Penat Berjalan Seharian, Ibu-Ibu Redakan Sakit Tumit Guna Garam Kasar!

Share

Penat berjalan seharian mahupun berdiri terlalu lama mengakibatkan kesakitan pada tumit kaki. Sakit tumit ini seringkali terjadi pada golongan wanita kerana gemar memakai kasut bertumit tinggi ataupun memakai rekaan kasut yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama.

Ia mengakibatkan rasa bisa, berdenyut dan sakit yang menyucuk pada bahagian tumit kaki. Rasa sakit ini pastinya membataskan segala pergerakan dan pekerjaan.

Berikut merupakan antara petua yang boleh dicuba bagi merawat sakit tumit ini dan dipercayai mampu menangani masalah ini.

Bahan-bahan:

1 kilo garam kasar

Kuali

Kain / tuala bersih

Cara membuat:

1. Masukkan garam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak menggunakan api yang sederhana besar.

2. Apabila garam mulai panas sekata, angkat dan bungkus dalam kain/ tuala bersih.

3. Kemudian tuamkan pada bahagian tumit kaki yang sakit itu.

Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.

Info Ekstra!

Fisioterapi serta penggunaan kasut yang sesuai dengan ortotik juga mampu mengawal kesakitan ini daripada berterusan.

Selamat Mencuba!