Penat berjalan seharian mahupun berdiri terlalu lama mengakibatkan kesakitan pada tumit kaki. Sakit tumit ini seringkali terjadi pada golongan wanita kerana gemar memakai kasut bertumit tinggi ataupun memakai rekaan kasut yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama.
Ia mengakibatkan rasa bisa, berdenyut dan sakit yang menyucuk pada bahagian tumit kaki. Rasa sakit ini pastinya membataskan segala pergerakan dan pekerjaan.
Berikut merupakan antara petua yang boleh dicuba bagi merawat sakit tumit ini dan dipercayai mampu menangani masalah ini.
Bahan-bahan:
1 kilo garam kasar
Kuali
Kain / tuala bersih
Cara membuat:
1. Masukkan garam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak menggunakan api yang sederhana besar.
2. Apabila garam mulai panas sekata, angkat dan bungkus dalam kain/ tuala bersih.
3. Kemudian tuamkan pada bahagian tumit kaki yang sakit itu.
Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
Info Ekstra!
Fisioterapi serta penggunaan kasut yang sesuai dengan ortotik juga mampu mengawal kesakitan ini daripada berterusan.
Selamat Mencuba!
Mesranya Permaisuri Usap Perut Teka Usia Kandungan, Ibu Hamil Mahu Namakan Anak Dengan Nama Azizah Aminah!

Rezeki untuk bertemu dan beramah mesra dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup mesra menjadi detik terindah buat seorang ibu hamil, Nor Asmalina Abdullah.
Tanpa diduga, niat untuk menyapa Permaisuri dan bergambar bersamanya disambut baik oleh Permaisuri kesayangan ramai ini.
Menerusi video yang tular, kelihatan Permaisuri yang sedang berjalan di sebuah premis didekali wanita ini yang menyuarakan hasratnya untuk bersalam.
Mendengar permintaan itu, Raja Permaisuri Agong yang sememangnya begitu dikenali dengan keramahan dan kemesraannya segera mendekati ibu mengandung berkenaan dan bersalaman.
“Mengandung ke ni? Kadang-kadang orang tu gemuk, saya kata mengandung… malu.
“Berapa bulan ni, enam bulan?” tanya Tunku Azizah sambil mengusap-usap perut wanita itu.
Dalam pertemuan singkat itu, paling yang tidak disangka Asmalina adalah Tunku Azizah berkenan mengusap perutnya yang bakal menimang cahaya mata perempuan pertama.
“Apabila tuanku pegang perut saya, siap dapat teka usia kandungan enam bulan, memang saya tak terkata. Tapi saya percaya tuanku ada naluri keibuan dan mempunyai ramai putera dan puteri, jadi baginda meneka berdasarkan pengalaman,” katanya.
Apa yang lebih menarik lagi, Asmalina yang menganggap pertemuan ini sebagai rezeki anak, dia dan suami mahu menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Permaisuri.
“Mulanya, netizen yang mencadangkan nama anak sempena nama tuanku. Saya dan suami pun belum lagi terfikir letak nama sebab masih terlalu awal.
“Tapi rezeki ini membuatkan kami bercadang untuk menamakan nama anak perempuan ini dengan nama Azizah Aminah sempena nama tuanku.
“Kebetulan anak lelaki saya ada huruf ‘AA’ iaitu Ayyash Anaqi, jadi sesuai juga ada ‘AA’ untuk anak kedua ini. Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya lagi yang begitu teruja dengan pertemuan itu.
Watch on TikTok
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Astro Raikan 25 Tahun Menghiburkan Rakyat Malaysia

