Sewaktu hari raya, pelbagai juadah disediakan untuk hidangan keluarga dan juga para tetamu. Boleh dikatakan, untuk memasak sahaja kaum wanita akan seharian duduk di dapur demi memastikan segala juadah untuk Hari Raya dapat disiapkan dengan sempurna.
Namun dalam kegembiraan menyambut Syawal, dengan kehadiran keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, pasti anda kecewa apabila hidangan yang disiapkan untuk para tetamu tiba-tiba basi.
Antara juadah yang harus ‘di jaga’ bagi memastikan keenakkan dan kesegarannya terjamin adalah kuah lodeh dan lontong. Juadah ini terpaksa kerap dipanaskan untuk mengelakkannya basi. Itulah ada di antara kaum wanita terpaksa duduk berjam-jam di dapur walaupun tetamu sudah tiba.
Sebenarnya penyediaan lontong dan kuah lodeh ini haruslah kena ada caranya kerana jika tersalah langkah, Lontongdan kuah lodeh akan cepat basi dan tidak tahan hingga ke petang hari. Kuahnya yang bersantan memang cukup sensitif dan mudah basi jika tidak dimasak dengan betul.
Perkongsian seorang chef yang menyediakan juadah Lontong bersama Kuah Lodeh ini patut kita cuba.
Ads
Ikuti petua dan langkah yang diberikan ini.
1. Masak Waktu Pagi
Menurut chef, jangan sesekali masak kuah lodeh di malam hari sebaliknya masaklah ketika waktu subuh atau waktu pagi raya. Cara menyediakan mudah sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama. Apa yang anda perlu lakukan adalah memotong kesemua sayuran di waktu malam hari. Ini membantu lebih cepat proses memasak pada keesokkan harinya.
2. Didih Sayur Sahaja
Bagi memastikan kuah lodeh mampu bertahan lama, apa yang anda boleh lakukan adalah hanya mendidihkan air dengan bahan kisaran seperti bawang, cili padi, kunyit hidup, udang kering dan bahan-bahan lain sahaja tanpa santan. Buat stok ini, didih dan perasakan secukupnya.
Ads
3. Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan kuahnya, biarkan ia direneh sedikit lama sebelum dimasukkan kesemua sayuran lain. Ini bagi memastikan bahan kisaran dimasak dengan tepat. Kemudian barulah dimasukkan kesemua bahan-bahan lain seperti tempe, kacang panjang, kentang, lobak merah, tauhu, terung, tauhu kering, kobis dan sebagainya mengikut citarasa anda.
4. Asingkan Santan
Sebaik tetamu datang, didihkan semula bahan stok kisar bersama sedikit santan yang sudah diasingkan dalam periuk berasingan. Masak semula kesemua bahan ini mengikut jumlah tetamu yang datang. Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan. Cara ini bukan sahaja tidak cepat basi tetapi lebih segar rasanya untuk dihidangkan kepada tetamu.
Ads
5. Sambal & Kuah Kacang
Sambal dan kuah kacang bolehlah dimasak pada malam raya kerana ia tidak menggunakan santan dan tidak cepat basi. Namun bolehlah menumis sambal lebih lama supaya cili lebih enak dan tahan lama. Pastikan sambal dan kuah kacang cukup lengkap rasanya.
Tak boleh bayangkan perasaan seorang ibu apabila bayi yang dilahirkan sempurna tetapi menjadi cacat dek kesilapan orang lain.
Lebih-lebih lagi orang yang membuat perkara tersebut adalah pengasuh yang diamanahkan untuk menjaga bayi tersebut.
Sebelum ini, seorang pengasuh disyaki menghempas bayi lelaki berusia tujuh bulan pada September 2021. Namun begitu, suspek mengaku tidak bersalah ketika peringkat awal perbicaraan dan mendakwa kanak-kanak terbabit sebenarnya tersungkur daripada ‘baby walker’.
Tertuduh Hanya Bayar Denda
Setelah setahun tiga bulan insiden berkenaan berlaku, pengasuh berusia 23 tahun itu akhirnya mengaku bersalah.
Menerusi hantaran di Facebook, ibu mangsa memaklumkan tertuduh diberi pilihan sama ada ingin membayar denda sebanyak RM10,000 atau penjara selama enam bulan. Oleh itu, pengasuh terbabit memilih untuk membayar denda dan kini sudah dibebaskan.
Hanya setahun kes ini settle. Nilainya hanya RM10,000 untuk kesalahan yang sampai mati tidak boleh dilupakan. Murah sangat harganya. Berbaloikah harga sebuah penderitaan yang terpaksa ditanggung selamanya.
Kes Raid sudah selesai dibicarakan awal bulan 12. Perempuan tu mengaku bersalah dan Hakim menjatuhkan hukuman denda RM10,000 sahaja atau denda 6 bulan penjara. Tapi perempuan itu sudah bayar RM10,000 dan bebas.
