Buat peminat K-Drama tentu perasan, pintu rumah utama orang Korea tidak menggunakan kunci seperti mana rumah kita. Akan tetapi apa yang dapat kita lihat dengan hanya menggunakan sistem pintar, pintu rumah dapat dibuka atau dikunci dengan mudah. Terlihat cukup moden dan canggih, jadi tidak perlulah lagi kita tercari-cari kunci di dalam beg yang diakui memang memerlukan masa untuk ‘dijumpai’ dan seterusnya barulah boleh membuka pintu rumah.
Oleh itu jika ada yang telah lama teringin untuk memiliki sistem canggih seperti itu, perkongsian daripada Puan Izni Arshad ini diharapkan dapat memberi inspirasi.
Alhamdulillah siap akhirnya suami pasang #DoorLock ni. Sebagai peminat tegar Kdrama sejak remaja, memang sis dah lama teringin nak ada benda alah ni. Feeling sangat gituh
Boleh unlock pakai password mahupun smart card. Boleh tahan rumit nak siap pasang.
Tq lakiku Mat Ja Apih
Ads
PASSWORD NI HANYALAH UNTUK DEMO VIDEO SAHAJA.
Boleh buat mode automatik atau manual. Tekan je open untuk buka atau pulas. Tak payah runsing.
Ads
Ads
Incase bateri habis, ni caranya untuk aktifkan balik dari luar. Pahtu masuk la password/ kad macam biasa.
Walaupun bergelar isteri kepada selebriti popular, namun baik suami mahupun isterinya tidak pernah membangga diri jauh sekali bersikap sombong.
Bahkan, si isteri masih lagi menjual sate di pasar malam bersama adiknya tanpa rasa malu atau segan.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pelawak terkenal, Achey Bocey di laman instagramnya. Di dalam perkongsian tersebut, Achey memberitahu isterinya berniaga sate di pasar malam dengan dibantu oleh adik iparnya.
“Ni @anne_acheyisteri saya dan adiknya.. .. P/s .. duit akan habis tapi halal takkan habis,” tulis Achey ringkas.
Biarpun ringkas namun catatan dan gambar yang dikongsikan itu mendapat respond dari netizen.
Ternyata pasangan suami isteri ini cukup bersederhana membuatkan ramai yang memuji dan mengatakan pasangan ini tidak terbawa-bawa dalam dunia glamor yang dikecapi.
Bertepatan dengan musim cuti sekolah pada hujung tahun ketika ini, jadi kelazimannya masa inilah ramai mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan untuk memudahkan sanak saudara ada masa untuk datang memeriahkan majlis.
Oleh sebab itu juga, sebagai tuan rumah sebolehnya kita juga tidak mahu ada yang tercicir nama sanak saudara untuk diundang ke majlis itu nanti. Bimbang juga ada yang berkecil hati jika tidak diundang.
Mungkin video yang dikongsikan oleh seorang wanita ini di aplikasi tiktok yang tular apabila terpaksa mengingati salasilah keluarga sebelah ayahnya dengan membuat gambarajah untuk menjemput ke majlis perkahwinannya ini boleh dipraktikan.
Bukak Salasilah Sebab Nak Jemput Wedding
Menerusi video tersebut, seorang perempuan sedang mempersiapkan majlis perkahwinannya untuk menyenaraikan jemputan tetamu yang hadir. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila keluarga sebelah ayahnya sangat ramai dan untuk mengingati satu persatu, dia terpaksa mengingat satu persatu dan menyenaraikannya.
Malah bukan itu sahaja, siap dijadikan carta salah silah keluarga di atas kertas besar agar nampak lebih jelas.
“Macam nak buat projek juta-juta”-Netizen
Meninjau di ruangan komen mendapati pelbagai reaksi daripada netizen setelah melihat video yang dikongsikannya itu.
Sumber : TikTok [su_button url=”https://www.tiktok.com/@itsnotafrina/video/7021090778285886746?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6937518543227323906″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]@itsnotafrina[/su_button]
Menderita sebagai pesakit covid-19 selama 21 hari, bukanlah suatu pengalaman yang boleh dilupakan begitu sahaja. Ia ibarat detik hitam dalam hidup, apatah lagi bila mana seisi keluarga turut dijangkiti. Terasa begitu berat untuk ditanggung.
Inilah yang berlaku dalam hidup lelaki ini yang berkongsi cerita mengenai detik memilukan dan menyedihkan yang dilalui oleh dirinya dan keluarga di laman Tik Tok. Bila mana memandangkan dua orang anaknya yang masih kecil turut disahkan positif Covid-19, ramai tersentuh hati.
Pun begitu, syukur Alhamdulillah selepas anak-anak dan isterinya menjalani kuarantin dan raatan di hospital, akhirnya dibenarkan pulang.
Namun keadaan kesihatan pemilik akaun Tiktok @Ubaidullahjaafar ada menceritakan tentang paru-parunya hampir tersumbat dan hampir untuk ditidurkan di Unit Rawatan Rapi kesan daripada Covid-19.
Berkongsi perasaannya ketika itu, dia menangis memohon dengan Allah agar diberi kesembuhan dan terus berdoa dengan penih pengharapan.
Akhirnya selepas 21 hari terlantar di hospital, dia dibenarkan keluar wad. Pun begitu masih perlu membuat rawatan susulan di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Walaupun demikian, dia tetap bersyukur kerana Allah beri peluang untuk terus hidup dan menyifatkan ia seperti ‘keajaiban’ selepas melalui fasa kritikal sewaktu berada di wad.
Selain tu, dia turut berkongsi beberapa simptom yang dialaminya sebelum disahkan positif Covid-19.
Dalam pada masa yang sama, dia menyeru kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan dengan melakukan ujian swab sekiranya mengalami simptom seperti demam yang tidak kebah hampir seminggu, batuk yang teruk dan kesukaran untuk bernafas.
Katanya lagi, Covid-19 ini memberi kesan kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka. Dia juga menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri, lagi-lagi individu yang berisiko seperti pesakit kronik, warga emas dan ibu mengandung.