Selama perjalanan hiburan Astro 25 tahun untuk rakyat Malaysia, kami berjuang dan berkembang setiap masa seiring dengan cara penyerapan informasi di kalangan pengguna TV, Radio dan Digital. Dengan perubahan dan perkembangan baru dalam tingkah laku pengguna, kami berusaha memberi perkhidmatan terbaik dan membawa jenama anda ke barisan hadapan pasaran, disokong oleh rangkaian pengguna besar di belakang Astro dan keseluruhan ekosistem media.
Memperkenalkan Tawaran 8.8 oleh Astro Media Solutions Untuk Mambantu Anda Pulih Lebih Pantas Dan Bangkit Lebih Kuat
Di Astro, kami berusaha menerokai dan mencari peluang pemasaran baharu untuk membantu memperluaskan jenama anda di kalangan pelanggan baharu. Pandemik kali ini juga melahirkan trend penggunaan yang baharu. Kami akan bekerjasama dengan jenama anda untuk mengenalpasti kelompok sasaran baharu dan memahami keperluan mereka hari ini.
Hampir separuh daripada penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnnya 1 dos vaksin Covid 19. Sekarang, jenama anda pula perlu membina hubungan emosi baru dengan khalayak ini sama ada memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia bersama anda dan mengenal pasti jenis pelanggan baharu anda.
Dos berganda, ransangan berganda
Sementara demam festival membeli-belah 8.8 masih hangat, kami melanjutkan Promosi 8.8 bersempana Ulang Tahun Astro Ke-25, tawaran rangsangan mega istimewa optimum yang menawarkan nilai terbaik untuk pelaburan media anda. Dengan diskaun extra 8% dan 25% spot ekstra untuk semua pakej off-the-rak di TV, Radio dan platform Digital.
Dengan kandungan yang dilokalkan di setiap platform penonton anda berada, pakej ini boleh menggandakan peluang perniagaan anda sampai kepada kumpulan sasaran. Dengan pelaburan kecil anda dapat publisiti besar dan tentunya dapat mempercepatkan pemulihan serta pertumbuhan perniagaan anda.
- Contoh Tawaran: Pakej Gempak 2021
2. Contoh Tawaran: Pakej MyDunia Starter B
Tawaran ini terbuka kepada semua pengiklan dengan media orders baharu yang diterima pada 2 Ogos – 15 September 2021. Tertakluk kepada terma dan syarat.
#WeAreBetterTogether, hubungi team kami hari ini di mediasolutions@astro.com.my. Klik di sini untuk melihat kesemua pakej terbaik yang optimum untuk TV, Radio, Digital dan platform OTT. Sekiranya anda adalah SME, daftar sebagai ahli SME360 di sini untuk lebih banyak pakej pengiklanan dengan diskaun eksklusif sehingga 90% sesuai untuk semua jenis saiz perniagaan.
Terma dan Syarat:
- Tawaran ini sah untuk semua pakej Astro off-the-rak untuk TV, Radio dan platform Digital.
- Hanya sah untuk media orders BAHARU yang diterima pada 2 Ogos– 15 September 2021.
- Tempahan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada kekosongan inventori pada masa tempahan
- Pengiklan boleh menebus 25% spots ekstra untuk mana-mana saluran yang telah ditempah dalam media order yang sama kecuali Astro Ria (6pm – 12am) dan Astro AEC (6pm – 12am).
- Semua spots ekstra mesti ditebus bersama-sama dengan spots yang telah dibayar dan saluran yang ditempah dalam satu media order dan Astro tidak bertanggungjawab untuk mana-mana spots iklan yang tidak ditebus atas apa alasan sekali pun.
- Semua spots hendaklah dimanfaatkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2022; tiada tempoh lanjutan akan diberikan untuk spots yang tidak digunakan.
- Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat pengiklanan, sila lawati https://www.quake.com.my/advertising-terms-and-conditions untuk maklumat lanjut.
Patutlah Viral! Resepi Sos Black Pepper Homemade Ni Mudah Jer Tapi Sedap. Cikgu Ni Kongsikan Rahsianya!

Kalau makan menu westerseperti chicken chop atau lamb chop, yang penting gravy atau sosnya. Kalau sedap sosnya maka berselera kita nak makan. Sebab tu penting ikut cara yang betul hasilkan sosnya.
Untuk ibu-ibu nak cuba buat sendiri boleh tiru resipi yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!
Anak2 bosan makan nasi, sesekali tukar selera, duduk dlm rumah, tak blh keluar jadi makan makan makan je la!
Kawan yang dah pernah cuba sangat setuju resepi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa. Langsung tak muak.
Silakan resepi lengkapnya.
1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja.
Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam
gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak
silap). Tambahkan air suam 1 tin.
3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese.
(Optional) Kalau ada lagi sedap.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.
Tip:* jangan guna kicap masin*
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam
kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula. (Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah
selamat). Kacau sebati.
6. Tutup api setelah semua rasa sebati. Siap untuk sos black pepper viral. Yang dah cuba ramai yang syok sendiri. Sebab boleh masak sos yang sedapp sangat.
Nak tengok resepi lengkap bergambar atau banyak resepi lain yang mabeless, boleh follow fb cikgu.
Selamat mencuba!
Kredit : Afy AL Habibi