HILANGKAN kotoran degil pada baju putih memang memenatkan. Apatah lagi nak asingkan dengan baju-baju yang lain. Kadang-kadang tak ada masa untuk buat semua benda itu.
Bagi ibu-ibu, memastikan uniform sekolah anak-anak yang berwarna cerah untuk kekal warnanya yang asal memang menjadi satu tugas yang memerlukan banyak tenaga dan usaha.
Sisa kotoran seperti minyak, kicap atau sos, memerlukan masa yang lama bagi memastikan kesannya betul-betul hilang.
Risau jika pakaian putih pun boleh menjadi kusam jika tersalah cara basuhan. Jom kita cuba beberapa cara untuk jimat masa dan tenaga.
Antara TIPS untuk basuh BAJU PUTIH dengan betul:
1. ASINGKAN BAJU PUTIH
Langkah ini penting untuk elakkan warna asal baju tercampur dengan kotoran atau warna dari baju lain yang mudah luntur ketika membasuh.
Elakkan membasuh dengan koleksi baju yang berwarna gelap seperti yang berwarna hitam atau merah.
Ataupun bila rendam baju putih bersama baju lain, jangan rendam terlalu sama. Risau kalau warna baju lain yang luntur melekat pada baju putih. Boleh berjangkit tau.
2. JANGAN TERLALU PADAT
Setiap kali membasuh, mesti anda cuba menyumbat hampir semua pakaian di dalam mesin baju untuk jimat masa kan?
Ads
Selepas ini, kalau boleh asingkan dahulu item yang ingin dibasuh mengikut warna dan sumbat semua sekaligus.
Ini kerana apabila terlalu padat, kotoran tidak dapat dibersihkan dengan sempurna disebabkan ruang yang sempit, baju pon boleh bertambah kusam.
3. PILIHAN SABUN YANG TEPAT
Sabun pon memainkan peranan yang penting untuk menghilangkan kesan degil.
Selain memilih pencuci khas untuk pakaian berwarna cerah, ciri optical brighteners pada cecair pembersih juga perlu diutamakan.
Kata orang, sabun mandi dalam bentuk sabun buku yang disagat halus antara petua ajaib untuk menghilangkan kesan kotoran pada baju. Cubalah!
4. BAHAN PELUNTUR TAMBAHAN
Jika kotoran masih belum hilang, boleh cuba sental kawasan yang kotor dengan serbuk soda bikarbonat. Kalau masih tidak berpuas hati, rendam basuhan menggunakan cecair peluntur khas ya.
Ads
5. OPSYEN AIR PANAS
Jika basuh baju di dobi, pilihlah air panas untuk membasuh koleksi berwarna putih. Air panas dikatakan mampu untuk menghilangkan bau peluh dan kesan kotor yang degil untuk ditanggalkan. Ia juga mampu buat koleksi baru tampak baharu.
6. BILAS DENGAN CUKA
Mungkin cara ini jarang- jarang sekali digunakan, namun ia antara tip menjadi untuk membersihkan kotoran pada baju. Ambil secawan cuka putih sebagai air bilasan, kemudian bilas dengan air panas selepas kotoran hilang.
Ads
7. SIDAI DI BAWAH MATAHARI
Akhir sekali, keringkan pakaian di bawah cahaya matahari untuk kesan yang optimum.
Sinar ultraviolet daripada cahaya matahari boleh membantu mencerahkan kembali warna pakaian. Paling penting, baju putih pon tidak lagi kusam.
Bahan-bahan peluntur tambahan yang digunakan juga mudah didapati dan tidak susah untuk dibeli.
Zaman sekarang, ramai ibu yang guna alat dapur kayu akibat terpengaruh dengan vlog ibu-ibu estetik di youtube dan media sosial.
Tapi tak semua ada masa dan teliti bila nak jaga barang-barang kayu ni. Barang-barang kayu ni kalau tak dijaga dengan betul, boleh cepat berkulat.
Lagi-lagi bila di dapur, kerap kena air memang sekejap je kulat naik. Contohnya bila endam terlalu lama dan biarkan alat itu kering sendiri.