Walau bagaimanapun, si ibu tetap akur dengan keputusan mahkamah, namun mengakui ralat kerana merasakan ia tidak setimpal dengan kecacatan mata seumur hidup yang ditanggung olehnya anaknya, Raid Hazim.
Tegasnya, dia tidak akan memaafkan pengasuh tersebut dan mengingatkan bahawa pengadilan di akhirat adalah lebih tepat.
Hukuman tidak setimpal dengan perbuatan yang menyebabkan kecacatan seumur hidup hanya bernilai RM10,000. Tunggulah hukuman di akhirat pula ye. Mungkin Allah ringankan dekat dunia tapi di akhirat yang pasti.
Tak kena diri sendiri kena dekat keturunan awak. Sakit ni belum habis lagi. Air mata masih belum kering. Biar Allah yang balas segala perbuatan awak. Selagi bernafas selagi itu tidak putus berdoa. Manusia tidak akan pernah puas.
Difahamkan, mata anaknya masih nampak, namun tidak tahu berapa peratus penglihatannya malah mata kanak-kanak itu dikatakan sering ‘lari’. Lebih pilu, doktor memberitahu bahawa Raid akan trauma dengan semua objek selepas menjalani pembedahan.
Masih berfikir-fikir, kudapan yang sesuai untuk disajikan kepada anak-anak.Boleh juga cuba buat sendiri kudapan ringan yang menjadi viral sebelum ini.
Sementelah kita pun bukan lah rajin dan pandai sangat nak buat biskut atau kuih,apa kata cuba resipi popia stick yang rangup dan senang nak buat ni. Bukan sahaja budak-budak, orang tua pun pasti suka rasa dan kerangupannya yang krup krap krup krap.
Mesti tak sedar dah habis sebalang. Jom kita cuba buat dulu.
Bahan-Bahan:
Kulit Popia (dipotong jadi 6 bahagian)
Minyak Masak
Coklat Masakan (Beryl's/Le bourne atau Selborne)
Nestum
Cara Membuat:
1. Gulung kulit popia yang telah dipotong dengan kemas dan sapukan air pada bahagian hujungnya untuk mengelakkan kulit popia terbuka.
2.Rehatkan gulungan popia sebentar agar ia keras sedikit supaya mengekalkan bentuk gulungan tadi.
3.Gorengkan ia didalam api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan, biarkan ia sejuk seketika.
4.Double boil coklat masakan ikut pilihan jenama yang disukai.
5.Celup gulungan popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat yang telah dicairkan.
6.Kemudian salut pula dengan nestum.
7.Biarkan ia keras seketika dan masukkan didalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti sejuk seketika.
Selamat Mencuba!
Kredit: Humaira Harith
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekali sekala teringin juga untuk menyediakan menu istimewa untuk dihidang kepada keluarga. Jadi apa kata anda sediakan hidangan nasi dan lauk special seperti yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah ini.
Menurutnya hidangan Nasi Kari Kambing yang disediakan olehnya amat digemari oleh keluarga bahkan anaknya yang berusia 5 tahun pun akui keenakan rasa hidangan tersebut.
Bolehlah kita pula mencuba menyediakan menu ini, mana tahu anak-anak kita juga menggemarinya. Pasti buat mereka makan bertambah!
Nasi Kari Kambing Dari Tin Adabi
Bahan-bahan:
2 tin kari kambing adabi
Beras faiza kashmir basmathi 5pot cawan sedang
2 biji bawang besar hiris
4 sekawan
2 helai daun pandan
2 sudu butter + 2sudu minyak masak
Tomato dadu sebiji
Garam 1sk
Akar ketumbar
Makan bersama ayam rose dan jelatah.
Cara-cara masak
1.Panaskan Marjerin + minyak (tumis dalam kuali asing dulu )
2.Tumis sampai wangi bawang besar/masukkan 4sekawan/tomato dadu dan daun pandan
3.Masuk kari kambing gaul sebati
Masuk susu cair
5.Masuk akar ketumbar
6.Mmasuk garam sikit sahaja
Selepas itu curah atas beras dalam periuk nasi tu ya lepas tu tekan on.
8.Masak nasi seperti biasa (sukatan seperti masak nasi biasa)
Masa nak kering nanti tu bole la jenguk dan gaul-gaul rata..Masa ni bau dia satu rumah kemain sedap ooi..
Sudah masak nasi jangan lupa tabur kismis sama daun ketumbar….siap.
Ayam masak merah
-Ayam separuh potong kecil (gaul kunyit sikit +garam)di goreng separuh masak ..angkat tos kan minyak..
-Susu cair suku tin
-Sos cili 3sb
-perasa
-serai
(Bahan A)
-Segenggam cili merah besar
-Bawang besar 2biji
-Bawang putih 4ulas
-halia sikit
Blend bahan A
– guna minyak ayam tadi tumis sampai pecah minyak bahan A tadi + serai..masukkan ayam, susu cair, sos cili, perasa dan garam. Masak sampai ayam empuk dan masukkan sikit bawang besar yang telah dihiris
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...