
Penantian 11 tahun akhirnya berakhir pagi ini. penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi ini.
Isteri kesayangan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.
Lebih istimewa lagi, pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dalam pada itu melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.
Pasangan ini juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.
Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, pasangan ini meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.
Sumbner: Rozi Abdul Razak (Pengurus)
“Tak Tahu Hamil, Tiba-Tiba Nak Pengsan.” Diana Rafar Kongsi Berita Keguguran Anak Keempat!

Pelakon, Diana Rafar berkongsi Berita duka, Keguguran anak keempat. Dia yang tidak mengetahui diri sedang hamil ketika itu mengalami pitam dan hampir pengsan.
“Sejujurnya saya tak tahu pun hamil. Apabila tiba-tiba nak pengsan sebab pitam, buat pemeriksaan saya mengandung lagi.
“Ketika itu tekanan darah saya rendah sangat iaitu bawah 70. Dalam masa sama saya sudah mengalami pendarahan selama empat hari. Jadi tadi terus dicuci.
“Prosedur masuk bilik pembedahan sangat menakutkan. Apatah lagi ini pengalaman pertama saya. Abang Zamarul pula tak boleh teman. Peraturan hospital sekarang. Dia hanya buat panggilan video,” kata pelakon Diana Rafar yang mengalami keguguran pada usia kandungan dua bulan.
Tambah Diana isteri kepada pelakon Zamarul Hisham, 50, itu, dia reda dengan perkara itu selain menganggap tidak ada rezeki.
“Kalau ikutkan anak ketiga belum lagi berusia setahun. Tapi, apabila diberitahu hamil dua bulan dan keguguran pula, saya anggap ia bukan rezeki kami.
“Saya masih lagi dirawat di hospital. Ini pun saya masih lemah dan semangat tak kuat. Fobia menjalani pembedahan semasa melahirkan anak ketiga tempoh hari pun belum hilang lagi.
“Terima kasih pada semua yang tidak henti menghantar mesej (DM) di IG dan bertanya mengenai keadaan saya. Doakan semoga saya cepat sembuh,” ujarnya dipetik sebagai berkata pada media.
Untuk makluman, pada September tahun lalu, Diana selamat bersalin anak ketiga iaitu lelaki selepas dikurniakan dua anak, Kashfi Haiqal, 11, dan Kayla Reysha, 4.
Sumber: Harian Metro & Diana Rafar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Pening Yang Biasa-biasa, Boleh Segera Diredakan Dengan Teknik Ni Tanpa Makan Ubat!

Sakit kepala ini memang mudah sangat kita rasa, lagi-lagi bila berdepan dengan situasi stres. Tak disangka-sangka datanglah sakit kepala tu, terasa berat dan berpusing pandangan mata.
Meredakan kesakitan yang dirasa selain perlu mengambil ubat, sebenarnya anda boleh juga usahakan beberapa teknik ini yang dikongsikan oleh doktor untuk melegakan kesakitan.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini dan bolehlah dicuba.
PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini.
Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
a) Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
b) Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
c) Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
d) Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
e) Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapasr juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air the panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Dulu Terselak Sana Sini, Sekarang Tutuplah.” Tak Mudah Istiqamah & Jiwa Kena Kental, Norkhiriah Mohon Titip doa!

Niat nak berubah tidak semudah yang disangkakan. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui. Jika jiwa tak kental dan tidak selari dengan hati, silap-silap boleh tersilap langkah.Namun, semuanya berbalik kepada cara seseorang itu ingin berubah ke arah kebaikan. Perkongsian tersebut dimuat naik pelakon Noorkhiriah menerusi laman instagramnya.
Katanya lagi, apa yang dikongsikan adalah untuk kebaikan bersama bukan menunjukkan dirinya sudah terbaik.“Hidup ni proses,bagi peluang kat diri sendiri..jgn tengok orglain sb xde 1 pun sama dgn ssapa,yg menulis ni harubiru lagi tapi Syukur bila Allah dah bagi..tp takyahlah jadi orglain..maintain je apa yg ada cuma hidupkan proses..kalu dulu tselak sana sini..skrg tutuplah.
“Kita berhak merubah diri kita sendiri..perlahan2 InshaAllah Istiqomah..tak mudah dan tak susah kalau betui2 nak transform..tapi Jiwa kena kental sb ada tika akak goyang gak..share kebaikan bukan bermakna dah baik..tp jgn dipandang siapa yg menyampaikan tapi dengar apa yg disampaikan.
“Tiap manusia ada sisi gelap..Doakan Akak..Ssama Kita Mendoakan Yer..Tapi Tolonglah Jgn Dipuji Sebab Akak Pendosa..Allah Tutup AIB..Terima Kasih Allah..
~Maaf Kalu Ada Salah Tulis Yer~
Demikian perkongsian Noorkhiriah menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
Sumber:khiriah17
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club