Alat dapur kayu ni memang cantik dan estetik, ringan pun ya masa memasak. Sangat berguna! Tapi ada cara yang betul untuk bersihkan dan penjagaan yang tersendiri. Ia tak sama dengan perkakas besi yang lain.
Berikut merupakan 8 petua yang boleh diamalkan:
CARA PENJAGAAN PERALATAN KAYU DI DAPUR
1. BILAS DENGAN SEGERA
Selepas guna, terus bilas dan basuh peralatan dapur kayu. Jangan rendam atau rendam lama-lama sebab boleh menyebabkan peralatan dapur repuh, pecah dan rosak.
2. KERINGKAN MENGGUNAKAN KAIN SELEPAS BASUH
Jangan biarkan alat dapur kayu kering sendiri selepas basuh. Ha ramai yang tak rajin nak lap sendiri lepas basuh kan. Bila kayu serap air lebihan, ia merosakkan bentuk alat dapur kayu tu. Jadi, rajin-rajin lah ye keringkan secara manual.
3. CAMPURAN BAKING SODA DAN JUS LEMON
Kadang susah nak bersihkan sisa kotoran yang kuat macam kunyit atau rempah yang melekat di alat dapur kayu kan? Gunakan campuran ini, confirm hilang terus. Bersih pula tu!
CARA-CARANYA:
1. Campurkan satu sudu kecil baking soda dan perahkan lemon untuk dijadikan pes.
2. Tuang campuran pes itu ke alat dapur kayu yang nak dibersihkan.
3. Gunakan kain atau jari.
4. Bilas menggunakan air.
4. HYDROGEN PEROXIDE
Jangan lupa gunakan gloves untuk elakkan terkena pada tangan. Panas tau nanti.
CARA-CARANYA:
1. Letakkan alat dapur kayu ke dalam sinki.
2. Tuangkan hydrogen peroxide ke atas alat dapur kayu.
3. Gunakan span dan gosok di seluruh perkakas.
4. Rendam perkakas selama beberapa minit untuk pembasmian kuman.
5. Bilas guna air panas.
5. GUNAKAN PELUNTUR
Gunakan bleach apabila alat dapur kayu telah lama tidak digunakan.
CARA-CARANYA:
1. Letakkan alat dapur kayu ke dalam sinki.
2. Campurkan peluntur dan air dengan nisbah 1:20.
3. Tuangkan ke dalam sinki dan biarkan perkakas kayu menyerap campuran itu selama beberapa minit.
4. Rendam dan bilas menggunakan air panas untuk hilangkan sisa peluntur.
6. CAMPURAN AIR DAN CUKA
Campuran air dan cuka juga merupakan satu agen pembasmi kuman.
CARA-CARANYA:
1. Masukkan air dan cuka ke dalam spray bottle.
2. Letakkan alat dapur kayu atas kain atau tisu.
3. Spraykan dengan campuran tersebut.
4. Biarkan kering.
7. SPAN STEEL WOOL ATAU KERTAS PASIR
Span steel wool dan kertas pasir ini boleh melicinkan permukaan peralatan dapur kayu yang disebabkan direndam terlalu lama.
8. MINYAK UNTUK KELIHATAN BARU
Untuk nak nampak permukaan lebih licin dan shiny, gunakan mineral oil atau minyak kelapa. Boleh gunakan minyak sayur kalau tak ada mineral oil. Barulah alat dapur kayu tak nampak kusam kan.
Sapukan minyak tersebut menggunakan kain ke atas alat dapur kayu. Biarkan selama 30 minit. Kalau ada minyak lebih, boleh dilapkan menggunakan kain. Pergh, merelip-merelap!
Jadi, nak guna peralatan kayu di dapur ni memang kena rajin. Jangan lah setakat guna demi estetik dan cantik kan. Bazir je bila beli tapi tak jaga betul-betul. Peralatan kayu pon bukan murah tau! Selamat Mencuba!
USAHAWAN kosmetik terkenal dan pempengaruh Datuk Seri Aliff Syukri, 37, membuat keputusan untuk menarik diri daripada dunia nyanyian.
