“Penat Main Polis Tembak-Tembak Agaknya Ni.” Syatilla Kongsi Gelagat Suami Bila Diminta Jaga Anak, Buat Ramai Terhibur!

Share

Kita biasa dengar ibu lebih garang dalam mendidik anak-anak dan ayah pula lebih lembut. Mungkin kerana anak lebih banyak masa dengan si ibu kan.

Boleh nampak cara si ayah dan ibu ketika bersama anak-anak.  Pun begitu, tak dinafikan ada juga ayah yang sangat teliti mengawasi anaknya ketika ketiadaan ibu dan ada juga yang sebaliknya.

Sebenarnya admin nak kongsikan kisah pelakon, Syatilla Melvin memuat naik luahan di laman Instagram miliknya mengenai telatah suaminya, Shaheizy Sam apabila diminta ‘menjaga’ anak mereka.

Aku ni mintak tlg tengok anak kejap ja sebab nk cuci toilet bilik. Hbis cuci ni yg aku dapat😡😡

Dagu ibu sampai mcm tu keadaan dia😂 @sarima_samheizy 😂😂😂yang si bapak xpayah cakap lah, siap bertilamkan sejadah🤣mungkin dia boleh bgi alasan tertidoq lepas sembahyang

Sebb tu kalau bapak bawak keluaq anak, aku jdi xtenteram kt rumah. Sapa sama?🤪😂laki sapa mcm ni jugak?

Rupanya apabila suami diberi tanggungjawab menjaga anak kecil, pelbagai ragam dan celoteh dapat disaksikan oleh para ibu sehingga kadang itu, mak-mak cuma boleh pasrah sahaja.

Perkongsian Syatilla atau dengan nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini jelas menerangkan reaksi dirinya yang amat terkejut setelah melihat perilaku suaminya yang telah tertidur ‘sambil’ menjaga anak.

Memang panas je hati kan dengan situasi begini, tetapi dalam masa yang sama terselit perasaan lucu dila diingatkan kembali. Nak marah lama-lama terus tak jadi kan. Akhirnya hati sejuk kembali.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 . hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa lucu dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Sam. Tak kurang yang berkongsi pengalaman yang sama seperti Syatilla.

mmy_shayla Sama..pikiaq mcm2 klau pak bok kluaq anak😖
norizaazizan Pak klu nk bawak anak keluaq boleh bwk sorg ja..xbg bwk dua2
jezalzahraa Sama 🤣 balik2 tgk anak jaga bapak tidoq
neirlidia nk tgai ank kt ruma dgn suami g kdai dpn pon rasa x tnteram 🥴
virgo_gurlz209 Samaaaaa..kalau depa ngasuh, balik kerja tengok rumah mcm tongkang pecah 🤣🤣
izzahbaharim Sama…. Lebih rela hantar Kat rumah mak Atau IBU … Rasa legs sikit…hahaha
zairatunnizah sebiji mcm laki aku😂 bila dia bwak ank ke rumah mertua suh tido kn ank tp ank xtido dia yg tido dlu😂😂😂

Sumber: samtilla

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club