Penat Macam Mana Pun, Balik Kerja Ibu Anak 5 Ni Tetap Akan Masak. Ketahui Apa Kekuatannya & Jadikan Inspirasi!

Share

Bagi wanita berkerjaya, menyediakan menu makan malam untuk dinikmati bersama keluarga usai pulang dari tempat kerja mungkin suatu perkara yang tidak ramai mampu melakukannya.

Apatah lagi, jika setiap hari terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas hingga sampai ke rumah lewat petang. Keletihan melalui rutin harian ini, menjadikan sebahagian antara kita lebih rela membeli sahaja makanan berbanding melakukan tugas menyediakan hidangan.

Bahkan, bila antara kita mengetahui ada rakan sekerja yang tetap bertenaga dan mampu menyediakan hidangan untuk keluarganya, kita tumpang berasa bangga dengan dirinya.

Semangat apakah yang ada pada diri wanita tersebut?

Menjawab persoalan ini, melalui perkongsian daripada Puan Aisha yang juga merupakan ibu kepada 5 orang cahaya mata ini boleh dijadikan inspirasi. Walau penat macam mana pun dirinya, tetap akan diapastikan menyediakan hidangan buat keluarganya.

Ayuh ketahui apakah sumber kekuatan buat diri wanita ini! Jom semak.

Mereka takkan selamanya bersama kita. Tak penat ke? Rajinnya penat-penat lambat-lambat balik kerja pun masih masak?

Sebab inilah saya jadi Kuat..
Memikirkan inilah saya jadi takut bila anak-anak membesar terlalu cepat.
Biarlah penat macamana pun,saya cuba hargai setiap detik masa yang ada..

Marah? Rotan? Bebel? Mustahil tak ada.Tapi selepas tu,bila tatap wajah anak-anak tidur,Allahu menyesal sangat.

Kenapa? Sebab bila mental dah penat, emosi sukar dikawal kan..itu lumrah..tapi sebelum anak-anak tidur, waktu mereka salam kita,peluklah,ciumlah dan ampunkan segala dosa-dosa mereka..Redhakanlah hidup mereka..Ucap terima kasih atas pengorbanan mereka berdikari tanpa kita..

Bacakan 3 Qul dan hembus diubun-ubun mereka..Didik mereka baca Ayatul Qursi dan akhiri dengan dua Kalimah Syahadah sebelum tidur.

Penat macamana pun kita, jangan lepas bagi anak-anak makan airtangan kita..Masa masak,doalah segala yang baik untuk keluarga..Selawat jangan lupa..Itulah pengikat kasih sayang mereka..Itu jua lah yang buat mereka ingat kita sampai bila-bila In Sha Allah.

Kuatnya seorang ibu itu,adalah benih kekuatan untuk anak-anak..Hari ini kita rasa sedikit susah kerana mereka masih terlalu muda untuk memahami.Tapi tanpa kita sedar,hanya 1/4 hari mereka bersama kita..kita berhutang masa dan perhatian dengan mereka. Semakin mereka membesar dan kenal dunia,sedikit demi sedikit mereka semakin jauh dari kita.

Peringatan untuk diri saya juga yang selalu terleka. Kita semakin tua..kita tak akan selamanya ada. Entah mereka dahulu,atau kita yg mendahului.
Nanti kita rindu saat-saat ini. Taip ni pun airmata laju keluar macam air hujan.


Bagi yang bertanya macam mana saya boleh sekuat ini, jawapannya inilah Vitamin saya..Inilah jamu dan supplement yang saya ambil…inilah segala-galanya buat saya..Anak 5 saya. Allah,tolong jagakan mereka untukku semasa aku tiada bersama mereka..

Aminn..amin..amin Ya Rabb

sumber : Aisha Shukor Mohd Fairuz