Menurutnya, beliau berkeputusan sedemikian atas faktor semakin berusia dan sering terpalit dengan isu kontroversi.
Baru-baru ini beliau dikecam hebat kerana mengeluarkan lagu raya yang dikatakan tidak menghormati budaya dan agama sendiri.
“Tahun ni adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini paling suwey (malang).
“Setiap gerak geri saya dikritik. Kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan.
“Sedikit sebanyak, ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda,” jelasnya kepada Harian Metro ketika ditemui sewaktu Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya di Glamhall Damansara pada petang Ahad.
Beliau juga menjelaskan bahawa keadaan ekonomi sekarang turut menyebabkan kes samannya mencabar dan memberi kesan kepada emosinya.
Pengunduran beliau dalam dunia nyanyian turut dianggap sebagai pembuka jalan kepada artis-artis baharu nak up (BBNU) untuk menyerlah.
“Tapi, janganlah kerana tak ada lagu, anda lupakan saya.
“Saya sampai bergaduh suami isteri dan bukan gimik. Jujurnya, saya dah putus asa. Mungkin saya dibenci sebagai penyanyi,” sambungnya lagi.
HANYA GURAUAN HARI APRIL FOOL
Pada April lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya.
Rakaman percakapan tersebut adalah susulan aduan yang diterima oleh SKMM berhubungan dengan kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik beliau.
Menurut Aliff, video teaser yang dimuat naik itu cumalah prank untuk hari April Fool sahaja. Dia hanya ingin bergurau dengan rakyat Malaysia.
Telefon bimbit dan kad sim miliknya turut disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.
Beliau turut mempersoalkan sikap netizen yang lebih gemar dengan ‘content’ (kandungan) yang diciptanya berbanding objektif utama perniagaannya.
Katanya ia secara tidak langsung memaksanya untuk menghasilkan kandungan yang dapat alih perhatian netizen hingga berdepan dengan kritikan dan kecaman.
“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada ‘monyet’, tak ada ‘kera’ macam kami ini, tak ceria Malaysia,” katanya.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu menambah, orang di negara ini lebih gemar melihat kandungan yang bersifat mengaibkan seperti saman, tangkap basah dan sebagainya.
Selalu stress kulit kepala gatal dan rambut gugur? Ha step pertama tak boleh stress. Sebab stress boleh gugurkan rambut.
Yang kedua, kena jaga kulit kepala. Sebab apa? Sebab kesihatan kulit kepala ialah tunjang utama kepada keadaan rambut kita.
Gugur ke, kepala gatal ke, rambut bercabang ke semua bergantung dengan cara kita jaga kulit kepala.
Banyak je cara untuk jaga kulit kepala bagi kurang rasa gatal tu. Tapi kena lah konsisten. Nak cantik dan nampak hasil kena lah rajin. Tak perlu keluarkan duit yang banyak pon, hanya perlu rajin.
Sama juga dengan pelanggan spa. Kalau mereka mampu tampung kos rawatan penjagaan diri tapi tak rajin untuk pergi ke temu janji bulanan, tak ada jugak hasilnya.
Bukan setakat itu je, cuba jangan tukar jenama syampu. Tahu tak tukar-tukar syampu pon boleh menyebabkan kulit kepala tak sihat.
Tukar-tukar syampu tu ibarat kita dah memeningkan kulit kepala kita dengan bahan-bahan dalam syampu tu. Apa kata kita cuba dahulu petua lama guna daun limau purut ini pula.
BAHAN DIPERLUKAN:
-10 helai daun limau purut
-Air secukupnya
CARA SEDIAKAN:
Mula-mula cuci bersih daun limau purut dan kemudian kisar bersama dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.
2. Boleh tumbuk lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
3. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan sapukan di kepala.
4. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
5. Urut kepala supaya pes tadi meresap. Urut lembut je jangan kasar nanti kulit kepala luka. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye.
6. Bilas sehingga bersih.
Selamat Mencuba! Mana tahu boleh jadi model syampu lepas ni.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.