Penantian 16 Tahun, Suami Syukur Isteri Hamil Lagi. “Makbul Atau Tak Makbul Doa Kita Adalah Rahsia Allah.”

Share

Anak adalah penyeri rumahtangga pasangan. Ia adalah sinar dan penyatuan hubungan kekeluargaan makin harmoni.

Namun, ada pasangan suami isteri yang sudah menunggu lama cahayamata tetap bersabar.

Sebagaimana perkongsian ini menerusi TikTok milik ainn_aisya sebak bercampur gembira apabila penantian selama 16 tahun berakhir apabila dirinya disahkan hamil.

Pasangan ini terdahulu telah dikurniakan anak pertama yang telah berusia 17 tahun melahirkan rasa syukur setelah menunggu sekian lama.

Suami terkedu tak percaya

Malah ketika membuat kejutan kelihatan suami beliau seakan tidak mempercayai sebaliknya berkali-kali bertanya untuk kepastian.

Setelah diterangkan oleh isteri barulah suaminya mempercayai dan melahirkan rasa syukur.

Hati mana yang tidak gembira dan sebak setelah penantian berbelas tahun akhirnya khabar gembira tiba jua.

Berkat doa dan sabar, pasangan ini melahirkan rasa syukur dikurniakan lagi zuriat penyeri rumahtangga .

Syukur alhamdulillah

Selepas solat subuh sis buat suprise dekat suami. Selamat hari lahir my darling. Hadiah tak ternilai buat abang.

Penantian hampir 16 tahun, Danial yang kini dah umur 17 tahun akan dapat adik. Alhamdulillah.

Makbul atau tidak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa. Doakan semoga sis dan baby sentiasa dilindungi Allah S.W.T

 

@ainn_aisyaSelamat hari lahir my darling….😘😘 Hadiah tak ternilai buat abang. #birthday
#ttc #fypシ #pasirmaskelantan #geweorekelate #satuhatisampaimati♬ bunyi asal – ainn_aisya

Doakan kami juga 

Dalam pada itu, warganet turut melahirkan rasa hiba dan ada juga berkongsi duka belum dikurniakan cahayamata lain sekian lama.

Sumber: ainn_aisya