Kata pepatah, tidak ada kejayaan jika tidak diawali dengan kegagalan. Mungkin ada benarnya dan hal ini telah ditempuhi sendiri oleh pasangan suami isteri ini yang berusaha mencari rezeki keluarga dengan berniaga kedai runcit pada awalnya.
Namun akibat pendemik perniagaan yang diusahakan terjejas teruk dan pasangan ini terus mencari idea untuk bangkit semula. Dan siapa sangka pasangan suami isteri ini iaitu, Mohd. Fariq Atan, 37, dan isteri, Asmanizazilawati Ahmad, 39 menemui perniagaan yang unik dan istimewa dengan menjual Ais Kepal Milo Itik yang telah pun viral di media sosial.
Memetik berita yang dikongsikan di Utusan Malaysia, Ais Kepal Milo Itik laris terjual sehingga 500 bekas sehari. Demikian hebatnya penangan ais kepal Milo diisi dalam bekas berbentuk anak itik yang dijual pasangan suami isteri di Kampung Pauh Lima, di sini sejak bulan lalu.
‘Kecomelan’ bekas kuning itu tular di media sosial dan mencetus fenomena tersendiri apabila orang ramai sanggup berbaris di kedai Mohd. Fariq Atan, 37, dan isteri, Asmanizazilawati Ahmad, 39, semata-mata mahu membelinya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Fariq berkata, selepas perniagaan kedai runcit diusahakannya dan isteri terjejas teruk akibat Covid-19, mereka memikirkan pelbagai cara untuk bangkit semula.
Katanya, mereka pada mulanya cuba menambah pendapatan dengan cara berniaga makanan dan minuman di luar kedai runcit namun sambutan diterima agak hambar.
Mencari Kelainan
“Sebelum ini ada peniaga jual minuman dalam bekas seperti baldi. Jadi kami cuba buat kelainan dengan jual ais kepal dalam bekas anak itik kuning. Tidak sangka, percubaan ini mendatangkan hasil lumayan.
“Alhamdulillah, selepas ditularkan di media sosial, rezeki kami murah apabila berjaya menjual sehingga 500 set bekas anak itik setiap hari. Bagi memenuhi keperluan ini, 30 kilogram Milo digunakan sehari,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
“Disebabkan tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus, kami kini mengambil dua pekerja selain perlu menempah ribuan set bekas anak itik lebih awal di kilangnya yang terletak di Johor Bahru,” katanya.
Ais kepal Milo dalam bekas kecil dijual pada harga RM8 manakala bekas besar RM30.
Selain bekas anak itik, kedai tersebut turut menawarkan ais kepal Milo dalam bekas beruang sebagai pilihan alternatif.
Sumber : Utusan Malaysia
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club