Penangan K-Drama, Isteri Ni ‘Feeling’ Nak Pasang ‘Smart Door Lock’ & Suami Layankan. Memang Beruntunglah Badan!

Share

Buat peminat K-Drama tentu perasan, pintu rumah utama orang Korea  tidak menggunakan kunci seperti mana rumah kita. Akan tetapi apa yang dapat kita lihat dengan hanya menggunakan sistem pintar, pintu rumah dapat dibuka atau dikunci dengan mudah. Terlihat cukup moden dan canggih, jadi tidak perlulah lagi kita tercari-cari kunci di dalam beg yang diakui memang memerlukan masa untuk ‘dijumpai’ dan seterusnya barulah boleh membuka pintu rumah.

Oleh itu jika ada yang telah lama teringin untuk memiliki sistem canggih seperti itu, perkongsian daripada Puan Izni Arshad ini diharapkan dapat memberi inspirasi.

Alhamdulillah siap akhirnya suami pasang #DoorLock ni. Sebagai peminat tegar Kdrama sejak remaja, memang sis dah lama teringin nak ada benda alah ni. Feeling sangat gituh

 

Boleh unlock pakai password mahupun smart card. Boleh tahan rumit nak siap pasang.
Tq lakiku Mat Ja Apih

PASSWORD NI HANYALAH UNTUK DEMO VIDEO SAHAJA.

Boleh buat mode automatik atau manual. Tekan je open untuk buka atau pulas. Tak payah runsing.

 

 

Incase bateri habis, ni caranya untuk aktifkan balik dari luar. Pahtu masuk la password/ kad macam biasa.

Sumber : Izni Arshad 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club