan warna asal baju tercampur dengan kotoran atau warna dari baju lain  yang mudah luntur ketika membasuh.

Elakkan membasuh dengan koleksi baju yang berwarna gelap seperti yang berwarna hitam atau merah.

Ataupun bila rendam baju putih bersama baju lain, jangan rendam terlalu sama. Risau kalau warna baju lain yang luntur melekat pada baju putih. Boleh berjangkit tau.

 

 

2. JANGAN TERLALU PADAT

Setiap kali membasuh, mesti anda cuba menyumbat hampir semua pakaian di dalam mesin baju untuk jimat masa kan?

Selepas ini, kalau boleh asingkan dahulu item yang ingin dibasuh mengikut warna dan sumbat semua sekaligus.

Ini kerana apabila terlalu padat, kotoran tidak dapat dibersihkan dengan sempurna disebabkan ruang yang sempit, baju pon boleh bertambah kusam.

 

3. PILIHAN SABUN YANG TEPAT

Sabun pon memainkan peranan yang penting untuk menghilangkan kesan degil.
Selain memilih pencuci khas untuk pakaian berwarna cerah, ciri optical brighteners pada cecair pembersih juga perlu diutamakan.

Kata orang, sabun mandi dalam bentuk sabun buku yang disagat halus antara petua ajaib untuk menghilangkan kesan kotoran pada baju. Cubalah!

 


4. BAHAN PELUNTUR TAMBAHAN

Jika kotoran masih belum hilang, boleh cuba sental kawasan yang kotor dengan serbuk soda bikarbonat. Kalau masih tidak berpuas hati, rendam basuhan menggunakan cecair peluntur khas ya.

 

5. OPSYEN AIR PANAS

Jika basuh baju di dobi, pilihlah air panas untuk membasuh koleksi berwarna putih. Air panas dikatakan mampu untuk menghilangkan bau peluh dan kesan kotor yang degil untuk ditanggalkan. Ia juga mampu buat koleksi baru tampak baharu.

 

6. BILAS DENGAN CUKA

Mungkin cara ini jarang- jarang sekali digunakan, namun ia antara tip menjadi untuk membersihkan kotoran pada baju. Ambil secawan cuka putih sebagai air bilasan, kemudian bilas dengan air panas selepas kotoran hilang.

 

 

7. SIDAI DI BAWAH MATAHARI

Akhir sekali, keringkan pakaian di bawah cahaya matahari untuk kesan yang optimum.

Sinar ultraviolet daripada cahaya matahari boleh membantu mencerahkan kembali warna pakaian. Paling penting, baju putih pon tidak lagi kusam.

Bahan-bahan peluntur tambahan yang digunakan juga mudah didapati dan tidak susah untuk dibeli.

MESTI BACA: Masak Lemak Telur, Ini Petua Supaya Telur Cantik, Elok, Tak Pecah

“Ambil Nasi Waktu Lunch Saja”, Petua Tasha Shilla ‘Maintain’ Cantik Walau Dah Anak Dua!

Petua Orang Jepun, Nak Bagi Kulit Putih & Anti Penuaan, Guna 4 Bahan Aje.

SUMBER: Sinar Plus

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my